Rezeki setiap orang berbeza. Apa sekalipun yang berlaku, kegembiraan dan kebahagiaan pada insan tersayang nombor satu. Begitu juga pada pasangan suami isteri ini yang sepakat membeli sebuah kereta jenis Perodua Kancil menggunakan wang pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 baru-baru ini.
Berkongsi rasa kesyukuran itu, seorang isteri yang juga ibu kepada dua cahaya mata, Atikah memberitahu dia dan suami amat bersyukur dengan rezeki yang diperoleh mereka sekeluarga sehingga dapat merasa nikmat memiliki sebuah kereta walaupun hanya Kancil.
Baginya, itu sudah cukup memberikan makna besar baginya dan suami serta dua anak kerana selama ini hanya bergantung kepada sebuah motosikal suaminya untuk ke mana-mana sambil membawa dua orang anak.
“Rezeki anak-anak dapat duit KWSP terus beli kereta.
@atikah_la_la_labaru lepas amik anak sekolah muka gembira anak😁♬ suara asli – Els Warouw🎶
“Saya anak dua baru merasa ada kereta, sebelum ini pergi mana-mana naik motor dengan panas-panas, bila anak nak susu terpaksa duduk tepi jalan buat susu dulu,” katanya.
Menerusi video yang dikongsikan Atikah, apa yang lebih memberi kepuasan kepada seorang ibu adalah apabila dia melihat reaksi anak sulungnya yang begitu teruja ketika dihantar ke sekolah dengan menaiki kereta tersebut.
“Hari ini bermula lah hantar anak ke sekolah naik kereta, tengok muka anak sulung itu seronok sahaja,” ujarnya.
@atikah_la_la_laharini bermula lah hantar anak kesekolah naik kereta tgk muka anak sulung tu happy je.😊♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu – Yudha Paramata
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terharu dan mendoakan keluarga kecil ini terus bahagia dan dipermudahkan urusan.
“Alhamdulillah, saya tumpang gembira dengan kejayaan puan dan keluarga, rezeki dapat memiliki kereta, KWSP pun duit titik peluh kerja keras selama ini, jadi, manfaatkan seperti ini baru nampak hasil berpanjangan.”
“Seronok bila tengok wajah anak kecil itu tersenyum lebar, seronok dia dapat naik kereta, tahniah puan.”
“Alhamdulillah di sini saya kenal ertinya bersyukur hidup besederhana tersentuh hati saya. Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki buat akak sekeluarga.”
Kredit: TikTok atikah_la_la_la & Kosmo
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI