Tarikh 8.8 2021 jadi hari paling bermakna buat jaguh trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, apabila membawa khabar gembira kepada rakyat Malaysia setelah berjaya menghadiahkan pingat perak untuk negara dalam acara keirin lelaki di Kejohanan Olimpik Tokyo 2020.
Azizulhasni dalam satu sesi temubual bersama Astro Arena tak dapat menahan sebak dan terus menitiskan air mata ketika menceritakan dugaan dan tekanan yang dihadapinya sepanjang saingan Olimpik Tokyo 2020 ini.
Kata Azizulhasni kepada Astro Arena, kejayaan yang diperoleh hari ini adalah berkat doa seluruh ahli keluarga dan rakyat Malaysia walaupun dia terpaksa berkorban untuk anak, isteri, ibu dan ayahnya.
Dalam linangan air mata itu, Azizulhasni memberitahu sukar untuk beliau meninggalkan isteri bersama anak-anaknya di Melbourne, Australia.
Tambah sedih lagi, ketika sedang membuat persiapan untuk saingan Olimpik ini, Azizulhasni turut menerima khabar bahawa bapa tercinta di tanah air sedang diuji dengan mild stroke.
“Sedih sangat sebab tak dapat nak jenguk ayah, tapi adik beradik saya beri sokongan dan minta untuk fokus Olimpik je, jangan fikir ayah. Sahut cabaran demi negara.
“Bukan itu saja, pengorbanannya meninggalkan kampung dan ibu sejak berusia 15 tahun demi sukan berbasikal ini dianggap berbaloi dengan apa yang diperoleh hari ini,” katanya.
Sementara itu, dalam momen penuh emosi itu, satu khabar tak terduga ‘dihadiahkan’ kepada Azizulhasni apabila isterinya, Datin Athiah Ilyana Abd Samat kini sedang mengandung anak ketiga mereka.
Azizulhasni terus sujud syukur apabila mendengar berita gembira yang disampaikan oleh wartawan, Bazly Azmi selepas acara penyampaian pingat.
Tahniah Azizulhasni! Anda tetap kebanggaan rakyat Malaysia apabila Jalur Gemilang tetap berkibar di Velodrom Izu.
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI