Bayangkan rasa rindu yang tidak terucap selama dua dekad. Seorang wanita, Nor Hazimah Abdullah, dengan harapan dan air mata, memohon bantuan warga maya untuk mencari ibunya, Norhayati Mohamed, yang sudah terpisah sejak 20 tahun lalu.
Nor Hazimah, kini berusia 23 tahun, dihantar ke pangkuan keluarga angkat di Melaka ketika dia hanya berusia tiga tahun.
Sejak saat itu, hubungan mereka terputus. Hanya alamat terakhir yang diingati di Sungai Ayer Hitam, Tanjong Minyak, Melaka – menjadi satu-satunya harapan untuk kembali bersatu.
Menerusi petikan laporan Sinar Harian, dia terlalu ingin berjumpa dengan ibu kandungnua dan berusaha untuk mendapatkan alamat terkini ibunya.
“Saya terlalu ingin mengenali dan berjumpa ibu. Saya berusaha mendapatkan alamat terkininya dan ada pihak memberitahu dia kini berada di Geting, Tumpat,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Menurutnya yang kini menetap di Petaling Jaya, Selangor, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjejaki ibunya namun menemui jalan buntu.
Nor Hazimah yang bekerja sebagai pembantu klinik berkata, dia tidak mengetahui umur dan tidak memiliki foto ibunya.
Ujarnya, orang ramai yang mengenali ibunya diharap dapat menghubunginya di talian 013-6663937.
Sumber: Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahaya Di Mana-mana! Cemas Bila Kanak-kanak Hampir Dilarikan Depan Mata Ibu Di Restoran, Nasib Sempat Diselamatkan Orang Awam
Bahaya memang ada dimana-mana walau kita kadang sudah beringat dan berhati-hati. Seperti yang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan yang berdepan dengan detik cemas apabila secara tiba-tiba ditarik seorang lelaki ketika bersama wanita dipercayai ibunya di sebuah restoran.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Afrika Selatan. Dalam video tular, kelihatan pelaku tiba-tiba muncul dari sebalik penghadang restoran sebelum cuba ‘merampas’ mangsa yang duduk bersama ibunya.
Susulan itu, terjadi pergelutan antara pelaku dengan ibu mangsa serta seorang lelaki yang cuba membantu. Nasib menyebelahi kanak-kanak berkenaan kerana berjaya diselamatkan manakala pelaku telah ditahan orang awam.
Menurut The South African, kejadian dipercayai berlaku pada Khamis, 10 September yang lalu di Florida, Johannesburg.
Memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan, Kapten Kay Makhubela, laporan telah dibuat pada 5 petang hari kejadian.
“Dikatakan bahawa pada 10 September sekitar 5 petang, pengadu berada di sebuah restoran pizza bersama anaknya yang berusia 4 tahun ketika seorang lelaki tidak dikenali datang dan menarik anaknya seolah-olah ingin mengambil kanak-kanak tersebut,” kata Makhubela.
“Ibu dan anaknya menjerit dan dengan bantuan pemilik kedai serta penduduk setempat, suspek berjaya ditahan,” katanya.
Suspek yang berusia 24 tahun dilaporkan telah dihadapkan ke mahkamah pada pagi 11 September (Jumaat).
Kena sentiasa berhati-hati walaupun anak depan mata, kejadian seumpama ini boleh berlaku. Moga anak-anak kita dilindungi dan sentiasa dalam Lindungan Yang Maha Kuasa.
Sumber: Siakap Keli
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergaul dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Boleh Kurang Minat Anak Pada Al-Quran” Silibus Tilawah Budak Darjah 1 Membebankan, Ustazah Sendiri Pun ‘Surrender’!
Ada diantara anak-anak kita yang baru pertama kali masuk sekolah agama dan kemudiannya menangis setiap hari tidak mahu ke sekolah. Apa sebabnya?
Adakah kerana silibus anak-anak kecil kita di usianya darjah satu terlalu membebankan? Hal inilah yang dikongsikan oleh seorang Ustazah Asmah Chem, seorang bekas pengajar di Sekolah Menengah Islam & Maahad Tahfiz Al Quran Hira’ Jeram yang turut sama meluahkan rasanya mengenai silibus ini.
Saya terkejut melihat silibus tilawah al-Quran pelajar darjah 1 yang dikongsi di FB Dr Zaharuddin abd Rahman. Gambar tersebut saya share di bawah.
Sekiranya benar silibus tilawah darjah 1 sebegitu, saya surrender. Dahsyatnya!
Umur 7 tahun Nabi saw suruh ajar anak solat fardhu. Maknanya perkara asas, diperkenalkan pada usia 7 tahun.
Usia 7 tahun adalah usia mumayyiz. Pada usia ini anak-anak kritis dan cerdas tetapi mereka masih dalam fasa belajar sambil bermain.
Anak-anak pada usia ini tidak suka kepada perkara yang berat kerana mereka mudah bosan. Mereka selayaknya diperkenalkan dengan asas al-Quran melalui pelbagai kaedah yang menyeronokkan.
Tanamkan rasa seronok dalam subjek tilawah agar mereka cinta kepada al-Quran. Cukup dengan iqra, pengenalan makhraj dan panjang pendek. Bukan dengan membebankan mereka dengan hukum tajwid peringkat tinggi yang sukar difahami.
Seingat saya dulu, darjah 4 baru saya mula belajar tajwid. Sebelum usia 10 tahun, saya cuma belajar membaca al-Quran dengan lancar saja. Bukan bermakna lambat belajar tajwid, saya lemah dalam tilawah al-Quran.
Darjah 6 saya sudah mewakili daerah untuk pertandingan tilawah al-Quran, begitu juga di peringkat sekolah menengah, pernah dipilih mewakili sekolah dalam musabaqah/tilawah setiap tahun, sehingga tingkatan 5. Beberapa kali menang di peringkat zon dan pernah mendapat naib johan peringkat negeri. Itu kisah sekolah.
Di ipt, saya pernah menjadi hakim jemputan untuk beberapa program tilawah peringkat Universiti. Selain itu, pernah membuka kelas pengajian talaqi bersanad untuk pelajar dan pensyarah di ipt.
Untuk apa saya sebut sedikit pencapaian tersebut? Supaya saya tidak dipandang sinis apabila memberi pendapat bahawa silibus pengajian al-Quran dan tajwid darjah 1 sekarang adalah tidak masuk akal.
Saya tertanya-tanya siapakah penggubal silibus tersebut kerana begitu luar biasa pendekatannya. Mungkin juga mereka terdiri dari golongan hafiz dan hafizoh yang sangat hebat. Tetapi sayang sekali, kehebatan mereka boleh membunuh minat anak-anak terhadap al-Quran.
Jangan sampai suatu hari nanti, anak-anak kita merasakan bahawa pengajian al-Quran adalah sesuatu yang sangat membebankan. Akhirnya, apa yang dikejar tak dapat, malah yang dikendong pula berciciran. Fikir-fikirkanlah.
Menarik: Bodygoals Betul, Cantik & Langsing-, Bella Astillah Dipuji Tak Macam Anak Dua
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Isteri Doakan Suami, Ikhlaskan Hati. Rezeki Makin Murah, Dari Segala Sudut!
Sesungguhnya rezeki itu milik Allah SWT. Kita sebagai manusia boleh berusaha, berdoa dan tawakal agar dipermudahkan rezeki. Sokongan isteri sangat penting bagi memberi semangat buat si suami untuk mencari rezeki untuk keluarga. Jika tidak dapat bantu banyak, sekurang-kurangnya bersolatlah. Jika seorang isteri dengan ikhlas mendirikan solat dhuha dan mendoakan bagi suaminya diluaskan pintu rezeki, sebenarnya amalan ini sangat membantu.
Lihatlah sendiri, ketika sebelum mendirikan solat dhuha, rezeki suami mencukupi, tetapi tidak lebih. Sekadar yang ada. Ada masanya mungkin berkurangan pula. Tetapi apabila seorang isteri itu mendoakan suaminya ketika dalam solat dhuha, datang pula rezeki lain tanpa diduga. Rezeki itu bukan sekadar wang ringgit tetapi lebih daripada itu. Jika dilihat kebaikan mendirikan solat dhuha, ia rupanya sama seperti memberi 360 sedekah.
Artikel Menarik: [Suami Isteri Ramai Anak Lelaki, Memang Letih Sikit. Tapi Merekalah Pelindung Keluarga Nanti!]
“Setiap pagi, setiap anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan melarang berbuat mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan solat dhuha dua rakaat.” (HR. Muslim).
Betapa besarnya kebaikan mendirikan solat dhuha. Selain hadis itu, terdapat juga hadis yang menunjukkan janji Allah SWT untuk menambah rezeki seseorang itu jika dia mendirikan solat dhuha.
Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, nescaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.” (HR. Ahmad)
Artikel Menarik: [Tak Salah Suami Isteri Gaduh, Jadi Lebih Harmoni. Syaratnya, Jangan Maki!]
Bukan susah, hanya dengan mendirikan solat dhuha dan mengadu semua hal kepada-Nya, anda dapat membantu suami. Pengorbanan ini tidak perlu dihebah-hebah, cukup sekadar Allah SWT menilai dan menganugerahkan kesenangan kepada anda sekeluarga. Jika tidak sempat untuk solat dhuha hari ini, mula jadikan ia amalan harian mulai esok. Semoga kita semua dikurniakan rezeki dan kebaikan sentiasa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI