Pelakon yang satu ini diakui sering membantu golongan yang berkemampuan, lebih-lebih lagi yang mempunyai anak kecil.
Jika dahulu Anzalna pernah menghadiahkan mainan dan pakaian untuk anak-anak yatim, kali ini ibu kepada Eidrees dan Emirhan ini bermurah hati untuk berkongsi rezeki dengan seorang bapa tunggal.
Menerusi Instagramnya, Anzalna Nasir turut memuat naik videonya yang berbelanja barangan keperluan bayi bersama bapa tunggal.
“Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan.
“Kali ni Anzalna bawa single daddy bersama anak kesayangan shopping di tempat kegemaran Anzalna,” katanya berkongsi.
Malah kata Anzalna lagi, dia juga akan turut membawa keluarga yang memerlukan barang baby untuk sama-sama mendapatkan keperluan mereka.
“InsyaAllah nanti Anzalna akan bawa lagi keluarga yang bertuah shopping. Korang tolong tag keluarga yang memerlukan barang baby,” tulisnya ikhlas.
Anzalna sebelum ini sering membantu golongan yang kurang berkemampuan serta anak-anak yatim yang memerlukan perhatian.
Meninjau di ruangan komen, sikap pemurah selebriti ini sudah semestinya dipuji ramai malah ramai yang terharu melihat keikhlasan Anzalna membantu ramai pihak.
Menarik:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tunku Azizah Pun Geram. Bertuahnya Awak Dik Dapat Peluk & Cium Dari Permaisuri.”
Biasanya bila tengok anak-anak yang badan bersemangat, ramai dalam kalangan kita rasa geram. Selalunya bahagian pipi, lengan dan paha akan jadi perhatian untuk dipegang, digomol atau dicubit manja.
Kalau pergi mana-mana pasti akan jadi perhatian tambah pula jika anak itu jenis mudah mesra dan tak takut orang. Seperti perkongsian di Tik Tok @adib_amsyar21, satu video yang tular menunjukkan anak yang mesra dipanggil Adib ini telah mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Dalam video tersebut, ibu Adib memberitahu rezeki Adib dapat berjumpa dengan Raja Permaisuri Agong tak sangka pertemuan ini sangat bermakna buat mereka sekeluarga.
Tengok layanan yang diberikan sungguh ramah dan terserlah sifat keibuan dalam diri Tuanku. Tuanku sanggup berhenti sekejap dan melayan walaupun nak cepat.
ARTIKEL MENARIK
[Pakar Psikologi Larang Ibu Ayah Guna Ayat Ini Semasa Cakap Atau Marah Anak]
[Anak Lelaki Manja, Minta Peluk & Cium Layankan Je.” Nanti Besar Kita Pula Rindu!]
Apa yang menjadi perhatian adalah momen ketika Adib dipeluk oleh Tunku Azizah yang ternyata geram dengan kecomelannya. Walaupun baru pertama kali berjumpa, semasa Tunku Azizah masuk ke dalam lif, Adib sempat lagi melambai.
“22.11.22 | Tuesday – Best moment & rezeki adib amsyar bertemu KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj . Daulat TuanKu”
Menerusi ruangan komen ramai yang menyatakan bila Adib besar nanti mesti akan bangga kerana pernah dipeluk oleh orang nombor satu dalam Malaysia. Malah ada yang menyuruh ibu Adib simpan elok-elok video ini sebagai kenangan.
“Tuanku geram tengok dia comel sangat
“Boleh masuk dalam resume nanti dah besar😅 experience “pernah dipeluk permaisuri agong”
“Mesti bangga bila besar,..mase kecik-kecik pernah kena peluk cium dengn permaisuri🥰🥰”
“Tuanku jika dengan budak-budak memang macam tu…. Jiwa keibuannya”
Video Penuh:
@adib_amsyar21 22.11.22 | Tuesday – Best moment & rezeki adib amsyar bertemu KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj . Daulat TuanKu #fyp #budakgemoyyy🖤 #kesayangan #daulattuan #tengkupermaisuri #istananegara ♬ Fall In Love Alone – Sped Up Version – Stacey Ryan
Perkongsian tersebut telah mendapat 1.6 juta tontonan, 167.4k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat comel Adib.
Sumber: tiktok adib_amsyar21
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tergamaknya Ibu Dera Anak Kerana Kemaruk Dengan Teman Berperwatakan Lelaki
Seorang ibu tugasnya menjaga, medidik serta melindungi anak-anak. Bahkan sifat protective seorang ibu boleh mengubahnya dari seorang yang lembut menjadi ganas ketika melindungi anak-anaknya. Rata-rata ibu tidak akan mebenarkan sesiapa menyentuh anak-anak mereka apatah lagi sehingga tahap mendera.
Tetapi lain kisahnya dengan seorang ibu dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang ini apabila dia dan temannya ditahan kerana dipercayai mendera tiga orang anaknya yang berusia 12, 8 dan 4 tahun.
Ikuti laporan dari Sinar Harian ini untuk berita lanjut:
KEPALA BATAS – Polis menahan seorang wanita dan temannya yang berperwatakan lelaki kerana dipercayai mendera tiga anak sejak empat bulan lalu dalam kejadian di Tasek Gelugor di sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, wanita berusia 32 tahun itu ditahan di Kepala Batas manakala rakannya berumur 33 tahun ditahan di Butterworth kira-kira jam 3.40 petang semalam selepas pihak polis menerima laporan daripada anak perempuannya.
Menurutnya, wanita berkenaan juga menghalau suaminya keluar dari rumah dan membawa pulang kekasihnya tinggal bersamanya sejak beberapa bulan lalu.
“Anak sulung membuat laporan mendakwa dipukul ibu kandung menggunakan tali pinggang ketika berada di rumah mereka.
“Ketiga-tiga mangsa berusia empat hingga 12 tahun kemudian dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Artikel Menarik: [Berhenti Dera Anak Dalam Senyap. Besar Nanti Boleh Jadi Punca Anak Kurang Hormat Ibu Ayah]
Noorzainy berkata, hasil siasatan mendapati mangsa melakukan penderaan berkenaan selepas dikatakan tertekan dan bergaduh dengan kekasihnya itu.
Katanya, kejadian dera dan pukul itu dikesan guru sekolah dua kanak-kanak tersebut selepas mereka kerap tidak hadir ke sekolah dan pemeriksaan mendapati dua beradik masing-masing tahun enam dan dua itu kerap dipukul ibu sebelum pihak sekolah memaklumkan kepada ayah mereka.
Artikel Menarik: [6 Tanda Anak Kita Mungkin Didera Di Tempat Asuhannya. Semua Mak Ayah Wajib Tahu]
“Pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan lebam pada badan tiga mangsa namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.
“Polis turut merampas tali pinggang digunakan ibu mereka untuk memukul tiga kanak-kanak itu dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.
Noorzainy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan kedua-dua suspek direman semalam di Mahkamah Butterworth untuk siasatan lanjut.
Sumber: Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Usah Mengeluh Asyik Memasak Waktu PKP, Dapurlah Ruang Untuk Ibu Kumpul Pahala
Sebagai seorang ibu, hargailah masa di dapur. Mungkin letih kerana sepanjang tempoh PKP ni, ada saja permintaan dari suami dan anak-anak. Baru sudah makan, minta lagi yang lain. Mengenangkan rasa sayang, buat sajalah walaupun letih.
Melalui perkongsian Najibah Mustaffa, dia berkongsi tentang pengisian ceramah dari seorang ustazah yang menceritakan tentang dapur sebagai medan mujahadah, iaitu ruang bakti dan kasih sayang seorang ibu.
Walaupun Kecil, Itulah Medan Bakti Seorang Ibu
Lepas Subuh tadi dengar ceramah Ustazah Asma Harun tentang adab makan yang dipetik daripada Kitab Riyadussolihin. Selain tazkirah, Ustazah buat demo masakan Laksa Lemak Terengganu Style. Ya Allah terliurnya saya. Dan kagum dengan Ustazah. Katanya sebelum ni Ustazah biasa masak banyak banyak laksa ni. Ambil tempahan, buat jamuan jemput jiran makan. Masyaallah.
Saya teringat beberapa perkara yang Ustazah sebut. Dapur dalam rumah kita, biar pun ruangnya kecil sahaja. Ia adalah medan mujahadah, ruang bakti dan kasih sayang seorang ibu. Bila kita niatkan kerana Allah, ia akan menjadi sumber pahala. Begitu juga bila kita mengemas rumah semua tu.
Artikel Menarik: [Resipi Telur Mata Sambal Hijau, Menu Jimat Paling Terangkat, Sedap!]
Anak Asyik Lapar, Sampai Teruji Letih
Subhanallah. Tiba tiba saya rasa ringan sangat perasaan. Iya, ini kita ibu ibu fahamkan. Waktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, anak anak asyik lapar. Kita pun masak dan masak. Kadang kadang tu teruji letih, hilang idea nak masak apa. Lepas tu nak mengemas pula.
Mulakan Dengan Bismillah
Bila kita memasak ni, mulakan dengan Bismillah. Semua itu membawa banyaknya keberkatan pada hidangan. Yang menjadi darah daging keluarga. Mudah-mudahan asbab makan apa yang kita masak. Kasih sayang keluarga bertambah erat, anak anak elok hatinya.
Begitulah. Terasa sebuah indah dalam hati bila dengar bicara Ustazah. Lalu saya gigih menyiapkan Wanpaku versi Makcik Kiah, eh Makcik Jibah untuk sarapan pagi ini. Guna apa yang ada sahaja di rumah. Biarpun rupa tak berapa cantik, syukur ia rezeki pagi ini.
Najibah Mustaffa
Cari yang indah indah.
Artikel Menarik: [Belanja Anak Kek Sedap, Buatkan Kek Marble Nestum, Sedap Lembut & Terlajak Gebu!]
Sepanjang waktu PKP ni, memang dapur tak pernah kosong. Selalu saja kita memasak dan sediakan makanan untuk keluarga tersayang. Semoga hati kita terus bahagia dan ikhlas melakukannya dan mendapat ganjaran terbesar dari Allah SWT kelak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI