Pempengaruh terkenal, Ryzal Ibrahim dan isterinya, Maryam You Narae menerima pujian ramai apabila berkongsi rakaman video cahaya mata mereka, Rina yang bersiap-siap untuk ke sekolah.
Pasangan yang lebih mesra dikenali sebagai “Duriankimchi” itu dipuji kerana berjaya mendidik anak sulung mereka dengan baik biarpun berkahwin campur dua negara.
Satu rakaman video “A Day in My Life X Rina” yang memperlihatkan kegiatan harian Rina sebelum pergi ke sekolah membuatkan ramai yang teruja malah kagum dengan didikan Ryzal dan Maryam.
Seawal pagi Rina dilihat bangun sendiri untuk ke sekolah dan kemudiannya bersolat subuh terlebih dahulu.
“Rina mula berdikari bangun pagi bersiap ke sekolah sendiri,” tulis kapsyen video yang dikongsikan menerusi laman Facebook, @duriankimchi.
Rina kelihatan comel sekali mengenakan telekung merah jambu sambil menadah tangan berdoa. Anak kecil itu kemudiannya bersiap-siap untuk ke sekolah dan bersarapan air tangan ibunya.
Rina juga tidak ketinggalan membantu menyimpan bekalan makanan dan air minuman yang disediakan ibunya ke dalam beg untuk dibawa ke sekolah.
Biarpun masih kecil, Rina kelihatan sangat pandai berdikari dan boleh berdikari sendiri tanpa bantuan ibu dah ayahnya.
Rata-rata wargamaya memuji sikap Rina dan kedua ibubapanya yang berjaya mendidik anak kecil itu berdikari. Paling dipuji pastinya Rina sempat bersolat subuh.
Terdahulu, Ryzal dan Maryam memilih untuk kembali ke tanah air pada PKP yang lalu. Rina anak sulung mereka turut dilahirkan di Malaysia.
Menarik: Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua Timang Bayi Lelaki/
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Kredit: Duriankimchi Facebook