Perkara paling dirindui pastinya goreng pisang panas di tepi jalan yang selalu kita beli saban hari untuk minum petang. Rangup dan cukup sedap makan panas-panas.
Apa kata kali ini kita buat sendiri. Peniaga goreng pisang yang sudah berniaga lebih 15 tahun menjual pisang goreng, Yayar B. Awang Noh berkongsi resipi bancuhan tepung yang sedap dan rangup. Rugi tak cuba!
Salam semua. Musim pkp ni payah nak makan pisang goreng kan. Dengan ini saya izinkan berkongsi resipi tepung pisang goreng yang rangup. Doakan saya sekeluarga dimurahkan rezeki. Ini resipi abang saya niaga hampir 15 tahun.
Bahan-bahan:
Tepung beras 3 paket(1.5kg)
Tepung gandum 500g
Garam secubit
Gula sesenduk kecil
Kapur sebesar ibu jari
Telur sebijik
Dan serbuk kunyit satu sudu
Bancuh jangan terlalu cair
Pekat sedang-sedang ngam.
Panaskan minyak yang banyak dan goreng hingga masak.
Angkat dan sedia dinikmati. Makan panas-panas memang terbaik!
Menarik:
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI