Siapa menyangka penantian dua tahun untuk memperoleh zuriat sendiri akhirnya membuahkan hasil selepas mencuba melakukan rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) atau rawatan bayi tabung uji. Bukan seorang, tetapi kegembiraan berganda bila mana Allah hadirkan bayi kembar tiga melalui rawatan itu.

Pastinya satu kegembiraan berganda buat Pengurus Jabatan Pusat Kecemerlangan Hospital Pakar Regency, Dr Siti Nurul Aishah Jamaludin, 34 dan pasangannya, Mohamad Iqbal Idris, 45, yang mencuba kaedah rawatan IVF ini sejak tahun lalu.

Menerusi akhbar Berita Harian, Dr Nurul Aishah memberitahu usahanya untuk hamil selama tempoh dua tahun itu tidak membuahkan hasil bila mana dia mengalami keguguran.

Rezeki Berganda, Lahirkan Bayi Secara Normal, Ibu Ni Berjaya Miliki Bayi Kembar Tiga Melalui IVF!

Enggan menanti lebih lama dan menyedari tahap kesuburan wanita akan mula merosot pada usia 35 tahun, dia dan suami tekad mencuba rawatan ini.

“Segala-galanya berjalan dengan baik dan pada Januari lalu, saya dimaklumkan hamil kembar dua sekali gus menandakan ada perkembangan positif daripada rawatan dibuat.

“Namun, selepas imbasan kehamilan kedua, kami diberitahu yang saya sebenarnya hamil kembar tiga,” katanya berkongsi kegembiraan.

Kini bayi kembar tiga yang dilahirkan di Hospital Pakar Regency, Bandar Seri Alam, Johor, pada 6 Julai lalu sudah pun berusia empat bulan.

IKLAN

Malah katanya lagi, bayi mereka, Thoreeq Idris, Mateen Idris dan Hakeem Idris Mohamad Iqbal, seberat 1.9kg, 2.2kg dan 2.6kg dilahirkan pada usia kandungan 37 minggu.

Rezeki Berganda, Lahirkan Bayi Secara Normal, Ibu Ni Berjaya Miliki Bayi Kembar Tiga Melalui IVF!

Paling hebat, kelahiran ketiga-tiga bayi ini dilahirkan secara normal dan dikatakan yang pertama di Johor.

“Saya dimaklumkan apabila mengandung tiga anak ini ia biasanya akan dilahirkan secara pembedahan, tetapi saat akhir, keadaan sebaliknya dan doktor meyakinkan saya mampu bersalin normal.

Alhamdulillah ia berjalan lancar,” katanya.

IKLAN

Rezeki Berganda, Lahirkan Bayi Secara Normal, Ibu Ni Berjaya Miliki Bayi Kembar Tiga Melalui IVF!

Berkongsi cerita kehamilan kembarnya, kata Dr Siti Nurul Aishah dia melalui tempoh yang sukar namun cukup membahagiakan dirinya dan suami.

“Keadaan juga agak sukar kerana ketika itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan kami berjauhan daripada keluarga. Dengan keadaan sarat mengandungkan tiga bayi, saya sukar bergerak dan perut agak besar.

“Saya terpaksa duduk di atas kerusi roda berbanding berdiri,” katanya lagi.

IKLAN

Malah katanya lagi, dia mengalami pertambahan berat badan daripada 63 kilogram (kg) kepada 93kg sepanjang kehamilan kembar tiganya itu.

Kini ketiga-tiga bayi comel ini dihantar ke TASKA ketika pasangan suami isteri ini keluar bekerja. Tanpa pembantu, pasangan ini sepakat untuk mengendalikan sendiri ketiga-tiga anak mereka.

Rezeki Berganda, Lahirkan Bayi Secara Normal, Ibu Ni Berjaya Miliki Bayi Kembar Tiga Melalui IVF!

“Syukur ia tidak terlalu susah biarpun kembar tiga dan membuatkan kami tidak cukup tangan menguruskan mereka serentak. Setakat ini kami melakukannya berdua tanpa menggajikan pembantu,” katanya lagi menerusi Berita Harian.

Tahniah diucapkan buat pasangan ini. Semoga Thoreeq, Mateen dan Hakeem terus membesar dengan sihat serta membahagiakan ayah dan ibunya.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Sumber: BH Online & KPJ Bandar Dato’ Onn

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI