Rezeki bayi kembar lima bakal ‘terima’ insentif RM529,000, ibu bapa pun layak dapat elaun. Korea Selatan merupakan salah satu negara yang bergelut dengan kadar kesuburan paling rendah di dunia iaitu 0.72 peratus.

Rezeki Bayi Kembar Lima Bakal Terima Insentif RM529,000, Ibu Bapa Pun Layak Dapat Elaun

Bagaimanapun kelahiran kembar lima di negara yang terkenal dengan muzik ‘K-pop’ ini menjadi berita utama, lapor Korean Herald.

Rezeki Bayi Kembar Lima Bakal Terima Insentif RM529,000, Ibu Bapa Pun Layak Dapat Elaun
Kredit foto: Freepik

Selasa lalu, tumpuan beralih kepada jumlah semua geran kerajaan yang akan diterima oleh bayi iaitu berjumlah sekurang-kurangnya AS$128,000 (kira-kira RM529,000).

Kim Joon-young dan Sagong Hye-ran dari Dongducheon, Wilayah Gyeonggi, mendapat kembar lima iaitu tiga lelaki dan dua perempuan pada 20 September lalu. Ia kelahiran kembar lima pertama secara semula jadi di Korea Selatan.

Sagong bekerja sebagai pegawai pentadbiran di sebuah sekolah di Yangju, Wilayah Gyeonggi, manakala suaminya seorang guru sekolah menengah di Dongducheon.

Insentif bernilai kira-kira RM529,000 itu termasuk baucar tunai sebanyak AS$11,300 (kira-kira RM46,700) yang disediakan Dongducheon. Ia boleh digunakan di mana-mana kedai di dalam bandar dengan jualan tahunan kurang daripada AS$753,000 (kira-kira RM3.1 juta).

Pakej promosi bersalin di Dongducheon menawarkan ibu bapa dengan AS$753,000 (kira-kira RM3,100) untuk kelahiran anak pertama, AS$1,129 (kira-kira RM4,700) untuk anak kedua, AS$1,800 (kira-kira RM7,700) untuk anak ketiga dan AS$3,700 (kira-kira RM16,000) untuk anak keempat dan seterusnya.

Rezeki Bayi Kembar Lima Bakal Terima Insentif RM529,000, Ibu Bapa Pun Layak Dapat Elaun
Kredit foto: Freepik

Dongducheon juga akan menyediakan AS$2,600 (kira-kira RM11,000) dalam sokongan penjagaan selepas bersalin, juga dalam bentuk baucar tunai.

Secara berasingan, pasangan itu layak mendapat pelbagai insentif lain. Ia termasuk elaun ibu bapa, diperkenalkan pada Januari 2023, yang menawarkan AS$750 (kira-kira RM3,100) sebulan bagi setiap anak untuk 11 bulan pertama selepas kelahiran, diikuti dengan AS$376 (kira-kira RM1,600) sebulan untuk 11 bulan berikutnya.

Ibu bapa juga akan menerima elaun anak-anak sebanyak AS$75 (kira-kira RM311) sebulan bagi setiap anak sejak lahir sehingga umur anak mencapai 95 bulan.

Sumber: Harian Metro

Kredit foto (top image): Freepik 

Baca artikel lain juga: Pakar Laktasi Kongsi Tip Menyusu Bayi Kembar, Ramai Mama Risau Susu Tak Cukup

Bayi Kembar Ajaib, Lahir Hampir Tak Bernyawa Kini Genap Setahun. Pemegang Rekod Dunia Guinness

Bau Aircond Pun Jadilah Mengandung Bayi Kembar, Ibu Ni Serba Tak Kena Tak Dapat Makan Ais Batu!

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI