Kadangkala, ibu bapa berasa rimas apabila anak mereka terlalu bising dan berharap mereka diam seketika. Walaupun begitu, apa yang terjadi sekiranya anak anda menjadi terlalu diam? Pernahkah anda mendapati anak anda menjadi diam secara tiba-tiba akhir-akhir ini?
Sekiranya anda berada di dalam situasi ini, maka berkemungkinan, anak anda mengalami gangguan pertuturan dan bahasa. Bahkan ini bukanlah isu yang biasa terjadi kepada anak kecil.
Apakah itu kecelaruan bahasa?
Kecelaruan bahasa merupakan ketidakupayaan yang menjadikan seseorang itu sukar atau tidak boleh memikirkan perkataan yang sesuai untuk membina ayat yang sempurna ketika bercakap. Individu yang mempunyai kecelaruan pertuturan dan bahasa juga boleh mempunyai kesukaran untuk memahami apa yang dituturkan oleh orang lain.
Simptom kecelaruan bahasa
Ia amat mudah untuk mengetahui sekiranya anak anda mempunyai kecelaruan bahasa. Sekiranya dia mempunyai masalah ini, ayat yang dituturkan anak anda adalah pendek, salah dari segi tatabahasa dan tidak mempunyai makna. Ataupun, apabila dia cuba untuk berbual, anak anda menghadapi masalah untuk mengikuti perbualan dengan rakannya dan tidak boleh memahami apa yang sedang dibincangkan.
Kecelaruan bahasa yang normal dalam kalangan kanak-kanak
Terdapat tiga kategori kecelaruan bahasa dan pertuturan – struktural, neural dan masalah berkaitan yang lain.
Struktural
Masalah pertuturan lelangit rekah berlaku apabila anak anda dilahirkan dengan keadaan lelangit rekah. Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini akan menjadi sengau dan menghasilkan bunyi seperti menderam dan mendengus
Ads
Masalah artikulasi: Masalah perkataan yang tidak boleh diubah di dalam konteks yang berbeza
Neural
Perkembangan bahasa yang terbantut: Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini menghadapi kesukaran ketika belajar dan menggunakan kosa kata untuk menjadikan ayat penuh atau membina ayat yang boleh difahami
Dysarthria: Masalah pertuturan neurologi yang menjejaskan tona otot kanak-kanak, menjadikan pertuturan lembap dan tidak jelas
Gagap: Ini merupakan masalah yang biasa terjadi kepada kanak-kanak. Ia berlaku apabila anak anda mengulangi suku kata tertentu, selalunya pada permulaan perkataan atau ayat.
Ads
Apabila gagap, kanak-kanak cenderung untuk tidak meluahkan idea mereka melalui ayat yang mudah anda pendek. Sebaliknya, mereka meleret dan gagap ketika bercakap seterusnya menjadikan ayat panjang dan tidak difahami
Masalah berkaitan yang lain
Malu: Kanak-kanak takut untuk bercakap, terutama sekali di hadapan orang ramai dan hanya berkata apabila perlu
Masalah pendengaran: Kesukaran untuk mendengar boleh membawa kepada masalah untuk bercakap. Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak cenderung untuk menyembunyikan masalah daripada orang tua mereka
Apakah punca kecelaruan bahasa?
Ads
Genetik dan keturunan: Menurut kajian, 20 ke 40 peratus kanak-kanak daripada keluarga yang mempunyai kecelaruan bahasa dan pertuturan akan menghadapi masalah yang sama juga
Pemakanan ketika mengandung: Kekurangan asid folik ketika fasa prenatal boleh menyebabkan kecelaruan bahasa dan pertuturan
Keadaan lain: Autism, sindrom Down, dan kelahiran pramatang mungkin mengakibatkan kecelaruan bahasa
Bagaimanakah untuk merawat kecelaruan bahasa?
Sila ikut petua ini untuk membantu menyelesaikan masalah bahasa dan pertuturan anak anda:
-Mulakan perbualan seharian dengan anak anda, malahan ketika peringkat pranatal
-Mengambil manfaat dengan membaca. Bacakan cerita dan novel yang sesuai dengan umur anak anda
-Rujuk kepada situasi yang mudah di persekitaran anda untuk menggalakkan keupayaan bercakap dan bahasa anak anda
-Percakapan seperti kanak-kanak boleh dilakukan hanya sehingga anak anda berumur dua tahun. Selepas itu, bercakaplah kepada mereka dengan ayat yang normal dan penuh
Bercakap antara salah satu cara komunikasi dan semestinya setiap ibu bapa pasti menginginkan anak-anak mereka bercakap cepat dan lancar.. Kemahiran bercakap penting kepada anak-anak untuk pelbagai tujuan.
Antaranya untuk menyatakan keinginan, meluahkan perasaan, belajar, bertanya dan bermain bersama rakan sebaya. Namun begitu, sesetengah ibu bapa kurang sedar tentang pentingnya cara yang berkesan, komitmen dan dedikasi yang berterusan dalam membantu anak-anak supaya cepat dan pandai bercakap.
Patologis Pertuturan Bahasa, Ruby Atika berkongsi cara mudah untuk rangsang pertuturan anak yang lambat bercakap di rumah bersama ibu bapa:
1) Sekurangnya 1 buku cerita bergambar setiap hari. Ulang buku yang sama beberapa kali pun tak apa.
2) Kerap suruh anak di rumah. Walaupun baru 2 tahun. Suruh dia buang sampah, tutup pintu, ambilkan bantal, hantar cawan ke dapur. Ini ialah latihan kefahaman.
3) Ambil tahu lagu kanak-kanak dan nyanyikan dengan anak. Anak dengar ayah nyanyi live adalah berbeza kesannya dari tengok youtube yang nyanyi.
4) Jangan fikir anak-anak hanya duduk di ruang menonton TV saja. Anak juga boleh teman ibu di dapur atau teman ayah berkebun di halaman.
5) Cakap ikut tahap bahasa anak. Kalau dia jenis cakap sepatah-sepatah saja, ibubapa cakap ayat pendek 2 atau 3 patah saja. Jangan cakap ayat panjang atau laju-laju.
6) Ajar perkataan yang kerap digunakan (jom, nak, dah, habis, bye, lagi, ambil, letak, simpan, duduk, makan). Bukannya ajar ABCDEFG.
7) Galakkan tumpuan bersama ketika bermain dengan anak. Pilih permainan yang anak minat dan ibu bapa mesti turunkan level ke tahap sama seperti kanak-kanak.
8) Bila terdengar anak sebut sesuatu, ulang apa yang anak tu sebut dan tambah perkataan supaya jadi ayat.
Ada kajian yang menunjukkan kanak-kanak pada usia 3-4 tahun bertanya sehingga 288 soalan dalam sehari. Selain buat tak tahu atau jawab ala kadar, ada banyak perkara yang anda perlu beri perhatian dalam memahami psikologi di sebalik setiap pertanyaan mereka.
Menurut Dr Rozanizam Zakaria, bila anak bertanya soalan demi soalan jangan rasa rimas kerana waktu ini adalah masa sel-sel otak anak berhubung dan mereka mahu tahu semua perkara melalui pemerhatian dan persekitaran.
Tip untuk ibu bapa bersedia hadapi persoalan anak
Setiap persoalan ‘kenapa ayah, kenapa ibu?’ bukan bertujuan menjengkelkan atau mengacau ibu bapa. Namun ia adalah petanda bahawa sel-sel otak mereka berhubung selari dengan perkembangan kognitif mereka pada usia 3 hingga 5 tahun. roses ini dipanggil ‘intuitive thoughts development’ pada fasa pre-operational (3-7 tahun).
Persoalan bertujuan ‘connecting the dots’ – kanak-kanak hanya belajar tentang kehidupan melalui apa yang mereka lihat, dengar dan rasa. Setiap persoalan bertujuan menghubungkan apa yang deria mereka alami dengan konsep cara kehidupan berjalan. Ini merupakan asas kepada fasa perkembangan kognitif seterusnya dalam hidup mereka – concrete operational stage
Jawab setiap persoalan anak anda berdasarkan usia mereka. Bukan berdasarkan keperluan soalan. Kalau mereka tanya ‘dari mana baby datang?’ – jawapan anak berusia 3 tahun tidak sama dengan anak 13 tahun. Gunakan setiap persoalan sebagai ‘chapter’ baru dalam ‘buku perkembangan’ mereka.
Jangan hanya menjawab, tetapi ransang kreativiti mereka dengan sesekali bertanya mereka kembali untuk menggalakkan mereka berfikir.
“ayah kenapa atas ambulans ada lampu lip-lap?” “adik rasa kenapa ya? Babah pun nak tahu la..”
sekiranya soalan mereka tidak wajar atau tidak kena caranya, jangan marah atau tempelak mereka. Tetapi berikan alternatif atau jadikan persoalan tersebut sebagai point untuk mereka berfikir.
“kenapa orang tu gemuk abi? “kalau orang kata macam tu kat ayah atau ibu, macam mana adik nak jawab?” “mesti adik kena kata, tak baik cakap pasal rupa orang, Allah tak suka..”
Jangan takut untuk katakan tidak tahu. Jujur lebih baik dari anak anda mengetahui hakikat sebenar dari orang lain dan menganggap anda tidak jujur.
“abi pun tak tahu, apa kata nanti kita cari jawapannya sama-sama”
Terus terang dengan perkara yang perlukan terus terang. Ada kalanya mereka akan ambil masa untuk memahami. Tetapi kejujuran anda menjadi titik tolak untuk mereka mula belajar. Terutama dalam keadaan yang berkait dengan kematian, perceraian dan ahli keluarga yang ditimpa penyakit.
Galakkan anak anda untuk bertanya pada orang yang lebih tahu. Ia akan meransang mereka menjadi berani, pandai berkomunikasi dan lebih mengujakan. Contohnya anak anda bertanya pada anda di pasar,“ayah, kenapa ayam kat sini semua dah tak ada bulu?”
“apa kata adik tanya pakcik kedai ayam ni, dia mesti tahu rahsia kenapa ayam ni tak ada bulu”.
Kalau masa dan ketika persoalan mereka tidak kena, terus terang pada mereka. Sentuh mereka, pandang pada mata mereka dan nyatakan kenapa.
“umi tahu kakak ada banyak nak tanya, tapi sekarang umi tengah cakap dengan auntie, apa kata kakak main dulu, bila umi dah habis umi cakap semula dengan kakak, boleh?” Pastikan anda tepati janji.
Kalau anak anda bukan jenis yang suka bertanya, cipta situasi yang meransang naluri ingin tahu mereka. Contohnya bila anda bercerita atau bacakan buku cerita, berhenti pada pertengahan cerita dan minta mereka teka apa sambungan/kesudahan cerita. Sekiranya mereka bermain, minta mereka cerita kembali apa mereka main dan tanyakan persoalan untuk mereka ‘expand’ imaginasi mereka.
Contohnya bila nampak mereka bermain jual-jual, tanyakan apa nama kedai mereka, pukul berapa buka, apa warna kedai ini, siapa yang selalu datang dan sebagainya. Ia juga mampu meransang sisi kreativiti mereka.
Perasan tak anak sulung selalu jadi mangsa kemarahan ibu bapa bila adik menangis. Cepat je mulut menyalahkan mereka dan kadang kala bila adik nak sesuatu kita akan suruh yang sulung mengalah.
Adakah kita sebagai ibu bapa memahami hati dan perasaan anak sulung? Ini yang perlu difikirkan. Tak semestinya apa yang terjadi dalam kalangan adik beradik, ibu bapa kena salahkan yang sulung.
Ini kerana jika mereka tak lakukan kesilapan tapi kita berterusan memarahinya, menjejaskan emosi dan mungkin meninggalkan kesan negatif untuk proses pembesarannya.
Perkara ini juga telah dijelaskan oleh Pengasas Parent Connect, Puan Noor Afidah Abu Bakar
Dapat adik, anak sulung terpaksa mengalah. Benarkah begitu? Secara umumnya, ya, tetapi tidak semua begitu.
Sebagai ibubapa, kita seharusnya pandai menilai situasi dan tidak terlalu cepat meminta anak sulung mengalah hanya kerana dia lebih tua. Selain dari cuba membentuk sifat bertanggungjawab dalam diri anak sulung, kita juga seharusnya membentuk sikap dan akhlak anak yang lain juga.
Jika anak sulung seringkali disuruh mengalah setiap kali berlakunya konflik antara anak-anak, kita sebenarnya tidak membantu untuk membentuk karakter anak yang lain. Kita harus mendidik anak-anak untuk menguruskan konflik dengan penyelesaian masalah (problem solving) dan bukannya lari dari masalah.
Banyak faktor yang membentuk keperibadian anak-anak. Susun atur kelahiran (birth order) adalah salah satu daripadanya. Anak sulung selalunya mendapat perhatian 100% daripada ibu bapa kerana mereka tidak perlu ‘berkongsi’ perhatian selagi mereka belum ada adik. Perhatian ini membantu perkembangan emosi dan membentuk keperibadian mereka juga.
Selain itu jarak usia antara adik beradik, jantina, layanan dan harapan ibu bapa, persekitaran dan harapan masyarakat juga membentuk keperibadian seorang anak.
Kajian yang dibuat oleh Fakulti Pendidikan UKM dan diterbitkan dalam World Applied Sciences Journal pada tahun 2011 mendapati bahawa kualiti dan corak komunikasi antara ibubapa dan anak, dan juga agihan tugasan dalam keluarga oleh ibu bapa dapat mendidik anak-anak untuk menjadi individu yang bertanggungjawab, tidak kira sama ada anak sulung, tengah ataupun bongsu.