Setiap kali dihidangkan makanan, si comel Rina, anak pasangan pempengaruh, Rizal Ibrahim dan Maryam pasti makan dengan cukup berselera malah menghabiskan makanan yang disediakan oleh ibunya.
Rupanya Maryam punya tip dan cara sendiri setiap kali menyediakan makanan buat Rina.
Apa yang penting kata Maryam lagi, dia tidak lupa meletakkan sedikit garam dalam makanan Rina kerana tinggi dengan khasiat. Namun jangan berlebih-lebihan.
Menurut Maryam lagi, sebelum ini segelintir ibu bapa beranggapan ia tidak baik untuk kesihatan kanak-kanak.
Jelasnya, garam mengandungi mineral penting yang diperlukan tubuh badan namun dalam kuantiti yang kecil sahaja.
“Pengambilan mineral amat penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Sebab itu saya pastikan pengambilan garam diberikan kepada Rina.
Ads
“Cuma janganlah berlebihan sebaliknya dalam kuantiti yang bersesuaian. Itu yang saya praktikkan dalam pemakanannya. Sekurang-kurangnya satu sudu teh kecil ketika memasak,” katanya.
Malah kata Maryam lagi, dia turut menambahkan ikan bilis, bawang putih dan daun bawang terutama dalam makanan bersup supaya rasanya lebih enak dan sedap.
“Misalnya untuk rasa yang lebih enak pada masakan seperti sup, masukkan ikan bilis dan rebus. Tak ada lah rasa kosong. Selain menaikkan rasa dan bau, ia juga bagus untuk batuk,” katanya lag.
Ads
Tambah Maryam lagi, nasi putih yang dicampurkan dengan sup dan telur menjadi kegemaran anak kesayangannya itu.
“Rina paling suka nasi putih dicampurkan ke dalam sup dan juga telur. Rina hirup hingga licin.
“Jika dia tak mahu makan, saya akan cari sesuatu yang boleh naikkan seleranya untuk makan.
Ads
“Biasanya, saya akan stimkan dalam pressure rice cooker dan rebus dalam satu jam setengah sehingga dagingnya benar-benar lembut. Demikian juga dengan ayam, dia kurang gemar jenis rebus, jadi saya sediakan menu yang bakar. Saya akan cari menu yang disukainya,” katanya.
Terdahulu, Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019 dan memiliki seorang cahaya mata, Rina yang kini berusia tiga tahun.
Setiap jenis warna pada buah, ada kandungan kimia semulajadi yang bermanfaat untuk tubuh badan mereka. Allah dah ciptakan begitu, rugi betul kalau kita tak ambil khasiat yang ada.
Pastikan anak-anak kita dapat makan 5 jenis warna buah dalam seminggu.
Buah pun ada kumpulan warna macam kumpulan sukan kita waktu kecil dulu.
1. Merah
– Ada antocyanins dan carotenoids.
– Bagus untuk mata, jantung, penghadaman dan sel.
2. Oren
– Ada carotenoids.
– Bagus untuk mata, sistem imun, jantung dan sel.
3. Kuning
– Ada beta-carotene.
– Bagus untuk kulit, mata, peredaran darah dan sistem imun.
4. Hijau
– Ada chlorophyll.
– Bantu kurangkan kolesterol, bagus untuk organ, sel dan penyembuhan.
5. Purple dan biru
– Ada antocyanins.
– Bagus untuk memori, tulang, peredaran darah dan jantung.
Anak akan dapat cukup keperluan vitamin dan mineral jika kita pelbagaikan buah yang anak ambil setiap hari.
Kadang, anak bukan tak suka. Tapi bila kita tak kenalkan, mereka belum suka dengan buah itu.
Cuba sediakan selalu, buah yang anak kita tak suka sangat. Biar je sentiasa ada di rumah buah tu.
Mesti satu hari, dia akan tanya kita, dan rasa nak cuba buah tu.
Sama-sama kita cuba perbanyakkan jenis pilihan warna buah yang ada di rumah ya. Moga anak kita dapat khasiat terbaik dari setiap jenis buah yang diambil.
Sesetengah ibu bapa pula, apabila melihat makanan bersepah dan anak comot, mereka lebih rela menyuapkan anak makan berbanding membiarkan anak makan sendiri.
Sabar! Jika anda tahu kebaikan jika membiarkan anak makan bersepah, pasti anda membiarkan si kecil berkelakuan sebegitu. Ikuti perkongsian Dr Amalina tentang kebaikkan anak makan bersepah.
Saya sentiasa menggalakkan ibu bapa untuk biarkan bayi dan anak-anak makan secara bersepah (messy eating). Makan bersepah adalah satu-satunya cara anak kita selesa dengan makanan dan sedia untuk makan.
‘Messy eating’ membantu merangsang sistem deria mereka untuk belajar tentang tekstur, rasa dan suhu.
Tetapi bukan setiap kali makan anda perlu melakukan ‘messy eating’. Anda boleh memilih untuk melakukannya pada bila-bila masa untuk melakukannya.
Bayi melakukan ‘messy eating’ tidak bermakna mereka tidak mempunyai adab.
Adab sebenarnya tidak dapat dibayangkan untuk kanak-kanak di bawah 3 tahun kerana mereka tidak mempunyai kemahiran bahasa dan kognitif untuk memahami adab.
Apabila tiba masanya, mereka akhirnya akan belajar adab
Pemakanan yang tidak kemas adalah cara kanak-kanak belajar cara makan dan memperoleh kemahiran penyusuan.
Jadi adakah anda membenarkan ‘messy eating’ untuk bayi anda?
Tip ‘Messy Eating’ dengan anak:
1. ‘Messy eating’ penting supaya anak suka makan
2. ‘Messy eating’ bantu anak terima tekstur dan rasa
3. Tak perlu semua waktu makan kena ‘messy eating’
4. Elakkan lap muka dan tangan comot ketika makan
5. Jangan bimbang fasa ini pasti berlalu apabila anak dewasa
Kredit: Dr Amalina Daud
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Lemah longlai” begitulah situasi yang dihadapi keluarga ini apabila makan cendawan yang tumbuh liar di tepi rumah.
Menurut perkongsian seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai mas.ita, dia pada awalnya menyangka cendawan tersebut selamat di makan dan mengambil keputusan untuk memetik dan memasak cedawan tersebut.
Video yang dikongsi olehnya tular dan meraih perthatian ramai. Tambahnya lagi, dia berkongsi kisah ini agar menjadi pengajaran buat yang tidak mengetahui tentang cendawan beracun.
“Semoga memberi pengajaran buat kita semua, agar kita dapat kenal pasti cendawan yang boleh makan dan tidak boleh makan, sangat bahaya muntah sampai nak pengsan, lemah longlai, suami teruk sikit sebab makan banyak, anak disuap sedikit dan saya makan sikit”
“Saya saja nak buat content masak-masak. Apabila di teliti pada cendawan tu macam cendawan busut tapi bukan.
“Kemudian saya tengok cendawan tu macam pau, lembut sangat..tapi bahagian bawah cendawan ni bewarna hijau pucat dan ada (bentuk) cincin dekat bawah.
“Saya pun ragu-ragu boleh makan ke cendawan ni tapi teruskan juga memasak sebab dah lama tak makan cendawan.”
“Lepas tu tunggu apa lagi kan, saya pun rasa. Memang okay dan sedap macam cendawan busut.”
“Selepas makan tengah hari tu, kami sakit. Tak sempat saya nak cari di google, rupanya memang betul sah cendawan tu tak boleh makan.. beracun!
“Suami terus saya buang cendawan tu sebelum anak-anak kami yang lain makan. Saya panik, suami saya dah lemah longlai tak boleh nak pandu kereta jadi saya telefon 999.
Mas dan anak turut mengalami sakit akibat termakan cendawan tersebut walapun dalam kuantiti sedikit.
Rata-rata warga maya berkongsi pendapat serta nasihat buat semua.
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...