Bersedia untuk timang anak kedua. Begitu kongsi Fazura dan suaminya Fattah Amin yang kini dalam perancangan untuk menimang cahaya mata kedua mereka.
Akui Fazura lagi mengikut satu laporan akhbar, dia begitu merindui untuk punya anak lagi ditambah pula anak kesayangannya, Nur Fatima Aisya kini hampir berusia dua tahun.
Pun begitu kata Fazura, dia menyerahkan segala urusan itu untuk punya rezeki cahaya mata lagi kepada ketentuan Allah.
“Memang saya rindu nak ada anak lagi. Fatimah pun sudah semakin besar, bakal berusia dua tahun dalam dua bulan lagi.
“Saya fikir, memang sekarang ini masa yang sesuai untuk tambah zuriat. Cuma, sekarang saya masih sibuk.
“Tapi, perancangan tetap ada. Mungkin selepas selesai semua kesibukan ini, saya dan Fattah sudah boleh merancang untuk menambah ahli keluarga,” katanya berkongsi.
Ketika di tanya mengenai soal jantina anak, akui Fazura dia tidak kisah walaupun sememangnya amat menginginkan sepasang cahaya mata, lelaki dan perempuan.
“Memang kalau ikutkan, nak sepasang. Tapi, saya cuma mampu berdoa agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah.
“Sejujurnya, lelaki atau perempuan, saya terima,” katanya lagi.
Terdahulu, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada November 2017. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nur Fatima Aisya.
Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Utusan Malaysia