Ayah kepada ‘mini Neelofa’, Che Fadhullah akui masih tidak mempercayai impian anaknya itu sudah menjadi kenyataan.
Menurut Che Fahdhullah, anaknya, Che Naura Auni memang sebelum ini telah menyimpan hasrat untuk bertemu dengan idolanya itu.
“Sebelum ni dia selalu cakap nak jumpa Neelofa, nak beraya rumahnya.
“Bila dapat jemputan ke MeleTOP, saya anggap ia rezeki sebab anak dah selalu sebut,” katanya.
Ditanya sama ada dia bersikap terbuka jika Naura diberi tawaran untuk ‘terjun’ ke dunia seni, Che Fahdhullah tidak menolak.
“Saya pun bukan kerja bagus, kerja kilang saja. Kalau ada tawaran berlakon jadi model atau iklan saya tak tolak.
“Tapi jangan sampai jejaskan Naura sebab dia masih kecil. Saya anggap rezeki untuk masa depan Naura juga,” katanya.
Terdahulu wajah Naura yang mirip selebriti Neelofa mencetuskan fenomena. Malah, kemunculannya di program MeleTOP pada Selasa lalu juga menjadi perhatian ramai.
Sejak Naura muncul bersama Neelofa, pengikut di instagramnya dah hampir nak mencecah 100,000.
Sumber: Mstar & Gempak