Siapa menyangka penantian dua tahun untuk memperoleh zuriat sendiri akhirnya membuahkan hasil selepas mencuba melakukan rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) atau rawatan bayi tabung uji. Bukan seorang, tetapi kegembiraan berganda bila mana Allah hadirkan bayi kembar tiga melalui rawatan itu.
Pastinya satu kegembiraan berganda buat Pengurus Jabatan Pusat Kecemerlangan Hospital Pakar Regency, Dr Siti Nurul Aishah Jamaludin, 34 dan pasangannya, Mohamad Iqbal Idris, 45, yang mencuba kaedah rawatan IVF ini sejak tahun lalu.
Menerusi akhbar Berita Harian, Dr Nurul Aishah memberitahu usahanya untuk hamil selama tempoh dua tahun itu tidak membuahkan hasil bila mana dia mengalami keguguran.
Enggan menanti lebih lama dan menyedari tahap kesuburan wanita akan mula merosot pada usia 35 tahun, dia dan suami tekad mencuba rawatan ini.
“Segala-galanya berjalan dengan baik dan pada Januari lalu, saya dimaklumkan hamil kembar dua sekali gus menandakan ada perkembangan positif daripada rawatan dibuat.
“Namun, selepas imbasan kehamilan kedua, kami diberitahu yang saya sebenarnya hamil kembar tiga,” katanya berkongsi kegembiraan.
Kini bayi kembar tiga yang dilahirkan di Hospital Pakar Regency, Bandar Seri Alam, Johor, pada 6 Julai lalu sudah pun berusia empat bulan.
Ads
Malah katanya lagi, bayi mereka, Thoreeq Idris, Mateen Idris dan Hakeem Idris Mohamad Iqbal, seberat 1.9kg, 2.2kg dan 2.6kg dilahirkan pada usia kandungan 37 minggu.
Paling hebat, kelahiran ketiga-tiga bayi ini dilahirkan secara normal dan dikatakan yang pertama di Johor.
“Saya dimaklumkan apabila mengandung tiga anak ini ia biasanya akan dilahirkan secara pembedahan, tetapi saat akhir, keadaan sebaliknya dan doktor meyakinkan saya mampu bersalin normal.
Alhamdulillah ia berjalan lancar,” katanya.
Ads
Berkongsi cerita kehamilan kembarnya, kata Dr Siti Nurul Aishah dia melalui tempoh yang sukar namun cukup membahagiakan dirinya dan suami.
“Keadaan juga agak sukar kerana ketika itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan kami berjauhan daripada keluarga. Dengan keadaan sarat mengandungkan tiga bayi, saya sukar bergerak dan perut agak besar.
“Saya terpaksa duduk di atas kerusi roda berbanding berdiri,” katanya lagi.
Ads
Malah katanya lagi, dia mengalami pertambahan berat badan daripada 63 kilogram (kg) kepada 93kg sepanjang kehamilan kembar tiganya itu.
Kini ketiga-tiga bayi comel ini dihantar ke TASKA ketika pasangan suami isteri ini keluar bekerja. Tanpa pembantu, pasangan ini sepakat untuk mengendalikan sendiri ketiga-tiga anak mereka.
“Syukur ia tidak terlalu susah biarpun kembar tiga dan membuatkan kami tidak cukup tangan menguruskan mereka serentak. Setakat ini kami melakukannya berdua tanpa menggajikan pembantu,” katanya lagi menerusi Berita Harian.
Tahniah diucapkan buat pasangan ini. Semoga Thoreeq, Mateen dan Hakeem terus membesar dengan sihat serta membahagiakan ayah dan ibunya.
Dalam musim panas hujan ni, cuaca tak menentu dan kesihatan semua orang pun dah up and down terutamanya anak kecil, pemantauan ibu bapa sangat penting. Ini kerana anak lebih terdedah dengan perubahan cuaca (ke taska, main dengan kawan-kawan, bercampur dengan mereka yang tak sihat dan lain-lain).
Selalunya ibu-ibu bimbang bila anak dah mula demam bila suhu dah cecah 38-39’C. Waktu ini ibu bapa kena betul-betul pastikan tiada sebarang masalah pada anak.
Menurut perkongsian Dr Suriyakhatun sekarang ini adalah musim flu. Berdasarkan kes yang diterimanya ada pesakit yang positif influenza A dan influenza B.
Langkah pencegahan, jangan bawa anak keluar ke tempat ramai orang, tanya guru taska ada tak anak demam, jika ada, jaga sendiri dulu lah.
Jika ada escalator dan lif guna escalator. Jika anak kita yang demam segera bawa doktor untuk periksa, jangan bawak jalan anak yang disahkan influenza dan jangan pergi taska selagi belum baik demam.
Pastikan anak makan makanan seimbang dan berkhasiat, tambahkan makanan yang tinggi vitamin dan zat galian.
Rasanya dengan cuti sekolah minggu depan lagi ramai akan dapat flu ni.
Gambar ujian rapid test untuk flu.
Gejala penyakit:
Demam dulu atau sakit tekak dulu. Lepas tu sakit kepala, sakit badan, batuk selsema dan bersin. Tidur terganggu. Mungkin juga ada cirit dan loya serta muntah. Tidak semua orang ada gejala sistem Gastrointestinal ini.
Bagi individu yang biasa lelah, flu boleh cetuskan lelah.
Komplikasi lain termasuk pneumonia dan secondary infection dengan bakteria. Kahak akan tukar jadi kuning dan pekat. Mungkin kena dirawat di hospital bila ada komplikasi.
Saya sendiri rawat diri saya dengan penawar Homeopathy tanpa guna paracetamol.
Masa demam saya rehat ( bed rest) minum lebih air dan ambil ascorbate serta extract kunyit. Bila lenguh sangat saya guna hot packs. Saya elak ubat drug sebab ia akan panjangkan durasi demam. Ini untuk diri saya, mungkin ada orang yang tidak begitu. Saya juga elak drugs sebab saya alah banyak drugs dan menjadi lemah selepas baik dari demam jika saya ambil antihistamine, ubat batuk dan paracetamol. Antibiotik tidak di perlukan untuk influenza sebab ia virus.
Paracetamol, ubat kahak, tamiflu, ubat batuk, antihistamine adalah rawatan doktor konvensional untuk flu.
Seorang bayi perempuan selamat dibedah keluar dari rahim ibunya yang terbunuh bersama suami dan anak yang lain akibat serangan Israel di bandar Rafah di Gaza yang turut mengorban 19 lagi nyawa orang awam, kata pegawai kesihatan Palestin.
Menurut pegawai berkenaan, ibu bayi itu maut akibat serangan oleh tentera Israel di dua buah rumah termasuk 13 kanak-kanak daripada sebuah keluarga yang terbunuh di salah sebuah rumah berkenaan.
Doktor yang merawat bayi berkenaan, Mohammed Salama berkata, bayi perempuan seberat 1.4 kilogram itu dilahirkan melalui proses pembedahan C-section dan berada dalam keadaan stabil serta beransur pulih.
Ibu bayi perempuan itu, Sabreen Al-Sakani, telah hamil selama 30 minggu.
Bayi berkenaan kemudiannya diletakkan di dalam inkubator di sebuah hospital di Rafah bersama bayi lain, dengan perkataan ‘Bayi syahid Sabreen Al-Sakani’ ditulis pada pita di dadanya.
Anak perempuan kepada wanita yang terkorban dalam serangan berkenaan, Malak, mahu menamakan adiknya itu sebagai Rouh, yang bermaksud roh dalam bahasa Arab, kata bapa saudaranya, Rami Al-Sheikh.
“Gadis kecil bernama Malak gembira kerana adik perempuannya lahir ke dunia, namun dia turut terkorban dalam serangan Israel,” katanya.
Menurut Muhammed Salama, bayi perempuan itu juga dijangka tinggal selama tiga hingga empat minggu di hospital berkenaan.
