Alhamdulillah penyanyi Adira Suhaimi telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.5 kilogram menerusi kaedah pembedahan kira-kira jam 1.00 petang (29 September 2022)
Mengucapkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata keempatnya, Adira, 31, berkata dia dan bayi berada dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah..pembedahan berjalan dengan lancar. Saya dan bayi berada dalam keadaan baik.
“Mujur ibu juga turun ke Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak. Terima kasih di atas doa semua. Kini fokus untuk berpantang saja,” katanya.
Perkhabaran gembira itu turut dikongsikan penyanyi lagu Ombak Rindu itu menerusi sebuah hantaran terkininya di instagram.
Terdahulu, Adira berhasrat ‘tutup kilang’ selepas kelahiran cahaya mata keempat.
Imbas kembali, Adira mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.
Kredit: IG Adira Suhaimi, BH
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race! Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Biar Bonda Pergi Dulu Dari Ayah.” Sebak Baca Luahan Hati Elyana Buat Suaminya
Sempena Hari Bapa 20 Jun, sebagai tanda penghargaan isteri dan anak-anak telah mendedikasikan ucapan Selamat Hari Bapa buat suami dan juga ayah. Walaupun Hari Bapa tak sepopular sambutan Hari Ibu, kasih sayang dan pengorbanan suami bergelar ayah sangat besar.
Tak terkecuali selebriti Elyana yang kini sedang menjalani rawatan radioterapi di hospital turut memberi ucapan yang sangat bermakna dan mendalam maksudnya buat suami tersayang, Khairul Anuar Husin.
“Tak best kalau tak ada ayah”
Dalam kapsyen yang disertakan dengan gambar mereka sekeluarga, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu ini memberitahu yang mereka sekeluarga kurang seronok andai tidak dapat bersama ayah (Khairul Anuar).
“Bonda, Cinta and Cahaya sayang sangat kat ayah. Kalau ayah tak ada, kitorang tak best..mesti nak kena ada ayah. Sebab ayah our superher…semua ayah boleh buat, kecuali pasang2 kabinet, katil, dan apa je yang ada skru tu memang ayah tak pandai. Nasib baik bonda power part tu.” tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN [“Cinta & Cahaya Kekuatan Bonda”.. Berat Hanya 35kg, Elyana Jalani Radioterapi 10 Hari]
“Biar bonda pergi dulu…”
Apa yang lebih menyebakkan adalah doa Elyana yang berharap agar dirinya yang pergi dulu berbanding suami kerana hidup anak-anak tidak akan gembira tanpa sosok seorang ayah.
“Sebab tu bonda selalu doa biar bonda pergi dulu dari ayah. Sebab tak boleh hidup, and tak best kalau tak ada awak,” kongsinya lagi.
Suami & anak-anak tetap perlukan awak..
Ucapan penyanyi itu di ruangan Instagramnya membuatkan rata-rata peminat tersentuh hati. Semua mendoakan agar penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu beransur baik dan dia dapat menjalani kehidupan seperti biasa semula.
Sedih baca ayat last El. Terus kuat demi orang tersayang
Dengan izin-Nya, moga diberi kesembuhan
Moga rawatan radioterapi yang dilakukannya sekarang serasi dan Elyana mampu melihat anak-anak membesar.
Kredit: Instagram @elayanaofficial1
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gigi Anak Berlapis? Ini Puncanya Yang Ibu Bapa Tidak Sedar
Masalah gigi berlapis sering dipandang enteng oleh masyarakat umum. Perkara ini perlu dititikberatkan kerana kelak, ia boleh menyebabkan masalah karies gigi dan masalah gusi bengkak.
Tahukah anda bahawa masalah gigi berlapis boleh disebabkan oleh gigi susu? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Sebelum kita menyelami bagaimana gigi berlapis boleh terjadi, mari kita kenal terlebih dahulu dengan pesona utama artikel ini, gigi susu. Walaupun gigi mula tumbuh ketika bayi berusia di antara 6 ke 12 bulan, hakikatnya, ia mula terbentuk pada 6 minggu fasa kehamilan.
Usia bagi pertumbuhan gigi susu adalah berbeza bagi setiap bayi maka jika anak anda masih tidak mempunyai gigi seawal 6 bulan, usah khuatir. Biar lambat, asal selamat.
Apa itu enamel, dentina dan pulpa?
Terdapat perbezaan yang agak ketara jika dibuat perbandingan di antara struktur gigi susu dan gigi kekal. Secara umumnya, jumlah gigi susu yang bakal tumbuh apabila anak anda berusia 1 tahun adalah sebanyak 6 batang. Ketika anak anda berusia 3 tahun, seharusnya kesemua 20 batang gigi susu telah pun tumbuh.
Jika dibuat perbandingan secara fizikal, gigi susu kelihatan lebih kecil dan putih manakala gigi kekal kelihatan lebih besar dan berwarna krim atau putih kekuningan.
Gigi kekal juga mempunyai bilangan yang lebih banyak iaitu sebanyak 32 batang berbanding dengan gigi susu yang hanya sebanyak 20 batang. Pada sudut anatomi, perbezaan di antara keduanya dapat dilihat pada ketebalan lapisan enamel (luar), dentina (tengah) dan pulpa (dalam).
Gigi susu mempunyai lapisan enamel dan dentina yang agak nipis berbanding dengan gigi kekal membuatkan karies gigi lebih mudah untuk merebak ke lapisan pulpa.
Oleh sebab itulah karies gigi kelihatan lebih teruk pada gigi kanak-kanak berbanding dengan orang dewasa. Lapisan pulpa gigi mengandungi banyak urat saraf dan salur darah yang memberikan nutrisi kepada gigi. Gigi susu mempunyai lapisan pulpa yang agak besar berbanding dengan gigi kekal. Ini meningkatkan risiko untuk mendapat kecederaan urat saraf dalam situasi trauma memandangkan ia juga mempunyai lapisan luar yang nipis.
Memastikan keteraturan gigi kekal
Jika dilihat pada fungsi asas gigi susu, ia penting bagi membantu proses penghadaman yang baik buat anak-anak anda. Fungsinya adalah sama dengan gigi kekal iaitu untuk mengigit, mengoyak dan melumatkan makanan. Fungsi ini penting bagi memastikan nutrisi makanan dapat diserap masuk ke dalam tubuh badan.
Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa ia juga memainkan peranan penting dalam memastikan keteraturan susunan gigi kekal. Gigi susu kebiasaannya akan patah secara semula jadi dan digantikan dengan gigi kekal pada usia sekitar 6 tahun.
Sebelum daripada usia tersebut, gigi yang patah akan digantikan dengan gigi belakang bagi mengisi kekosongan di hadapan. Keadaan ini akan menyebabkan susunan asalnya menjadi tidak teratur seterusnya mengakibatkan kekangan ruang di antaranya untuk gigi kekal tumbuh.
Kesannya, gigi kekal akan tumbuh sama ada di hadapan atau di belakang gigi sedia ada menjadikan gigi anda kelihatan berlapis. Gigi yang berlapis akan memberikan kesan negatif terhadap keyakinan diri anak-anak anda memandangkan keteraturan gigi penting dalam aspek penampilan diri.
Bayangkan jika anak anda diejek dan dipulaukan oleh rakan-rakannya hanya disebabkan oleh masalah gigi berlapis. Ini akan menurunkan tahap keyakinan anak anda untuk menjalinkan hubungan sosial.
Selain itu, ia juga memudahkan proses pengumpulan plak yang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat karies gigi dan penyakit gusi bengkak (gingivitis).
Adakah gigi susu perlu dicabut?
Kebanyakan gigi susu akan tercabut dengan sendirinya apabila tiba masa untuk gigi kekal tumbuh. Proses ini kebiasaannya berlaku pada sekitar usia 6 tahun dan berlanjutan sehingga tumbuhnya gigi geraham kekal pada sekitar usia 13 tahun.
Jadi, adakah anda perlu membawa anak anda ke klinik untuk mencabut gigi? Terdapat beberapa situasi yang membolehkan anda untuk membawa anak anda berjumpa dengan doktor gigi:
Apabila anak anda mengalami karies gigi.
Gigi rosak atau berlubang boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf yang terletak pada lapisan pulpa gigi. Gigi ini perlu dicabut untuk mengelakkan kesakitan yang boleh mengganggu selera makan dan tidur anak anda.
Apabila gigi kekal mula tumbuh di bahagian belakang atau hadapan gigi susu.
Situasi ini akan menyebabkan terbentuknya gigi berlapis yang boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah berkaitan dengan kesihatan gigi dan gusi.Gigi susu perlu dicabut untuk memastikan keteraturan gigi kekal seterusnya mengelakkan risiko untuk mendapat karies gigi dan penyakit gusi.
Apabila gusi kelihatan merah, bengkak dan bernanah.
Ini adalah merupakan komplikasi daripada penyakit karies gigi. Apabila karies gigi telah merebak ke lapisan pulpa, gusi akan bengkak dan bernanah. Ia perlu dicabut untuk mengelakkan kerosakan serius pada saraf gigi.
Apabila gigi kekal tidak tumbuh pada usia 8 tahun ke atas.
Dalam situasi ini, pertumbuhan gigi kekal terbantut kerana ia terletak secara langsung dibawah gigi susu. Ia perlu dicabut untuk memastikan gigi kekal dapat tumbuh dengan sihat.
Jadi sekarang anda sudah faham, bukan?
Adalah penting untuk kita sebagai ibu bapa untuk memastikan dan mengajar anak-anak kita cara untuk menjaga gigi mereka dengan lebih baik. Tabiat ini boleh mengelakkan terjadinya masalah gigi berlapis yang boleh menyebabkan karies gigi dan penyakit gusi. Oleh itu, jangan abaikan penjagaan gigi anak-anak anda!
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Dah Menyusu Lama & Tertidur Tapi Tak Boleh Lepaskan Payudara Ibu? Ini Mungkin Puncanya
Anak menyusu lama dan tertidur tapi tidak mahu melepaskan payudara ibu m walau pun sudah kenyang adalah cabaran buat ibu yang menyusukan. Ada kalanya membuatkan ibu susah untuk melakukan tugas. Mungkin 4 perkara ini boleh membantu.
Apabila dilepaskan puting payu dara daripada mulutnya, dia akan menangis biar pun sudah yakin dia sudah pun lena. Apa yang patut dilakukan agar ia tidak menjadi tabiat buruk kerana keadaan ini menyukarkan ibu untuk bergerak setiap kali sesi penyusuan berlangsung?
4 SEBAB KENAPA IA BERLAKU
Menurut pakar laktasi, Rita Rahayu Umar, keadaan ini berlaku bergantung pada usia anak. Kadang kala ia adalah biasa bagi bayi yang berusia beberapa bulan memerlukan keselesaan daripada ibunya dan payu dara. Berikut adalah antara sebab terjadinya hal ini;
#1 Selama 40 minggu dalam kandungan, si kecil menjadi sebahagian daripada anda dan kini baru beberapa minggu atau bulan menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.
#2 Dia memerlukan momen penyusuan intim bagi mengenang perasaan selesa yang pernah dilaluinya bersama anda.
#3 Sesetengah bayi memerlukan lebih keselesaan sewaktu menyusu berbanding yang lainnya. Ini kerana mungkin perasaannya lebih sensitif. Tiada salahnya jika bayi hanya boleh tidur lena jika menyusu terlebih dahulu.
#4 Kajian menunjukkan anak yang mendapat keselesaan apabila dia menangis, cenderung untuk menjadi insan yang lebih berkeyakinan diri dan berdikari. Asasnya, jika anda memberi keselesaan kepadanya sekarang, dia akan kurang memerlukannya di masa akan datang.
GUNAKAN PENGGENDONG BAYI BANTU IBU BERGERAK
Adalah tidak biasa jika bayi terus mahu menyusu ketika sedang tidur. Untuk itu, ada beberapa perkara yang boleh anda cuba lakukan bagi mengatasi hal ini.
Bergantung kepada berapa usia anak, anda mungkin boleh biarkan dia terus menyusu sambil baring tetapi pastikan dia diletakkan di dalam baby sling (penggendong). Jadi, anda boleh bangun dan lakukan pekerjaan lain ketika dia tidur.
PERHATIKAN CORAK TIDUR SEBELUM MELETAKKAN KE DALAM PEGGENDONG
Walau bagaimanapun, pastikan bayi benar-benar lena dan tidak lagi menghisap puting sebelum anda cuba mempraktikkan panduan ini. Untuk itu, anda mungkin perlu menunggu untuk beberapa ketika.
Bayi akan melakukan aksi hisapan untuk mendapatkan keselesaan (flutter atau comfort sucking) iaitu hisapan yang lembut dan perlahan-lahan. Apabila bayi baru sahaja tidur, anda dapat lihat dia mengerut mukanya, sebahagian tangan digenggam, bayi menegangkan otot badan serta muka dan kelopak matanya bergerak-gerak.
CABUT BILA SUDAH TIDUR NYENYAK
Apabila sudah nyenyak tidur pula, anda dapat mengenal pasti dengan melihat corak pernafasannya adalah biasa, kelopak mata tidak bergerak dan anggota tubuhnya lemah; tangan terkulai, tiada lagi genggaman tangan serta ototnya lebih relaks.
Oleh yang demikian, apabila bayi mula tidur nyenyak, cuba tarik puting dan jauhkan diri daripadanya secara perlahan-lahan.
GUNAKAN KELINGKING
Satu perkara yang kadang kala membantu ialah sisipkan jari kelingking di dalam mulut bayi apabila dia sudah tidur. Jadi, anda boleh keluarkan puting payu dara dari mulutnya dan biarkan bayi menghisap jari anda itu.
Lama-kelamaan, barulah anda boleh mengeluarkan jari daripada mulutnya. Cara ini membantu dengan memberi sedikit tekanan pada bahagian bawah bibir bayi apabila anda melakukannya. Dengan melaksanakan panduan ini, anda boleh mengelakkan bayi daripada terjaga daripada tidur.
OBJEK YANG MEMPUNYAI BAU BADAN IBU
Meletakkan sesuatu objek betul-betul di sebelahnya yang mempunyai bau badan ibu seperti baju T atau bantal juga dapat membantu.
Ketahuilah, menyusu bukan sekadar membekalkan bayi dengan khasiat yang diperlukannya. Lebih daripada itu, payu dara anda berupaya memberikan keselesaan dan rasa selamat kepada bayi.
Masa yang diperuntukkan untuk menyusu bayi adalah sangat singkat tetapi memori kasih sayang yang anda curahkan melalui penyusuan susu ibu akan berkekalan seumur hidupnya. Percayalah, bayi anda dengan sendirinya akan tidur tanpa perlu menyusu pada masa akan datang. Jadi, nikmati momen ini selagi ada.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI