Rezeki baby, belum lahir lagi dah dapat hadiah! Itu yang dikongsikan oleh usahawan dan selebriti popular, Neelofa yang terharu menerima hadiah istimewa daripada anakanda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu Tengku Puteri Iman Afzan.
Selebriti berusia 32 tahun itu memuat naik beberapa InstaStory memaparkan hadiah barangan bayi berjenama mewah sebelum dikongsi semula di akaun Instagram peminatnya @lofa.page baru-baru ini.
Menerusi kad ucapan, Puteri Iman menitipkan kata-kata positif kepada bekas pengacara MeleTOP itu yang akan bergelar ibu tidak lama lagi.
“Moga semua yang terbaik untuk fasa seterusnya dalam kehidupan awak. Ia adalah fasa paling menyeronokkan! Awak akan menjadi ibu yang hebat.
“Saya tidak sabar untuk bertemu dengan ‘baby’. Harap awak suka dengan pemberian kecil ini,” tulis puteri sulung Agong itu.
Malah, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor juga menutup satu perkataan tertulis dalam kad tersebut sekali gus mengundang peminatnya untuk berteka-teki mengenai jantina bayi yang bakal dilahirkan.
Peminat masih berteka-teki
Terdahulu, status kehamilan Neelofa terjawab apabila peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dipercayai tidak sengaja memberitahu media ketika mewakili selebriti berkenaan bagi satu kes mahkamah.
Sehingga kini, Neelofa dan suaminya, Haris belum berkongsi lagi usia bayi dalam kandungan walaupun perut dah semakin besar dan mengharapkan doa yang baik-baik untuk mereka sekeluarga.
Kredit: Instagram @lofa.page
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)