“Selepas itu, kita akan mempertimbangkan siapa ahli keluarga yang akan menjaganya, sama ada ibu saudara, bapa saudara atau datuk serta neneknya.
“Ini adalah tragedi yang amat mengerikan di Rafah, yang bukan lagi asing kepada kekejaman. Walaupun anak ini terselamat, dia dilahirkan sebagai anak yatim,” katanya.
Menurut pegawai kesihatan Palestin, 13 kanak-kanak daripada satu keluarga yang terbunuh itu berada di rumah kedua yang musnah dalam serangan Israel iaitu rumah milik keluarga Abdel Aal.
Saqr Abdel Aal menyuarakan kesedihannya kerana semua ahli keluarganya meninggal dunia akibat serangan berkenaan.
“Semuanya adalah wanita dan kanak-kanak. Seluruh identiti saya telah dihapuskan, bersama isteri, anak-anak dan semua orang,” katanya.
Sementara itu, Mohammad al-Behairi berkata, anak perempuan dan cucunya masih tertimbus di bawah runtuhan.
“Saya berasa sedih dan tertekan. Saya tidak mempunyai apa-apa lagi dalam hidup ini untuk ditangisi.
“Apakah perasaan yang akan kita miliki? Apabila anda kehilangan anak, orang tersayang, bagaimana perasaan anda?” soalnya. – Awani
Sama-sama kita doakan agar semua rakyat Palestin terus kuat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. Sesungguhnya serangan kejam ini bukan saja meruntun hati rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk mereka semua.
Cara betul nasal swab yang dilakukan sendiri membantu anda mendapatkan sampel mukus untuk melakukan ujian kendiri Covid-19.
Ujian pengesanan virus Covid-19 sudah menjadi rutin biasa dalam norma baharu kehidupan kita hari ini. Penggunaan Rapid Test Kit (RTK-AG) boleh dikatakan kerap dilakukan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.
Dengan kata lain asal sahaja kita jadi kontak rapat mereka yang positif Covid-19 atau ada gejala, kita akan melakukan ujian kendiri sendiri di rumah.
Biasanya RTK-AG menyediakan dua pilihan untuk kita mengambil sampel sama ada saliva/air liru dan calitan hidung untuk mengesan sama ada kita dijangkiti atau tidak.
Cara betul nasal swab kesan Covid-19
Ada orang lebih selesa memilih cara pengambilan saliva tetapi ada yang geli kaedah tersebut dan memilih untuk menggunakan kaedah calitan hidung.
Namun, ada sesetengah orang tidak berani untuk melakukan ujian calitan hidung kerana mereka beranggapan kaedah tersebut kalau dilakukakan sendiri lebih mengerikan atau bimbang tidak mendapat sampel yang betul.
Maklumlah bila kapas kesat yang panjang hendak dijolok sedalam-dalamnya ke dalam lubang hidung kita sudah tentu agar ‘menyeramkan’ dan sudah tentu tak selesa.
Jadi, apa kata kita tengok satu video yang ditunjukkan oleh seorang doctor pakar bedah Hidung, Mulut & Tekak di Australia, Dr Eric Levi tentang cara penggunaan kit ujian calitan hidung dengan betul dan berkesan di laman Instagramnya.
Menurut Dr Eric sekiranya kita melakukan ujian calitan hidung dengan cara yang salah ia boleh menyebabkan sakit pada bahagian atas hidung. Selain itu kalau kita sekadar mengambil sampel dari bahagian hadapan sahaja ia juga salah kerana itu sebenarnya sampel dari bulu hidung dan bukannya mucus daripada saluran pernafasan.
Dr Eric menjelaskan cara sebenar perlu dilakukan iaitu perlu menolak kapas kesat ke bawah secara perlahan-lahan dan kembalikan dalam kedudukan serta dan fokus ke belakang secara perlahan.
Ambil masa lebih kurang 12 ke 15 saat sebelum mengeluarkan kit calitan tersebut. Apa kata tengok sendiri video ditunjukkan oleh Dr Eric sendiri.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.