Sering kali kita melihat rezeki yang tiada keberkatan itu seperti air yang mengalir. Petandanya macam-macam. Antaranya ‘poket bocor’, perniagaan tak menjadi dan anak yang makin lewa tidak mendengar kata ibu ayah. Formula keluarga bahagia yang diredai Allah salah satunya ialah dengan membawa pulang rezeki yang halal dan berkat ke rumah.

Dalam penat jerih membanting tulang sehari-hari,  pernahkah anda terfikir rezeki yang dibawa pulang? Mereka  yang berniaga khususnya, tahukah anda mengenai zakat perniagaan. Bagi sesetengah perniagaan, ada zakat pendapatan yang perlu dibayar. Jom kira zakat perniagaan yang perlu anda dibayar supaya rezeki yang dibawa pulang berkat untuk kita, pasangan dan anak-anak.

TUNAI ZAKAT PERNIAGAAN RAHSIA PERNIAGAAN MAKIN MAJU

Dua usahawan wanita ini berkongsikan rahsia dalam keberkatan  dengan menunaikan zakat perniagaan yang akhirnya akan menyuburkan perniagaan. Mereka yang  dahulunya cuma penerima bantuan zakat, kini menjadi pembayar pula iaitu dengan menunaikan zakat perniagaan masing-masing. Inilah rahsia kejayaan pernigaan mereka semakin maju.

Puan Che Salamiah binti Malik, seorang usahawan Zakat Selangor dalam bidang pemprosesan makanan yang menghasilkan pelbagai jenis rempeyek sebagai produk utama. Beliau merupakan usahawan Zakat Selangor daripada Klang yang telah menerima bantuan Zakat Selangor iaitu bantuan Modal Pusingan sebanyak 1,000 pada Mei 2014 dan 2,000 pada Disember 2017. Salamiah Salamiah juga telah menerima bantuan bagi Label Produk di bawah pembangunan produk berjumlah 3,500 bagi meningkatkan pasaran produk beliau dengan lebih luas.

Rezeki Bukan Soal Banyak Atau Sikit, Ia Tentang Berkat Atau Tidak. Papa Mama Jangan Terlepas Pandang

Manakala Puan Norazimah Hazmi mendapat bantuan Zakat Selangor di bawah projek usahawan lori bergerak. Selain itu, pada Julai 2016, beliau juga menerima bantuan modal pusingan sebanyak 1,500 dan bantuan peralatan perniagaan sebanyak 1,870.16.

IKLAN

Norazimah menjalankan perniagaan secara bergerak di tapak niaga seperti pasar malam, karnival, majlis-majlis keramaian, bangunan kerajaan dan sebagainya di pelbagai lokasi tanpa mengira lokasi dan waktu.

Rezeki Bukan Soal Banyak Atau Sikit, Ia Tentang Berkat Atau Tidak. Papa Mama Jangan Terlepas Pandang

Kejayaan kedua-dua usahawan wanita ini ialah hasil daripada keberkatan dalam menunaikan zakat pendapatan. Benarlah seperti yang dikatakan, inilah hikmah dan keberkatan menunaikan zakat yang memajukan perniagaan mereka.

IKLAN

CARA KIRA ZAKAT PERNIAGAAN

Bagi anda yang ragu-ragu bagaimana untuk membuat pengiraan zakat perniagan, berikut ialah caranya.

Pengiraan mudahnya ialah dengan mengira hasil Aset Semasa ditolak dengan Belanja/Liabiliti Semasa, darab dengan 2.5%.

ASET SEMASA tu bermaksud : Baki tunai di bank, baki tunai di tangan, hutang yang dijangka akan diterima dan nilai stok niaga boleh jual.

IKLAN

LIABILITI SEMASA pula bermaksud: Hutang pembekal dan hutang-hutang lain seperti bil eletrik, air dan sewa pejabat.

Maka, jumlah aset semasa ditolak dengan libiliti semasa didarabkan pula dengan 2.5%. Dengan ini dapatlah jumlah zakat yang kena ditunaikan. Untuk lebih mudah kiraan zakat perniagaan boleh klik di sini 

Elok kira dulu, supaya jelas sama ada perniagaan anda perlu dibayar zakat atau tidak. Semoga dengan usaha anda mengira zakat pendapatan ini dan menunaikannya, rezeki akan bertambah berlipat kali ganda dan mengundang berkat untuk anak-anak dan keluarga. Perniagaan juga bertambah maju.

Kalau nak tunaikan zakat perniagaan pula mudah sahaja, Klik sahaja di sini: https://fpx.zakatselangor.com.my/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI