Youtuber terkenal Indonesia, Ria Ricis yang hamil tujuh bulan tampil mendedahkan bakal menimang anak perempuan dalam satu majlis memperkenalkan jantina bayinya.
Malah adik kepada selebriti terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi ini berkata, dia tidak kisah mengenai jantina anak sulungnya itu asalkan sihat dan dipermudahkan kelahirannya kelak.
Ria yang berkongsi video memperkenalkan jantina anaknya itu tampil cantik berbaju rona biru bersama suaminya, Teyku Ryan yang mengenakan sut warna merah jambu.
Pada acara ringkas itu, Ria dan suami menarik tali kotak bewarna putih dan serentak dengan itu, belon kecil warna merah jambu mula berterbangan tanda jantina bayi perempuannya.
Sebak dengan situasi penuh istimewa itu, Ria dilihat mengalirkan airmatanya sambil berseloroh mengatakan anak perempuannya itu kelak pastinya menjadi kesayangan suaminya.
Semoga kehamilan Ria Ricis dipermudahkan Allah SWT malah kelahiran puteri comel pasangan ini dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Terdahulu, Ria mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Teuku Ryan pada November tahun lalu dan kini pasangan ini menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan
Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pantang’ Kena Jaga Masa Hamil. Sains Dah Buktikannya
‘Pantang’ atau larangan yang kerap kali kedengaran daripada mulut orang perseorangan perlu diambil peduli oleh ibu hamil. Ia sebenarnya secara tidak sedar dapat membantu anda menjaga kesihatan diri dan kandungan.
Hal ini kerana perkembangan bayi di dalam kandungan banyak dipengaruhi oleh apa yang anda makan, amalkan, lakukan dan sebagainya.
Sudah pastinya anda mahu bayi yang bakal dilahirkan sihat dan selamat, bukan? Larangan itu tujuannya adalah untuk menjaga ibu dan bayi dalam kandungan. Ada antara pantang yang dibuat itu terbukti betul melalui kajian sains.
Makanan mentah
Makanan mentah yang berasal daripada haiwan dan sayur-sayuran mempunyai risiko tinggi menyebabkan gangguan kesihatan.
Makanan daripada ikan mentah seperti sushi, daging dan telur setengah masak berkemungkinan mengandungi bakteria dan parasit yang boleh mengganggu perkembangan bayi.
Pengambilan buah dan sayur mentah semasa hamil perlu dilakukan dengan hati-hati. Basuh bersih sebelum dimakan.
Ada baiknya anda mengambil makanan tersebut dengan memasaknya dengan sempurna terlebih dahulu demi mengelakkan risiko kesihatan.
Ikan ada merkuri
Memang bagus makan ikan kerana ia adalah sumber protein yang baik untuk kesihatan anda dan kandungan. Tambahan pula ada jenis ikan yang kaya dengan omega 3.
Namun, anda perlu memilih ikan yang selamat kerana ada spesies ikan yang mengandungi merkuri boleh mengganggu perkembangan otak & sistem saraf janin.
Contoh ikan yang mengandungi jenis merkuri tinggi ialah makerel, todak, tilefish, marlin dan banyak lagi.
Minuman beralkohol
Minuman keras akan menghalang penerimaan khasiat makanan dan oksigen yang diperlukan bayi.
Malah ia juga memberi kesan buruk kepada perkembangan otak bayi. Antara kesan lain ialah anak yang dikandung berisiko tinggi terjejas IQ dan fizikalnya.
Minuman berkafein
Semasa tidak hamil pun, tiak elok kafein diambil secara berlebihan setiap hari. Apatah lagi semasa hamil.
Banyak kajian yang dilakukan untuk menunjukkan kekurangan kafein dengan kehamilan.
Kandungan kafein yang terdapat di dalam minuman seperti kopi, teh, coklat dan lain-lain dipercayai boleh menyebabkan risiko keguguran dan bayi lahir dengan berat badan yang rendah. Hal ini berpunca daripada kafein yang mengganggu penyerapan vitamin semasa hamil.
Dalam keadaan yang lebih serius, ia bolehmenyebabkan kematian bayi semasa dilahirkan
Memakai baju ketat
Memakai baju ketat semasa hamil akan mengganggu perkembangan janin terutamanya di bahagian perut.
Bagi yang ingin bergaya, terdapat banyak pilihan baju hamil yang boleh anda dapatkan. Namun, elakkan baju yang ketat dan sendat.
Pilihan baju hamil yang bagus dipakai mestilah selesa, menyerap peluh dan mempunyai pengudaraan yang baik
Susu yang tidak dipasteur
Susu mentah belum dipasteur tidak digalakkan diminum oleh ibu hamil. Pempasteuran yang dilakukan bertujuan untuk menghapuskan bakteria dengan menggunakan suhu tinggi.
Susu yang tidak dipasteur berisiko mengandungi bakteria listeria yang akan meningkatkan risiko keguguran dan penyakit serius.
Apabila mengambil susu atau produk tenusu, anda perlu ebih teliti dan berhati-hati. Periksa bungkusan produk sama ada sudah melalui proses pempasteuran atau sebaliknya.
Membersihkan najis kucing
Najis kucing boleh menjadi tempat untuk parasit yang berbahaya menjangkiti ibu hamil.
Jangkitan parasit boleh menimbulkan gejala yang mungkin awalnya tidak disedari dan dirasakan oleh ibu itu sendiri.
Najis kucing yang mempunyai parasit boleh menyebabkan ibu hamil mengalami keguguran atau bayi dilahirkan tidak bernyawa.
Mandi air panas atau bersauna
Sepanjang hamil, sebaik-baiknya elakkan persekitaran bersuhu panas. Berdasarkan kajian, risiko keguguran akan meningkat menjadi dua kali ganda jika anda berendam dalam air panas atau melakukan sauna semasa tiga bulan pertama kehamilan.
Mengenakan kasut tumit tinggi
Kasut tumit tinggi bahaya dipakai semasa hamil. Dalam keadaan biasa, menggunakan kasut tumit tinggi tidak baik untuk postur badan.
Badan boleh jadi sakit sakit terutamanya jika berjalan jauh. Terdapat juga risiko mudah terjatuh disebabkan kurang stabil
Semasa mengandung, kasut tumit tinggi sangat tidak digalakkan. Penggunaannya akan menyebabkan otot pinggang menjadi tegang.
Ibu hamil boleh mengeluh lenguh lenguh & sakit pada bahagian punggung dan pinggang.
Berdiet
Diet untuk menguruskan badan tidak digalakkan semasa hamil. Selain berbahaya kepada anda, ia juga boleh memudaratkan bayi yang dikandung.
Risiko kekurangan vitamin, mineral dan zat lain yang diperlukan bayi boleh berlaku jika anda berdiet.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Air Ketuban Sikit, Serviks Terbuka” Rafidah Ibrahim Harap Keajaiban Selamatkan Bayi!
Dugaan buat selebriti, Rafidah Ibrahim yang diuji dengan kehamilannya yang mengalami pendarahan serta tidak stabil. Namun akuinya dia reda dengan setiap ketentuan Allah SWT untuk kehamilan kali keduanya ini.
Rafidah sebelum ini mengumumkan hamil 3 bulan biar pun mengalami pendarahan dan kandungannya yang kurang stabil.
Terbaru menerusi Instagramnya, Rafidah berkongsi perkembangan terkini kandungannya yang masih lagi mempunyai denyutan nadi.
Pun begitu katanya, semuanya bergantung kepada kuantiti air ketubannya yang diharapkan bertambah serta bukaan serviks di kala usia kandungannya masih baru.
“Hari ni pergi check lagi. Nadi baby masih ada denyutan, buah pinggang baby pun ok. Cuma bila check serviks terbuka sikit & air ketuban sikit sangat kat mana air ketuban sangat penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan.
“Jika tak, ruang di dalam akan jadi sempit dan tak bagus untuk perkembangan bayi.
“Hari ni saya ditahan di wad untuk pihak hospital pantau dalam tempoh beberapa hari ni,” luahnya berkongsi.
Pun begitu, berat bagi Rafidah dan suaminya bila mana terpaksa membuat keputusan melihatkan perkembangan bayi di dalam kandungannya.
Jika air ketuban tidak bertambah, dikhabarkan bayi di dalam kandungan terpaksa dilepaskan dan inilah saranan doktor.
“Sekiranya ada perubahan di mana selaput di serviks tertutup semula & air ketuban bertambah balik, InsyaAllah kandungan ini boleh diteruskan.
“Tapi jika sebaliknya, saya dan suami perlu membuat satu keputusan yang sangat berat iaitu terpaksa merelakan pemergian bayi ini.
“Sebak dan tak terucap waktu sampaikan berita ni pada suami yang sedang menunggu di luar. Walau apa sekali pun, saya dan suami sentiasa mengharapkan keajaiban Allah dan dalam masa yang sama kami perlu bersedia dan redha pada segala kemungkinan.
“Allah Maha Besar. Dia jauh lebih mengetahui yang terbaik dalam kehidupan kami,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, isteri kepada Shahzemir Shahzulkarib ini turut mengharapkan doa dari semua agar kehamilannya kali ini dapat bertahan dengan baik serta dipermudahkan Allah.
“Esok pagi sekali lagi saya akan diperiksa oleh doktor pakar.
“Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga. Semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati kita semua.
*Walaupun pelbagai ujian yg perlu ditempuhi, yakin bahawa Allah menguji mengikut kemampuan hambaNya. Belum dikatakan beriman selagi seseorang itu belum diuji. Alhamdulillah a’la kulli hal. #bersangkabaik #sabarituindah,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Rafidah dan suaminya mendirikan rumah tangga pada Mei 2021. Rafidah sebelum ini pernah keguguran sebelum sekali kali mengumumkan kehamilan keduanya.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebelum Kahwin Lagi Dah ‘Plan’ Nak Czer” Aida Jebat & Nabil Mahir Bakal Timang Baby Girl!
Penghujung September ini, pastinya satu kegembiraan buat pasangan Aida Jebat dan Nabil Mahir yang bakal menimamg cahaya mata perempuan.
Menerusi satu video yang dikongsikan di saluran YouTube mereka, Wuvv Show malam tadi, Ayda dan Nabil tampil membuat pengumuman jantina bayi mereka kepada keluarga dan rakan terdekat secara virtual sekaligus mengumumkan kepada semua peminatnya.
Dengan konsep santai, berpakaian serba putih serta dihiasi dengan belon berwarna merah jambu dan biru, Nabil dan Aida cuba mengelirukan ahli keluarga.
Sementara itu menerusi sesi temubual bersama media yang berlangsung malam tadi juga, Aida turut berkongsi hasratnya untuk bersalin secara pembedahan.
” Saya memang sudah buat keputusan itu. Bukan apabila ketika dapat tahu mengandung, tetapi sebelum berkahwin pun saya sudah nyatakan hasrat itu pada Nabil.
” Saya kata nanti bila kita kahwin, kalau ada rezeki hamil, saya pilih untuk bersalin secara pembedahan. Tiada sebab..tapi memang saya pilih untuk czer,” kongsi Aida.
‘Due’ 8 Oktober
Kata Aida lagi, due sebenar adalah pada 8 Oktober nanti tetapi disebabkan dia dan suami memilih untuk menjalani pembedahan, dia akan bersalin dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan.
” Doktor pun ada tanya sama ada saya mahu bersalin secara normal atau perancangan untuk czer. Jadi saya beritahu memang nak czer, malah sebelum kahwin pun sudah plan begitu.
” Bayi dalam kandungan sihat alhamdulillah dan saya pun sihat. Doktor pun sudah tanya betul-betul untuk dapatkan kepastian,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, pelantun lagu Pencuri Hati itu turut memaklumkan sudah lengkap mengambil dos vaksin dan kini aktif bersama grup ibu hamilnya.
” Alhamudlillah saya sudah lengkap dua dos vaksin tapi tetap tidak keluar tanpa urusan penting. Saya juga ada kumpulan sembang bersama para ibu bagi berkongsi dan bertanyakan hal berkaitan kelahiran nanti,” kongsi Aida lagi.
Semoga kelahiran Aida dipermudahkan dan dilancarkan segala urusan pembedahan kelak pada hujung September nanti.
Menarik: Anak-Anak Masih Cari Arwah Ibu, Shuib Hilang Kata-Kata, Mahu Anak Bergelar Al-Hafiz
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI