Ibu dan ayah mana yang tidak merasa sayu bila mana pertama kali menghantar anaknya ke sekolah. Bagi pasangan Duriankimchi, Ryzal Ibrahim dan Maryam turut sama melaluinya bila mana menghantar Rina buat pertama kalinya ke sekolah atau playschool.
Rina yang kini berusia satu tahun lima bulan kelihatan cukup riang bila mana masuk ke kelasnya bersama kawan-kawan yang lain.
Melalui Instagramya, Ryzal turut memuat naik video Rina yang ke sekolah dengan mood cukup ceria dan gembira.
“Rina dah masuk sekolah!
“Sungguh cepat masa meninggalkan kita. Masih segar tangisan pertama Rina ketika lahir.
“Sekarang bila Rina ke sekolah, kita pula yang menangis,” kata Ryzal menerusi kapsyennya.
Akui Ryzal, anak kecilnya itu terasa seakan baru lagi dilahirkan dan kini sudah pun bersedia untuk mendedahkan dirinya dengan playschool bersama kawan-kawan.
Apa yang menarik perhatian pastinya wajah ceria Rina ketika ke kelas. Malah Rina berlari ketika pintu dibukakan untuknya untuk bersama kawan-kawan.
Rina tambah gembira bila dapat berbaik bersama guru dan rakan kelasnya.
Dalam pada itu, Maryam yang sedih melepaskan Rina ke sekolah itu turut berkongsi pelbagai pesanan buat Rina.
“Baik-baik dengan cikgu, dengan kawan dan jangan gaduh,” kongsi Maryam melalui video yang dikongsikannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat anak cilik ini cukup terhibur dengan aksi comel Rina yang begitu gembira hendak ke sekolah.
View this post on Instagram
Menarik: “Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI