HomeKeibubapaan“Rindu Tengok Dia Tenang Sebab Bila Dia Tenang Automatic Hidup Saya Tenang”...
“Rindu Tengok Dia Tenang Sebab Bila Dia Tenang Automatic Hidup Saya Tenang” Dr Say Luah Rasa. Dalam Usaha Nak Berikan Yang Terbaik Buat Isteri Tercinta!
Dalam kehidupan tak semua yang kita impikan akan kita perolehi. Dalam mencapai semua yang diinginkan pasti ada dugaan dan rintangan yang perlu kita tempuhi sebagai usaha dalam merealisasikan apa yang diinginkan.
Namun hidup tak semuanya indah, tambah pula dalam kehidupan yang rata-ratanya perlukan wang untuk kelangsungan sebuah kehidupan. Benar wang bukan segala-galanya tapi hari ini semuanya memerlukan wang ringgit untuk kelancaran hidup.
Seperti luahan oleh doktor selebriti, Dr Say melalui Instagram miliknya, walaupun kehidupan dia dan keluarga nampak sempurna, namun hakikatnya masih banyak yang ingin dicapai buat diri dan keluarga tercinta.
Jelasnya ini semua adalah asam garam kehidupan, jangan pernah iri dengan kehidupan orang lain yang mungkin kelihatan sempurna di mata kita kerana mereka sendiri punya perjuangan yang kita sendiri mungkin tak pernah lalui.
“Topik : Tak Semuanya Indah
Ads
“Mungkin ada yg bila tengok insta sy berfikiran “bestnya jadi Dr Say salu ade kat rumah main dengan anak dia macam takde kerisauan” tapi kehidupan sy takdela sentiasa di awang-awangan. Nampak macam carefree tapi selalu juga sy rungsing mengenai money. Nampak macam happy tapi belakang tabir sy selalu kena maki bini (melawak jaaa ahaha). Dan semalam it hit me hard.
“Ace cirit2 sampai diaper rash maka menangis sokmo lah die. Bila Ace nangis, ape lagi mommy nangis. Bila mommy nangis, ape lagi daddy yg disalahkan menjadi punca Ace cirit (sebab sy biar ace main pasir yg mungkin tercemar tahi kucing). Ditambah pula dengan bini yg kerja kuat gila sampai weekend kadang2 takde cuti dengan nak kejar deadline assignment Masters dia. Bila bini serabut, dia takkan biarkan diri dia ja serabut, dia tarik suami sekali.
“Maka sy sedikit down (bukan sebab kena maki bini itu tak sempat masuk telinga lagi dah kena tapis buang ahaha) tapi down sebab HOW I WISH I CAN PROVIDE MORE FOR MY FAMILY. Kalau lah sy “berada” teringin sangat time bini tengah pregnant & amik master ni, sy nak cakap “hun, u can quit ur job & let me provide for u”. Sy rindu masa lapang bersama bini sy, rindu tengok dia tenang sebab bila dia tenang automatic hidup sy tenang. Walaupun luaran sy tersenyum seperti di atas ni, tapi dalaman sy berkerut seperti Ace di atas ni.
Ads
“In a nutshell, dalam hidup ni tak semuanya indah. Sekiranya anda sedang bermurung/ down dont worry because this is part & parcel of life. We are all human & no human is perfect maka jangan intimidated dengan kehidupan orang lain yg nampak perfect padahal semua orang ada kesusahan yg sedang mereka lalui termasuk saya,” tulisnya.
Siapa kata anak kita tak letih belajar seharian. Pagi ke sekolah dan petangnya ke kelas petang pula. Memang memenatkan. Sudahnya anak balik ke rumah dalam keadaan tak bermaya dan letih.
Sebagai ibu selain sediakan pemakanan yang sihat untuk anak, ada cara mudah yang dikongsikan oleh Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar untuk disediakan buat anak-anak.
BAGAIMANA NAK POWER UP OTAK ANAK?
===============================
Apabila anak pulang ke sekolah mereka letih. Begitu juga otak mereka. Lebih-lebih apabila tiada nutrisi untuk otak diambil mereka.
Petang ada kelas PAFA. Malam pula ada tuisyen. Sampai lembik budak-budak ini.
Soalnya dengan begitu banyak aktiviti gunakan otak sepanjang hari, dapatkah mereka bertahan? Dapatkah otak mereka mencerap semua maklumat? Atau ia hanya jadi kelas sosial?
Kita pastinya tidak mahu duit yang dilaburkan hanyut begitu sahaja. Keputusan anak masih tidak seberapa. Hasil masih jauh dari yang kita suka.
Cara mudah ialah sediakan secawan air pegaga:
1. Ambil seikat pegaga. Basuh. Bersihkan.
2. Masukkan ke dalam blender.
3. Masukkan air. Ikut kepekatan mana yang kita mahu.
4. Blend.
5. Campurkan dengan madu atau gula apong (di Sarawak sahaja) atau gula kabong.
Hidangkan. MUDAH dan CEPAT.
Pegaga tingkat imun sistem. Buka pembuluh darah di dalam OTAK.
Nutrisi mudah masuk. Maklumat segera dihadam. Memori semakin baik.
Jom semua, bukan ibu saja sihat, anak pun sihat dengan pegaga ni. Paling penting otak anak kembali segar.
Kredit: Dr Rizal Abu Bakar
.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kolam bola adalah mainan yang menyeronokkan buat si kecil. Manfaat kepada motor sensori si kecil sangat besar. Namun mama papa mesti berhati-hati, ia boleh jadi lubuk jangkitan kuman buat si manja.
Perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan boleh dijadikan panduan buat ibu bapa. Ulasan belioau tentang permainan ini memberikan membuka mata tentang beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum melepaskan si kecil bermain di dalamnya.
Isu bahaya kolam bola (ball pit) ni sudah beberapa kali viral. Dari masa ke masa akan ada media laporkan ada kanak-kanak tercedera kerana benda tajam, mendapat jangkitan dari kuman, atau dicemari najis.
Sebelum saya ulas, saya rasa elok kita lihat sedikit bagaimana kolam bola ni mula-mula muncul, dan kenapa ia menjadi popular.
Kolam bola ni mula popular sekitar tahun 80an, kerana ketika itu muncul kerisauan tentang bahaya taman permainan konvensional.
Taman permainan ketika itu lazimnya terdiri daripada buaian, gelungsur, jongkang-jongkit, palang gayut(monkey bar) serta jim hutan(jungle gym). Semua di perbuat dari kayu dan besi.
Kerisauan ibu bapa ketika itu adalah pada kecederaan berkaitan trauma fizikal: patah tulang, gegeran otak, terluka akibat jatuh. Selain itu, risiko lain adalah penculikan, dan serangan haiwan.
Jadi pada tahun 70an muncul taman permainan jenis baharu, di mana ia terdiri didirikan di dalam bangunan tertutup (indoor), diperbuat daripada bahan lembut seperti plastik, getah, dan lantai dipenuhi bebola untuk mengurangkan impak jika terjatuh.
Ia dinamakan ball crawl/pit/pond, dan menjadi pilihan popular dikalangan ibubapa serta kanak-kanak. Mulai itu, mula dibina di pusat beli-belah, restoran francais, malah di taman-taman tema.
Semua orang suka kolam bola ni, malah ia juga menarik perhatian para pengkaji untuk meneliti potensi dan menilai risiko taman permainan begitu. Di sini timbul pula dua perkara.
Satu berita baik, dan satu berita tak baik.
Berita tak baik: kolam bola yang tidak diselenggara dengan baik kebersiham dan keselamatan nya mendedahkan kanak-kanak kepada risiko kecederaan akibat benda tajam, menjadi tempat pembiakan kuman. Ini semua kita dah tahu, kerana ia ketap viral.
Berita baik: kolam bola ini bagus kanak-kanak yang ada masalah perkembangan pemprosesan sensori. Ia membantu dalam kanak-kanak memahami sensori tubuh mereka. Ini tak semua faham, tapi jangan risau. Perkara inilah saya nak ulas.
Pemprosesan Sensori(sensory proscessing) adalah proses untuk mengatur semua stimulasi dari persekitaran yang diterima oleh deria, agar seseorang itu boleh menggunakan tubuhnya dengan baik dalam sesuatu persekitaran.
KEBAIKAN KOLAM BOLA KEPADA SI KECIL
Kolam bola didapati dapat melatih sensori visuo-spatial, propriosepsi, ekuilibrium, dan memberi rangsangan pada penglihatan, sentuhan, serta tekanan.
◾Visuo-spatial adalah sensori berkaitan kebolehan menganggarkan kedudukan objek dalam ruang. Hanya dengan melihat kita boleh anggar jarak dan saiz objek berdasarkan benda-benda di sekitarnya.
◾Propriosepsi(proprioception) adalah sensori berkaitan kebolehan menganggarkan keberadaan dan posisi anggota tubuh di dalam ruang. Tanpa lihat kita boleh tahu tangan kita di mana dan sedang buat apa, kan?
◾Ekuilibrium(vestibular) pula adalah sensori berkaitan keseimbangan tubuh. Ia melibatkan memahami dinamik graviti, tujahan, momentun dan elemen fizik yang bertindak ke atas tubuh.
Bagi melatih sensori-sensori ini, kanak-kanak perlu berlari, melompat, jatuh, berguling, membuai, berkubang dan sebagainya. Itu naluri mereka, dan ia sebahagian daripada cara mematangkan sensori.
Macam mana pemain bola boleh buat sepakan dengan tepat ke gawang? Bagaimana pemain golf boleh pukul bola masuk dalam lubang kecil?
Kerana ahli sukan berjaya benar-benar menguasai pemprosesan sensori-sensori ini melalui latihan, dan latihan itu bermula dari umur kanak-kanak.
STIMULASI & RANGSANGAN
Kolam bola menyediakan ruang untuk aktiviti yang memberi stimulasi dan rangsangan untuk latih tiga sensori unik ini. Sebab itu, kolam bola juga dibina hospital dan pusat rehabilitasi yang merawat kanak-kanak yang kelewatan dalam perkembangan.
Antara kanak-kanak yang mendapat manfaat daripada terapi kolam bola adalah kanak-kanak autistik, cerebral palsy, serta sindrom-sindrom lain.
Berdasarkan perkara ini, bila di tanya adakah kita sebagai ibu bapa perlu mengelakkan anak-anak daripada bermain di kolam bola, saya perlu beri dua jawapan.
1. YA, PERLU ELAK! Elak kolam bola yang tidak diselenggara keselamatan dan kebersihannya dengan baik. Khuatir anak akan tercedera atau dijangkiti penyakit berjangkit.
2. TAK, JANGAN ELAK! Ia mematangkan pemprosesan sensori, dan menjadikan kanak-kanak lebih cekap dalam aktiviti fizikal, serta meningkatkan potensi mereka.
Lazimnya kolam bola di hospital dan pusat rehabilitasi diselenggara mengikut jadual. Ada dua set bebola. Setiap kali satu set dihantar untuk dibersihkan, set simpanan akan diguna. Kolam juga dibersihkan semasa penukaran bebola.
Hal ini saya pasti. Saya pernah berkhidmat di Jabatan Rehabilitasi hospital kerajaan, dan memang ada jadual pembersihan kolam bola. Malah setelah saya buka pusat rehabilitasi sendiri, saya juga pastikan kolam bola dibersihkan secara berkala.
TIP BILA ANAK BERMAIN KOLAM BOLA
Apapun, lepas main di kolam bola, mandikan anak-anak.
Selain itu, ibu bapa juga boleh buat kolam bola di rumah.
Gunakan kolam tiup(inflatable pool), dan isikan dengan bola. Boleh juga gunakan playpen. Bersihkan secara berkala. Maka tak ada kebimbangan, sebab kita selenggara sendiri.
◾Penafian: saya tak larang pergi taman permainan konvensional atau kolam bola. Boleh pergi, namun pilihlah yang diselenggara dengan baik, pantau anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak lama lagi anak bakal masuk ke sekolah. Pelbagai persiapan pastinya sudah dilakukan antaranya membeli pakai sekolah, peralatan sekolah dan sebagainya.
Namun salah satu kerja yang agak remeh adalah menjahit nama dan lencana sekolah anak-anak. Memang renyah jika anak ada lebih dari sepasang baju! Sebenarnya ada cara yang boleh memudahkan kerja para ibu tau.
Cara ini dikongsi oleh Norhasnita Mohd Anuar. Beliau menggunakan double sided adhesive cloth untuk menampal lencana. Yang penting cara ini tak melekit, 5 minit dah siap.
Membesarkan anak di zaman ini memang mencabar keimanan. Mendidik anak dengan cara yang baik dan terpuji sememangnya dituntut namun siapa menduga anak boleh berubah perangainya bila di belakang mak ayah. Itu perkara biasa.