Rezeki Ramadan! Suami Tolak Isteri & Anak Guna Kerusi Roda Dapat Kereta Saga

Share

Rezeki Ramadan! Itu perasaan syukur yang terpancar di wajah pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) ini apabila menerima sebuah kereta Proton Saga BLM daripada Ebit Lew.

Pemberian ini dianggap rezeki tak terjangka setelah orang awam merakamkan aksi seorang suami yang begitu gigih menolak isteri dan anak menggunakan kerusi roda di persimpangan lampu isyarat di Pulau Pinang.

Video yang tular di media sosial itu telah mendapat perhatian dan simpati orang ramai sehingga Ebit Lew telah tampil memberi sumbangan kereta untuk kemudahan suami isteri ini.

ARTIKEL BERKAITAN [“Cinta Sampai Mati.” Kasihnya Suami Sanggup Berpanas Tolak Isteri & Anak]

@amar_amarpg Cinta Sampai Mati. Hebatnya Kasih sayang seorang Suami Dan Ayah #sebak#cintasejati#fyp ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Menerusi perkongsian EBit Lew di facebooknya, beliau bersyukur diberi kesempatan untuk terus membantu insan yang kurang bernasib baik dalam aktiviti dakwahnya. Walaupun bulan Ramadan baru disambut beberapa hari, kebaikan yang dilakukan oleh Ebit Lew membuatkan orang ramai terus bersyukur ada lagi insan yang berjiwa besar.

“Sebak syukur baru selesai hadiahkan Proton Saga BLM buat suami yang viral tolak isteri dengan kerusi roda wheely tayar di traffic light Bagan Dalam Penang. Pasangan suami isteri ni ada kad OKU. Sedih tengok suami isteri ni. Ujian mereka.

“Semalam dari Terengganu terus ke Pulau Pinang. Semalam kereta Perodua Bezza hari ni kereta Proton Saga BLM. Menangis gembira kakak ni. Kenal saya.

“Terkejut dan tak sangka sampai ke sini. Kakak terkejut tak sampai sejam selesai dapat kereta baru. Bayar cash dekat kedai. Owner kedai pun baik je. Berkat Ramadan ke-2.

“Syukur rasa walau buka dijalan. Hari ni sahur dan buka puasa di kedai tepi jalan je. Semoga Allah terima semuanya,” tulis Ebit Lew.

Daripada perkongsian itu, ramai yang mengucapkan syukur dan berterima kasih pada Ebit Lew kerana begitu cepat dan prihatin membantu tanpa mengira latar belakang.

Kredit: Ebit Lew & Tiktok amar_amarpg

BACA [“Seminggu 3 Bahagian Patah.” Khayla Perlu RM50,000 Untuk Pembedahan Segera]

BACA JUGA [“Menunggu Kepulangan Yang Takkan Pulang..” Suami Pergi 3 Hari Lepas Berpantang]

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
Wan Amy