
Jodoh, ajal, maut dan rezeki anak semuanya rahsia Allah. Kita hanya mampu merancang namun Allah jua yang menentukan. Andainya dah ditakdirkan bukan rezeki kita, terimalah dengan hati yang reda.
Mungkin kita yang bukan dalam situasi ini senang untuk cakap sabar tapi yang melaluinya saja tahu betapa sedihnya saat kehilangan anak tersayang. Lagi terasa hanya menunggu masa nak dilahirkan saja.
Watch on TikTok
“Lima hari anak syurga mama dalam perut”
Menerusi perkongsian di TikTok atas akaun @ciklinnnn, impian untuk menimang cahaya mata sulung tak kesampaian apabila bayi di dalam kandungan disahkan meninggal dunia.
Walaupun hanya beberapa minggu saja lagi dan segala persiapan dah dibuat, qada dan qadar Allah lebih dari segalanya. Sejak awal mengetahui berita ini, hanya air mata menjadi peneman.
Watch on TikTok
Dah tiada rasa tendangan manja
Apa yang menyedihkan ibu muda ini, selama 5 hari bayi yang tak bernyawa ini ada dalam rahimnya sebelum proses mengeluarkannya akan dilakukan oleh doktor 21 Mac.
“Terima kasih kerana sudi singgah dalam perut mama, mama bawa perut walaupun awak dah tak bernyawa.
“Dah tiada rasa tendangan manja, mama reda. Hari last bawa baby syurga. Esok makan ubat untuk keluarkan awak sayang..semoga dipermudahkan (17-21 Mac)”
Tunggu mama papa di syurga
Perkongsian tersebut membuatkan ramai yang bersimpati dan semuanya mendoakan pasangan ini kuat. Moga Allah gantikan rezeki yang lain dan cepat menimang cahaya mata kedua.
Walaupun bersedih, ternyata semangat ibu ini kuat. Moga anak syurga ini akan menjadi asbab kedua ibu bapanya masuk syurga.
Menangislah jika itu mampu tenangkan hati
Kredit: ciklinnnn
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI