Anak yang sihat dan aktif sebelum ini tiba-tiba hanya terlantar dan sesekali merengek cukup membuatkan sesiapa melihatnya mengair air mata.
Begitulah nasib yang menimpa Muhammad Fawwaz Adli, 6, yang kini hanya terlantar dan mampu mengelipkan mata selepas parah dihempap peti ais pada 12 Julai tahun lalu.
Pendarahan Dalam Kepala
Selepas setengah tahun peristiwa hitam itu berlalu, kehidupan Fawwaz telah berubah 360 darjah setelah doktor mengesahkan Fawwaz mengalami masalah pendarahan di kepala dan kekejangan saraf akibat daripada peristiwa hitam itu.
Dari seorang kanak-kanak yang ceria, Fawwaz kini hanya mampu terbaring di atas katil, tiada daya untuk bangun berdiri dan tidak boleh berkata-kata melainkan sesekali mengerang kesakitan selepas beberapa kali menjalani pembedahan.
Menerusi perkongsian pengacara televisyen iaitu Fedtri Yahaya, dia telah berkongsi keadaan terkini adik Fawwaz ketika melawat kanak-kanak itu bagi mengetahui perkembangan terkininya.
Keadaan adik Fawwaz cukup membuatkan sesiapa melihatnya menitik air mata.
“Adik Fawwaz ditimpa peti ais 1.8 Meter. Sudah 4 kali jalani pembedahan sejak Julai tahun lalu. Doakan kesembuhannya. Ibu ayah tak dapat bekerja buat sementara waktu kerana fokus penjagaan anak. Mereka berniaga air balang di Nilai.
Dalam pada itu Fedtri memohon jika sesiapa yang bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan dan meringankan beban adik keluarga Fawwaz boleh berbuat demikian melalui akaun bapanya 5622-6354-7454 (Maybank-Mohd Bukhari).
Tak Boleh Bangun & Bercakap
Sementara itu, melalui perkongsian Mohd Bukhari melalui Metro, mereka sekeluarga sentiasa berikhtiar untuk melakukan pelbagai rawatan untuk lihat Fawwaz kembali tersenyum.
“Selain tidak dapat bertutur dan berjalan, kedua-dua kaki anaknya juga bengkok selepas demam sawan seminggu selepas kejadian.
Katanya, doktor menjangkakan keadaan anaknya kekal, tetapi dia masih menaruh harapan melihat Fawwaz kembali normal.
Terpaksa Berhenti Kerja
Mohd Bukhari berkata, buat masa ini, dia tidak dapat bekerja kerana perlu memberi perhatian kepada Muhammad Fawwaz di wad.
“Saya berniaga air balang di taman perumahan sekitar Nilai, Negeri Sembilan, tetapi tidak lagi bekerja sejak Julai tahun lalu.
“Sepanjang tempoh itu, saya yang menjaga Fawwaz di wad manakala isteri, Siti Khadijah Daud menetap di rumah mentua di Taman Gedung Lalang, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan bersama dua anak,” katanya.
Sumber: FB Mohd Bukhari; Ig Fedtri Yahya & Metro