“Dari hari pertama suami meninggal dunia sehinggalah kini, anak bongsu kerap demam dan menangis. Mungkin teringatkan arwah ayahnya sebab dia paling rapat dengan arwah.” Itu yang dikongsikan oleh Nor Shahida, 31, isteri arwah Muhammad Hafiz Hamdi, 31, yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Jalan Cameron Highlands pada Khamis lalu.
Menurut Nor Shahida, anak-anak masih belum faham yang ayahnya dah pergi buat selamanya. Lagi sedih, anak sulung selalu menyebut nama arwah setiap kali dengar bunyi motosikal, sebab dia sangka itu motosikal babahnya,” katanya.
Kongsi Nor Shahida lagi, selepas pemergian suami, dia berhasrat mencari pekerjaan bagi menampung sara hidup bersama dua anaknya yang masih kecil.
“Sebelum ini dia tidak bekerja kerana mahu menumpu sepenuhnya menjaga dua anak mereka, Nurhannan Fitrysha, 3, dan Muhammad Hafiy Fahri yang baru berusia tujuh bulan.
“Anak-anak masih kecil, jadi memang wajarlah saya cari kerja. Perancangannya nak kerja kilang sahaja.
“Sebelum ini arwah memang melarang saya bekerja, tetapi seminggu sebelum kejadian, arwah ada menunjukkan dompet dan buku akaun banknya yang kosong.
Ads
“Ketika itulah dia memberi kebenaran untuk saya bekerja, tapi hanya di kawasan tempat tinggal kami di sini sahaja untuk memudahkan saya menguruskan anak-anak,” katanya ketika menerima kunjungan Skuad Perkeso Prihatin cawangan Taiping di rumahnya di Parit Mat Ali.
Dalam kunjungan itu, Perkeso menyampaikan bantuan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 dan pencen penakat yang diterima setiap bulan berjumlah RM1,300.
Sementara itu, Nor Shahida berkata, dia bersyukur menerima bantuan daripada Perkeso.
Ads
“Insya-ALLAH duit ini akan digunakan sebaik mungkin untuk kami meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak,” katanya yang turut berhajat melaksanakan badal haji buat arwah suaminya itu nanti.
Sementara itu, Abdul Yunus berkata, pihaknya melalui pusat khidmat akan membantu mencari pekerjaan sesuai dan hampir dengan kediaman buat Nor Shahida.
“Kita juga akan merujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memohon bantuan yang boleh disalurkan bagi membantu keluarga ini memandangkan anak-anaknya masih kecil,” katanya.
Runtuhan tanah di laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley sekitar jam 1.30 petang itu mengorbankan dua lelaki selepas kenderaan dinaiki tertimbus dalam runtuhan tanah.
Selain Muhammad Hafiz, seorang lagi mangsa merupakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rindu bertamu tatkala genap setahun pemergiaan anak. Lebih meremukkan hati si kecil yang disayangi tanpa disangka-sangka meninggalkan semua akibat tersedak susu.
Tidak boleh dibayangkan betapa remuknya hati untuk menerima takdir. Apatah lagi jika masih kecil, pasti akan terbayang keletahnya yang mencuit hati. Hati yang benar-benar kuat dan reda berupaya menerima ketentuan ini.
Perkongsian daripada Encik Fairuzzaman ini benar-benar menyentuh hati saat si kecil, Dewi Faleesya didapati meninggal dunia di taska akibat tersedak susu.
Walau pun hakikatnya anak perempuannya telah kembali ke negeri abadi, bapa ini tidak menyalahkan pihak taska. Malah dia reda yang Allah lebih menyayangi puterinya itu.
11 Syawal, sudah genap setahun Dewi pergi. Hari ini aku nak post tentang dia saja. pic.twitter.com/3UQjFhtbN4
Lebih menggembirakan, pasangan ini akhirnya bakal menyambut kelahiran anak kedua mereka tidak lama lagi. Adik kepada Allahyarham Dewi Faleesya lelaki dan ini bakal dilahirkan pada Ogos ini.
Warga Twitter memberikan menzahirkan kesedihan dan sebak membaca perkongsian bapa ini & mengucapkan selamat maju jaya buat Fairuzzaman yang bakal melanjutkan pengajian ke Jerman.
Menjijikkan! Itulah yang dapat digambarkan apabila anda terlihat gambar-gambar kilang pemprosesan tauhu yang dimuatnaik oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Gambar-gambar hasil serbuan tersebut menunjukkan keadaan kilang yang sangat kotor dan menjijikkan, lipas berkeliaran dan tandas serta dinding yang berdaki. Bagi ibu bapa lain, sila pastikan bahan makanan yang anda beli terjamin kebersihan dan juga mempunyai logo Halal yang sah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Jika anda masih ragu-ragu boleh terus ke website Jakim untuk memeriksa status halal sesuatu produk.
Barangan makanan yang bersih dan halal memang sangat penting terutama untuk anak-anak kecil yang mudah terdedah dengan sebarang penyakit.
Satu operasi lawatan dan pemeriksaan sanitasi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilakukan dan mendapati kilang tersebut beroperasi dalam keadaan yang sangat kotor dan tidak mematuhi Standard Operating Procedur (SOP) yang betul.
Menurut kenyatan pihak DBKL di laman rasmi Facebook, lawatan tersebut yang dilakukan pada isnin lalu mendapati pekerja premis tersebut tidak memakai kasut penutup kepala semasa memproses makanan selain tandas yang berbau dan berdaki.
PEMERIKSAAN SANITASI DAN PENUTUPAN KILANG PROSES TAUHU
Lawatan dan pemeriksaan oleh DBKL pada 15 Jun 2020 (Isnin) di Chong Brother Bean No.13, Jln Pudu Ulu, 56100, Cheras, mendapati premis tersebut:
Terdapat urungan lipas; Lantai, dinding proses penyediaan kotor serta berdaki hitam; Tandas berbau dan berdaki;
Pengendali tidak memakai kasut, penutup kepala semasa memproses makanan; dan Tiada melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual.
Sehubungan dengan itu, tindakan Penutupan Premis Tidak Suci, mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 telah dilaksanakan berkuatkuasa 16 Jun 2020.
Baru sahaja seakan mendapat lampu hijau dari doktor yang merawatnya, kini Ainul terpaksa berada di hospital lagi sehingga keadaannya benar-benar stabil.
Menurut perkongsian walidnya, Ahmad Safiuddin, Ainul Mardhiah yang sudah semakin stabil sepatutnya dibenarkan untuk pulang ke rumah semalam atau hari ini namun keadaan Ainul yang secara tiba-tiba terkena sawan sekali kali membuatkan dia terpaksa terus kekal hingga stabil.
Pun begitu, kongsi bapanya menerusi FB, serangan sawan kali ini tidaklah seteruk sebelum ini. Pun begitu hati kecilnya amat simpati melihat Ainul yang terkena sawan tanpa henti.
Jumaat lepas Ainul dah off oksigen, nampak keadaan dia stabil. Doktor kata isnin/selasa boleh prepare untuk discharge.
Tapi itu lah, Allah SWT masih tak izin. Ahad tengah malam Ainul sawan semula. Dari Ahad pukul 12 tengah malam sehingga lah Isnin jam 7 petang non stop Ainul sawan.
Dia rest dalam 10 15 minit je, lepas tu sawan dia datang. Tapi sawan dia tak seteruk masa pertama kali dia kena. Sawan dalam 10 seconds.
Cuma yang saya sedih, sawan dia berterusan. Non stop. Mesti Ainul sangat penat sekarang bila dia kerap low oxygen ketika sawan menyerang.
Ainul sebelum ini pernah demam panas di rumah, tapi tak pernah kena sawan. This time bila dia dapat jangkitan kuman yang teruk, terus dia dapat sawan.
Kalau dulu dalam medical report Ainul tak pernah ada sejarah sawan, tapi sekarang tertulis lah di situ yang Ainul ada sawan.
Saya lelaki, ayah, saya kental orangnya, tapi bila tengok Ainul struggle begitu, jatuh juga air mata saya ni. Menangis teresak esak rasa tersangkut dekat tekak, tak boleh nak lepas.
Saya tak sekuat Ainul. Saya dah bisik pada Ainul minta dia beri sikit semangat dia pada saya.
Saya rasa, semangat saya lah yang kritikal. Setiap kali berdoa, saya minta Allah ada dengan saya, minta Allah peluk saya dan tenangkan saya.
Hari ni saya dah tenang sikit bila tengok Ainul dapat tidur nyenyak malam tadi.