Keibubapaan

Rindu Momen Hantar Anak Ke Sekolah, Diddy Hirdy Kongsi Pengalaman ‘Lockdown’ Di Luar Negara.

Share

Jauh dari keluarga dan saudara mara terdekat demi menyambung pelajaran di luar negara pastinya bukan suatu yang mudah tambahan pula dengan keadaan sekarang yang mana menularnya wabak pandemik Covid-19.

Namun bagi penyanyi kelahiran Akademi Fantasia (AF), Diddy Hirdy yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkah PhD di Liverpool, United Kingdom beruntung kerana isteri dan anak-anak tersayang ada bersamanya.

Sebelum ke Liverpool, Diddy menyambung pelajaran di University of Glasgow, Scotland selama setahun. Yang mana dia berkongsi dalam Instagram miliknya. Dalam posting tersebut Diddy menyatakan dia rindu dengan rutin menghantar anak ke sekolah setiap pagi.

Video lama masa kami tinggal di Glasgow, Scotland tahun 2017. Rindu rutin bapak2 setiap pagi. Kalau tak hantar anak sekolah, mesti ambil balik sekolah sebelah petangnya. Setiap hari masa sentiasa terisi dengan urusan kerja dan keluarga. Best jadi bapak2 dapat membesar kan anak2, melihat dorg membesar depan mata. Masa ni Jauza seorang je, Abid ‘on the way’ dalam perut mama. Sekarang Jauza dah boleh harap bantu kerja2 rumah dan layan adik dia. Pantas sungguh budak2 membesar dan kita pula semakin menua🤣🤣🤣🤣🤣 #repost

This is my daily routine in the morning – hantar Jauza ke sekolah. Dekat je dari rumah. Tak sampai 5 minit kaki. #diddyhirdyintheuk #family #daughter #daddy #dad #love #happiness #blessed #daily #routine #walking #walkingtoschool

Kongsi pengalaman ‘Lockdown’ Di Liverpool

Ketika dihubungi oleh pihak Gempak, Diddy memberitahu ‘lockdown’ yang berlaku di seluruh United Kingdom ketika ini menyebabkan sekolah diarahkan tutup sejak tiga minggu lalu.

“Walaupun anak Diddy masih lagi mengikuti kelas secara online, tetapi rasa rindu untuk berjalan bersama menghantar anak ke sekolah sangat terasa.

“ketika itulah kami banyak berbual dan Jauza akan berkongsi kisah di sekolah, kisah rakan-rakan serta teman rapatnya. Rasa bonding sangat kuat.Saat itulah yang Diddy rindukan,” beritahu Diddy pada Gempak.

Menurut Diddy lagi, mereka bernasib baik kerana membuat persediaan awal sebelum ‘lockdown’ diumumkan.

“Di sini kami boleh membuat pesanan dari rumah untuk membeli beras dan barangan keperluan lainnya.

“Mujur isteri Diddy sejak awal lagi sudah membuat persediaan dengan membeli barangan asas seperti beras, susu dan sebagainya untuk bekalan kami.

Tambah Diddy, mereka sangat jarang keluar rumah kerana masih ramai yang tidak mematuhi arahan berikutan keadaan cuaca yang baik di sana.

“Orang di sini terlalu ‘gilakan’ matahari, dan bila cuaca baik, mereka keluar beramai-ramai tanpa mengira keselamatan masing-masing.

Diddy bakal menamatkan pengajian di University of Liverpool pada bulan Januari tahun hadapan dan bakal berkhidmat di Universiti Utara Malaysia.

Sumber: Gempak & Diddy Hirdy

 

 

 

 

 

Published by
SAHR