Enam bulan setelah pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin ternyata perasaan sayang dan rindu terhadap arwah masih tetap kuat di hati Shuib dan anak-anaknya. Secara luarannya, mungkin ramai lihat Shuib seolah tenang tetapi dalam hati tiada siapa tahu.
Happy ‘Anniversary’ Ibu
Genap 11 tahun usia perkahwinan pada 26 Februari, Shuib memuat naik foto album perkahwinan bersama arwah di Instagram (IG) miliknya.
Dengan kapsyen yang menyentuh hati, Shuib, 37, mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan serta meluahkan rasa rindu yang tidak ada penghujung. Lagu nyanyian arwah, ‘Tinggalkan Diriku’ menjadi muzik latar untuk perkongsian tersebut.
Bukan hanya Shuib saja yang berasa sedih tetapi rakan artis dan peminat turut merasai perasaan sama. Antara rakan-rakan arwah dan Shuib yang menitipkan doa dan ucapan itu adalah Siti Elizad, Elly Mazlein, Anzalna Nasir, Datin Rebecca Nur Al Islam dan ramai lagi.
Rata-rata warganet menyedekahkan bacaan al-Fatihah dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.
Bawa anak-anak ziarah kubur
Selain itu, menerusi Instagram Stories, Shuib ditemani anak-anak menziarahi pusara arwah yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, pada pagi Sabtu.
Dalam perkongsian tersebut, Shuib dan anak-anak membersihkan kubur arwah dan menggantikan bunga serta meletakkan sedikit batu.
Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia enam bulan.
Kredit: Instagram @shuibsepahtu
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)