Rindu tangisan bayi setelah anak sulung membesar memang sering dirasai para ibu. Justeru, Scha Alyahya sedang berusaha untuk hamil lagi.
Aktres jelita Scha Alyahya berhasrat mahu menimang cahaya mata memandangkan anaknya, Lara Alana kini hampir mencecah usia lima tahun.
Menurut Scha, jika berpeluang dan dikurniakan rezeki, dia mahu memiliki tiga orang cahaya mata.
“Sebenarnya, saya dan Awal (suami) sedang merancang untuk menimang cahaya mata lagi.
“Kalau boleh saya mahu memiliki tiga orang anak, kami sedang usahakan tapi masih belum ada rezeki buat masa ini.
“Insya-Allah, saya juga akan membuat pemeriksaan kesihatan berkaitan kesuburan untuk memudahkan saya untuk hamil lagi selepas ini,” katanya kepada Gempak.
Scha berkata demikian ketika ditemui di majlis Sinar Lebaran Jakel bertempat di Jakel Mall, Kuala Lumpur. Di majlis tersebut, Scha dan Awal turut terlibat dalam sesi penyampaian sumbangan Ramadan kepada orang kurang upaya yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur.
Sumber: gempak.com
Foto: schaalyahya & laraalanaa
Setiap kehamilan berbeza dan ibu boleh terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes (kencing manis semasa hamil) dan tekanan darah tinggi. Bagi mama papa yang ingin tahu lebih lanjut mengenai kedua-dua penyakit ini, jangan lupa saksikan Pa&Ma jam 12 tengah hari 30 Mac 2019 bersama pasangan pengacara Fad & Sya. Banyak perkongsian daripada pakar & ibu bapa yang boleh dijadikan panduan. Hanya di Astro Prima & Astro Prima HD.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI