“Saya tak sangka pun hingga sekarang rezeki susu untuk Ana Nayla masih ada.” Pengalaman ini tak semua ibu dapat rasai,” kongsi Ayda Jebat ketika sesi live Pa&Ma Gala 2022 untuk Best Mama Millenial.
Rezeki susu Ana Nayla
Menurut Ayda, setakat ini dia begitu bersyukur sekali kerana sepanjang 9 bulan Ana Nayla bersama, memang tak putus lagi rezeki untuk menyusukannya. Malah dia juga anak yang sangat mudah menyusu, pandai latch dan penyabar.
“Tak pernah lagi saya lalui kesakitan ketika menyusukannya seperti ibu lain yang melalui pengalaman menyakitkan.
“Bagi saya perjalanan menyusu bayi sangat best. Tak ada rasa trauma dan memang sangat berharga. Pengalaman ini tak boleh beli di mana-mana. Mungkin lepas ni jika Ana dah nak wean off, saya yang akan menangis. Orang mungkin tengok saya kuat, tapi hakikatnya kalau bab anak, memang kalah,” kongsinya.
Nabil suami bertanggungjawab, daddy penyayang
Sementara itu, sepanjang perkahwinan dan dikurniakan anak, Ayda turut memuji sikap suaminya, Nabil Mahir yang sangat ringan tulang dan begitu cekap menguruskan anak.
“Jika sehari 24 jam, boleh dikatakan kami sama-sama buat. Tak ada istilah awak atau saya yang urus anak dan rumah tangga. Rasa bertuah sangat dapat suami yang bertanggungjawab dan daddy yang penyayang untuk Ana Nayla.
“Memandangkan saya dari kecil tidak pernah dapat kasih ayah kerana ibu dan ayah berpisah, jadi dengan kehadiran Nabil ini rasa lengkap hidup. Harapan saya hanya satu, nak terus cipta kebahagiaan bersama insan tersayang,” katanya.
Tambah Ayda lagi, baginya keluarga nombor satu. Jika diberi pilihan anak dan kerjaya, saya akan pilih anak dulu. Tak sanggup untuk berpisah dalam tempoh lama dengan Ana Nayla. Sebab itu, saya menolak banyak shooting drama sebab ambil masa lama.
“Sekarang fokus saya banyak pada iklan TV komersial sebab waktu lebih fleksibel dan tak lah ambil masa lama tinggalkan anak,” ujarnya.
Nak tonton lebih lanjut perkongsian Ayda Jebat, boleh lihat video di bawah ini:
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!