Blogger dan Instafamous, Cik Epal telah berkongsi tentang rezeki di instagram beliau. Dia memuat naik gambar bersama keluarga dan menjelaskan rezeki sebenar bukan sahaja dari segi duit malah rezeki itu luas dan perlu dilihat dengan konteks yang lebih besar.
Rezeki bukan datang dari segi duit sahaja. Kalau konsep rezeki kita nampak dari segi wang sahaja, confirm kita tak kan pernah rasa cukup sebab duit ni infinity. Tak kan pernah habis.
Rezeki juga kalau ada: – Akal yg cerdas – Kesihatan yang baik – Sihat tubuh badan – Suami/family/mertua/anak yang baik
Ads
Dan macam2 lagi. Konteks rezeki ni luas. Kalau kita bersyukur dengan apa yang kita ada, Allah memang dah janji akan bagi kita lebih lagi. Cuma kita je kena usaha
Rata-rata bersetuju dengan pendapat Cik Epal. Netizen turut berkongsi pengalaman mendapat rezeki dalam bentuk selain duit.
Kagum dengan semangat gadis berusia 19 tahun ini yang tidak pernah memotong rambutnya sejak lahir. Dia mula menjadi perhatian netizen selepas video miliknya tular. Gadis yang dikenali sebagai Yan itu turut diberi gelaran Rapunzel tempatan.
Berkongsi lebih lanjut, Yan berkata dia memerlukan tiga hingga lima jam untuk menyikat rambutnya setiap hari.
Disebabkan kepanjangan rambut yang kini menyamai ketinggian tubuhnya, dia terpaksa meminta bantuan ibunya untuk proses dandanan supaya nampak lebih kemas.
Kongsi Yan lagi, ibunya juga akan berzikir bagi memudahkan proses dandanan rambutnya.
“Selalunya kalau mak sikat rambut saya, mak saya akan berzikir ya kawan-kawan. Saya tak tahu kenapa kalau mak saya sikat sambil zikir, nampak macam senang je nak sikat rambut,” ujarnya.
Menurut Yan lagi, dia teringin untuk berambut pendek, namun terpaksa mengekalkan gaya itu atas permintaaan ibunya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mulai 1 Ogos ini, pelitup muka wajib dipakai di dalam kenderaan awam dan ketika berada di kawasan sesak atau tumpuan umum.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yakub, berkata langkah itu diambil berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.
Katanya, pemakaian pelitup muka itu diwajibkan di kawasan tumpuan ramai seperti pasar, pasar tani dan pasar raya serta stesen pengangkutan awam.
“Dengan arahan terbaru itu, orang ramai juga boleh memakai topeng muka yang dijahit sendiri tetapi perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
“Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan spesifikasi untuk topeng muka buatan sendiri itu di media massa dan sosial,” katanya dalam sidang akhbar khas selepas mesyuarat menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Parlimen, hari ini.
WHO benarkan pemakaian pelitup muka dijahit sendiri
Ismail Sabri menjelaskan walaupun pemakaian pelitup muka itu berkuat kuasa 1 Ogos depan, orang ramai digalakkan untuk melaksanakan peraturan itu mulai sekarang.
Katanya, sebelum ini kerajaan tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka kerana mengambil kira golongan kurang berkemampuan.
“Ini kerana pemakaian pelitup muka adalah pakai buang yang sebaiknya digunakan untuk setiap keping bagi tempoh tiga jam atau sekurang-kurangnya sehari.
“Kini, WHO benarkan pemakaian pelitup muka yang dijahit sendiri, maka kerajaan memutuskan mewajibkan pemakaiannya di kawasan tumpuan awam dan dalam pengangkutan awam sama ada di darat, udara dan laut,” katanya.
“Ketika tiba di rumah, keadaan agak gelap kerana asap sudah berkepul-kepul dan saya hanya menemui anak kedua sedang menangis di ruang tamu,” kata Mohd Zaid Husmin, 34, yang kematian anak sulungnya dalam kebakaran di rumahnya di Kondominium The Rise Collection II, Jalan Dr Wu Lien Teh, Georgetown, Pulau Pinang, pagi semalam (5 Jun).
Dalam kejadian itu, Nur Rania Adelia,6, meninggal dunia dipercayai akibat terhidu asap.
Mohd Zaid berkata, sebelum kejadian, dia bersama isteri, Tuti Harnida Harun, 34, dan anak bongsunya berusia setahun keluar ke pasar bagi membeli barangan keperluan, manakala Nur Rania Adelia bersama anak keduanya, Muhammad Ariq Zakwan, 4, yang sedang tidur ditinggalkan di rumah.
“Berikutan mereka nyenyak tidur, saya ambil keputusan tinggalkan mereka sebentar, tambahan pula pasar tidak jauh dari rumah iaitu kurang lima minit perjalanan.
“Saya turut mengaktifkan aplikasi Zoom bagi memantau secara langsung keadaan anak di rumah,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), selepas kejadian itu.
Dengar tangisan anak kedua, nampak kepulan asap melalui app Zoom
Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, kira-kira 10 minit ketika berada di pasar, dia terdengar anak keduanya menangis menerusi aplikasi itu, selain melihat kepulan asap memenuhi ruang tamu rumahnya, lalu mereka bergegas pulang.
Katanya, sebaik tiba di rumah, anak keduanya ditemukan di ruang tamu sedang menangis, namun dia tidak dapat mengesan Nur Rania Adelia.
“Saya selamatkan Muhammad Ariq Zakwan dulu sebelum masuk semula dalam rumah, tetapi keadaan asap tebal menyebabkan saya sukar mengesan kedudukan Nur Rania Adelia.
“Hanya selepas saya membuka tingkap bagi ruang pengudaraan, Nur Rania Adelia dilihat terbaring atas tilam di bilik utama dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.
Tiada ibu bapa minta kejadian ini berlaku pada anak
Mohd Zaid berkata, pasukan bomba tiba sebaik kedua-dua anaknya diselamatkan dan memberi rawatan serta bantuan pernafasan sebelum mangsa dibawa ke HPP bagi tindakan lanjut.
Katanya, dia reda kejadian menimpa keluarganya dan berharap orang ramai tidak menyalahkan sesiapa.
“Tiada ibu bapa mahu tinggalkan anak di rumah dalam keadaan begitu, malah saya juga mengambil inisiatif mengaktifkan aplikasi Zoom bagi memantau mereka secara langsung.
“Masih terngiang-ngiang suara Nur Rania Adelia mahu makan durian, malah dia kelihatan gembira dan ceria selepas saya bawa pulang buah itu sehari sebelum kejadian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Aazelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.05 pagi.
Katanya, tugas menyelamat membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dan BBP Lebuh Pantai.
Api berjaya dikawal pada jam 9.36 pagi dengan kemusnahan kebakaran sehingga 70 peratus.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Jahitan Selepas Bersalin memerlukan penjagaan yang betul untuk mempercepatkan pemulihan. Ketahui punca koyakan perineum, episiotomi, tempoh penyembuhan, tanda jangkitan dan tip penjagaan selepas melahirkan anak.