Rezeki Suami Tak Putus-Putus Dengan Doa Isteri, Layanlah Isteri Baik-Baik!

Share

Isteri sememangnya ladang pahala buat suami. Bukan hanya menjalankan tanggungjawab bahkan melayani isteri dengan baik juga terus menerus membuatkan suami makin luas rezekinya, tak putus-putus.

Perkongsian ringkas saudara Firdaus Shakirin ini sememangnya banyak benarnya. Layankan isteri dengan sebaiknya, makin berkat hidup berumahtangga. Makin murah rezeki.


Rezeki suami tak terus murah dengan adanya isteri. Tapi rezeki suami jadi murah bila suami layan isteri dengan baik hati.

Layanan tu yang membuka pintu rezeki suami. Dengan layanan baik hati suami, dengan tak berkiranya suami pada isteri, dengan suami tak abai dan tak culas tanggungjawab dan tugasnya pada isteri, buatkan si isteri itu sentiasa mendoakan suami.

Isteri bersyukur dijodohkan dengan suami sebegini. Isteri doa, isteri terima kasih pada Allah dan isteri nak Allah mempermudahkan lagi urusan seharian suami dalam mencari rezeki untuk keluarganya.

Banyak hak isteri yang suami perlu tunaikan. Banyak kewajipan suami yang suami perlu jalankan.

Penuhi hak dan kewajipan ini, berbuat baik dan layan isteri dengan penuh kasih sayang seperti yang dituntut oleh islam dan ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w, maka rezeki suami masuk mencurah-curah asbab kita dah buat apa yang wajib.

Bagi nafkah, wajib. Berbuat baik pada isteri dan anak-anak juga wajib. Layanan tu yang mendatangkan rezeki.

Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

 

Published by
SRM