“Rezeki Perlu Dikongsi” Anzalna Belanja Bapa Tunggal Shopping Barangan Bayi, Ramai Puji!

Share

Pelakon yang satu ini diakui sering membantu golongan yang berkemampuan, lebih-lebih lagi yang mempunyai anak kecil.

Jika dahulu Anzalna pernah menghadiahkan mainan dan pakaian untuk anak-anak yatim, kali ini ibu kepada Eidrees dan Emirhan ini bermurah hati untuk berkongsi rezeki dengan seorang bapa tunggal.

Menerusi Instagramnya, Anzalna Nasir turut memuat naik videonya yang berbelanja barangan keperluan bayi bersama bapa tunggal.

“Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan.

“Kali ni Anzalna bawa single daddy bersama anak kesayangan shopping di tempat kegemaran Anzalna,” katanya berkongsi.

Malah kata Anzalna lagi, dia juga akan turut membawa keluarga yang memerlukan barang baby untuk sama-sama mendapatkan keperluan mereka.

“InsyaAllah nanti Anzalna akan bawa lagi keluarga yang bertuah shopping. Korang tolong tag keluarga yang memerlukan barang baby,” tulisnya ikhlas.

Anzalna sebelum ini sering membantu golongan yang kurang berkemampuan serta anak-anak yatim yang memerlukan perhatian.

Meninjau di ruangan komen, sikap pemurah selebriti ini sudah semestinya dipuji ramai malah ramai yang terharu melihat keikhlasan Anzalna membantu ramai pihak.

 

Menarik:

 

Published by
SRM