Hanya menghitung hari dalam tempoh sebulan lagi untuk menimang cahaya mata, Allah uji dengan ujian besar buat pasangan suami isteri ini apabila kehilangan bayi dalam kandungan akibat komplikasi jantung.
Menerusi perkongsian di Facebook Mr Wan Cai Official yang menguruskan jenazah anak syurga ini, beliau telah berkongsi kisah sedih ini yang cukup dirasai oleh seluruh ahli keluarga pasangan suami isteri ini.
Luahan hati ibu anak syurga ini yang diberi nama Nurshadha Jannah bin Muhammad Syafiq cukup menyentuh hati. Walaupun reda dengan ketentuan Allah tapi momen indah sepanjang mengandungkan anak syurga ini sukar dilupakan.
Menurut ibu kepada bayi syurga ini, pada awalnya memang tidak sedar diri hamil dan berita gembira itu diperoleh semasa membuat pemeriksaan dengan doktor kerana sukar bernafas.
Selang 16 minggu, mama dan ayah bercadang untuk membuat imbasan bagi mengetahui keadaan awak di dalam perut mama dan jantina namun degupan jantung waktu tu masih belum stabil lagi.
Degupan jantung perlahan
Beberapa minggu selepas itu, mama kembali melakukan pemeriksaan dan mendapat jantung awak masih lagi mengalami komplikasi disebabkan terdapat banyak air ketuban di dalam kandungan.
Mama, abah scan nak tengok muka awak buat kenangan
Selepas kandungan menginjak minggu ke-34, mama dapati awak semakin kurang bergerak dan terus mendapatkan rawatan sehingga doktor menunjukkan keadaan semasa awak di dalam kandungan.
Ini cukup menyedihkan dan doktor meminta membuat keputusan sama ada ingin bersalin pada tarikh sebenar atau bersalin paksa kerana kandungan tidak lagi dapat diselamatkan.
Al-Fatihah.
Sumber: FB Mr Wan Cai Official