Setiap kali melalui kiosk Roti Boy, aromanya yang wangi semerbak pasti membuatkan kita terus membeli. Begitu harum dan cukup enak. Apa lagi kala di makan waktu panas.
Tak perlu beli, apa kata kali ini kita buat sendiri dengan resipi perkongsian Eife Muhammad ini. Sedap!
Selalunya, kalau pergi KB Mall, mesti beli roti ni. Maklumlah, dari jauh lagi memang dah bau semerbak aroma kopi tu. Memang tak tahan kalau sekadar tengok je. Mau meleleh liur tu nanti.
So, godek-godek resepi, buatlah untuk 4 orang AQs yang asyik lapar memanjang je ni. Buat pagi satu adunan, hmmm dah agak memang konfem tak cukup. Malam tu, buat lagi dua adunan. Haaa makanlah korang sampai jemu.
Korang kalo teringin nak makan roti ni, buatlah sendiri. Senang je. Bahan-bahan pun boleh kata memang ada je kat rumah.
ROTI
Bahan-bahan:
Tepung gandum 250gm
Gula 50gm
Susu segar 150gm
Mauripan 1 sudu
Mentega 30gm
Mentega yang dah dipotong kiub (jumlah terpulang kepada berapa banyak roti dapat). Semua bahan ni saya humban je dalam breadmaker. Bagi dia je uli. Dah siap uli, baru lah saya ambil peranan pulak.
1. Bulat-bulatkan doh.
2. Masukkan mentega yang dah dipotong kiub ke dalam doh tersebut. Bulatkan semula.
3. Selepas selesai semua, tunggu hingga doh kembang, baru kita letak topping dia.
TOPPING KOPI
Bahan-bahan:
Mentega 60gm
Gula 30gm
Serbuk nescafe 2 sudu ngn 2 sudu air suam(godak2 dlm gelas,ketepikan)
Telur sebijik
Tepung gandum 70gm
Saya guna mixer je ni.
1. Pukul mentega dgn gula sampai berkrim
2. Masukkan telur dan pukul lagi
3. Masukkan air bancuhan nescaffe tadi, pukul lagi
4. Last sekali masukkan tepung dan pukul sebati
5. Siap masukkan ke dalam piping beg. Paipkan dari tengah secara melengkar atas roti tadi..
6. Bakar 170′ selama 20 minit, guna api atas bawah
Dahpun siap.
Selamat mencuba. Bolehla buat untuk minum petang, petang ni kan.
Menarik:
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI