Anak kecil jiwanya mudah dibentuk. Apa yang diajar ibu bapa itulah yang akan diingatinya sampai mereka besar. Dalam bab memberi salam, ibu bapa juga harus mula mengajar anak seawal mungkin.
Nampak macam remeh tapi inilah yang mengambarkan jiwa anak kecil yang luhur hatinya untuk terus mempunyai keperibadian unggul.
Ia kaedah yang terbaik bagi memulakan komunikasi dengan penuh keberkatan.
Ads
Latih anak-anak kecil dengan memberi salam kepada mereka dahulu
Benar, memberi salam kepada anak-anak adalah satu latihan kepada mereka supaya mengaplikasikan adab-adab syarak disamping menunjukkan sikap rendah hati dan lemah lembut.
Perkara ini merupakan adab yang paling asas untuk anak-anak terutama ibu bapa apabila masuk ke dalam rumah. InsyaAllah, lama-kelamaan adab memberi salam ini akan menjadi amalan kepada anak kita sehingga mereka meningkat dewasa.
Ads
Salam adalah doa. Doa itu positif pula.
Kebaikan itu bila kita bermula dan kebaikan akan kembali balik pada kita. What you give, is what you get back. Bila kita memberi salam dan senyum, orang lain juga akan balas perkara yang sama.
Oleh itu terapkanlah ke dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil lagi agar sentiasa menyebarkan kebaikan.
Ads
Salam dan senyum itulah kesan daripada apa yang telah kita lakukan. Senyum mengubah emosi diri dan juga orang sekeliling. InsyaAllah dengan ini kita juga berusaha menyediakan pintu rezeki yang terbuka luas kepada keluarga kita.
Bersama-samalah kita membina keluarga yang penuh berkat.
Sumber: Muhammad Naim Abd Manaf
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sepanjang tempoh PKP ini, kita didedahkan dengan pelbagai jenis kluster yang merujuk kepada golongan yang mendapat jangkitan virus COVID-19. Hari ini, jumlah pesakit yang telah sembuh semakin meningkat dan menunjukkan tanda-tanda positif kejayaan bahagian frontliners dan rakyat Malaysia sendiri memerangi wabak ini.
Perihal kluster ini juga terjadi di dalam rumah. Terdapat beberapa kluster di rumah yang boleh kita lihat seperti yang dikongsikan oleh Sharifah Zuhaiza ini. Antara kluster yang disenaraikan adalah:
KLUSTER SUIS Buka lampu x reti nak tutup. Buka lampu bilik air, lampu dapur, lampu bilik lepas tu biar je menyala. Buka tv tapi x tengok. Dah on komputer x reti nak tutup. Charge hp tapi lepas tu x tutup suis. Tugas aku siang malam tutupkan semua sampai satu tahap aku dah malas nak layan. Lantak kome lerrr. Ingat ayah kerja TNB bil letrik free ke🤣🤣🤣
KLUSTER PERIUK API Dari ruang tamu, semua bilik, atas katil hatta dalam bilik air pon bersepah barang mainan. Aku penat2 konon nak landinglah atas tilam sekali aku smackdown barang mainan diorg. Mengelupur aku atas katil tu. Paling sakit jiwa kalo aku terpijak lego. Pergghhh….terus aku jadi diva AA tau. Sakit wehhhhh 🥺🥺
KLUSTER BISKUT Ni jenis buka biskut tu biskut ni pastu biar je terdedah macam tu. Last2 masuk angin. Ehhh…berbulu je aku tengok. Penyudahnya aku nyorok semua biskut. Haaaa….rasakan xde benda nak ngunyah dah.
KLUSTER X RETI PENAT Pelik aku tengok deme ni. Siang malam main x henti. Dahlah malam tidur lewat sejak PKP ni. Boleh plak subuh2 dah bangun. Aku kadang tunggu lerrr deme tido awai. Bolehlah aku me time makan coklat ke, kek ke, eskrem ke. Hurrmmmm….sampai kesudah aku telan air liur jela 🤤🤤🤤
KLUSTER MENANGIS Asyik nak meragam, nak nanges aje. Orang pegang tu dia nak. Orang main tu dia nak. Orang usik sikit nanges. Tak dapat itu nanges. Nak cakap pon nak nanges. Nak tidur nanges, lapo nanges, ngantuk nanges 😭😭😭
KLUSTER MEMERAP Langsung aku x boleh bergerak. Aku kat dapur semua kat dapur. Aku masuk jamban semua diri depan pintu buat kuiz ibu tengah buat apa. Aku duduk depan tengok tv, semua berdiri depan tv. Aku masuk bilik baju nak lipat kain, semua ada dalam bakul kain. Time tidur pon, sedor2 semua dah melekat celah aku, xde ruang aku boleh bergerak dah. Dah macam berlatih tidur dalam kubur…hahaha tapi bila aku cakap jom solat dengan ibu terus semua lesap 🤣🤣🤣
KLUSTER MEMUNGGAH Aku baru kemas rumah, 5 minit lepas tu udoh bersepah balik. Aku kutip mainan, deme keluarkan dari kotak. Aku susun buku, deme teraburkan. Aku lipat kain, deme nak sidai kain. Memang maraton dok ngemas siang malam.
KLUSTER SUSAH NAK MAKAN Tiap kali nak suap makan memang aku jadi tarzan, kingkong, hulk semua. Jenuh terpekik terlolong panggil deme makan. Aku masak bagai nak rak, deme buat nohen je x terliur nak makan. Tapi kalo aku bagi nasi, telur, kicap 3 pinggan pon licin. Suami aku cakap baguslah senang kerja ibu tapi aku emo lebih sebab anak orang lain macam2 menu diorg request nak makan. Anak aku tengok buttermilk chicken dia cakap eeeuuwww apa ni ibu 🤣🤣🤣
KLUSTER SINKI Aku baru basuh pinggan. Sampai berkilat sinki aku kerjakan. Sat je dah penuh balik cawan, pinggan mangkuk. Kerja aku dok basuh pinggan mangkuk je. 10x minum air, 10xlah cawan lain deme guna. Haaa…ko darab lerrr 5 orang anak 🤣🤣🤣
KLUSTER BILIK AIR Suruh mandi punyalah susah. Dah masuk bilik air udoh tak keluar2 dah. Abeh deme berpesta songkran pula dalam tu. Sabun sebotoi kejap aje abeh. Ubat gigi deme buat pencuci muka….hahaha macam manala mak kome x jadi your mother is green 🤣🤣🤣
KLUSTER BUKA PETI AIS Ntah berapa ratus juta kali ntah deme dok buka tutup pintu ais tu. 5 orang dok bergilir pergi buat lawatan sambil belajar ke peti ais tu. Aku pon naik heran kadang tu sekadar buka tengok gitu je then tutup blk….teruk beno angaunya.
KLUSTER TV Kalo deme dah start ngadap TV, jangan harap lerrr dapat tukar channel lain. Yang lagi geram nyer, remote tu melekat kat tangan deme je. Sampaikan p jamban pon deme bawak takut ibu tukar channel lain. Dok nyorok remote sana sini penyudahnya sampai laaa ni remote hilang. Deme lupa kat mana deme sorokkan 🤣🤣🤣
Paling last sekali KLUSTER KE SANA, KE SINI, KE SANA SINI 🤣🤣🤣. Seminit pon x dok diam. Ada je kerja deme nak buat tapi bila suruh baca buku terus penat siap tertidur lagi 😁😁
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak suka bertanya soalan yang sama, walau pun sudah tahu jawapannya. Normalkah keadaan ini?
Ibu ayah jangan rimas, bersabarlah melalui fasa ini kerana ia adalah perkembangan yang baik.
Terdapat lima cara untuk mama dan papa menghadapi si manja yang banyak bertanya iaitu:
Langkah 1: Mendengar dengan baik
Ibu bapa perlulah memberikan perhatian apabila diajukan soalan. Hal ini penting kerana selain menjadikan anak berasa dihargai, perhatian yang diberikan juga adalah komunikasi dua hala yang lebih berkesan. Hanya apabila anda mendengar dengan teliti, anda akan dapat membantu si manja memahami apa yang ingin diketahuinya.
Langkah 2: Menjawab soalan yang ditanya
Selepas mendengar soalan, jawablah dengan fakta yang betul. Jangan sesekali mendongengkan jawapan atau memberikan fakta yang salah. Sebagai contoh, anak menyoal “Mama, kenapa burung terbang?”. Anda perlulah menjawab jawapan yang logik yang sesuai dengan usianya. Anda mungkin boleh menjawab “Burung terbang kerana ia ada bersayap.Burung terbang untuk cari makanan. Dia lapar agaknya tu”. Jawapan anda hendaklah tidak terlalu rumit untuk difahami si kecil.
Langkah 3: Menyuruhnya mengulangi jawapan
Minta si manja anda mengulangi jawapan tersebut sehingga dia mengingati fakta tersebut. Memanglah langkah ini mengambil masa yang agak lama. Namun hasilnya nanti anak anda akan mampu menyimpan memori tersebut dan bolehlah anda menyuruhnya mengulangi jawapan tersebut setiap kali dia bertanyakan soalan yang sama.
Langkah 4: Gambar atau objek untuk sokong fakta
Anda juga boleh mengukuhkan jawapan anda dengan menunjukkan gambar atau objek yang menyokong. Sebagai contoh, bagi membuktikan kesahihan fakta yang anda berikan mengenai burung yang terbang, bolehlah mengemukakan gambar di dalam buku dan menunjukkan bentuk sayap burung. Saat ini, anda boleh menambahkan beberapa fakta lain seperti “Adik tengok, sayap burung terdiri daripada bulu-bulu pelepah yang sangat ringan. Sebab itu bila burung mengepakkan sayap, ia boleh terbang dengan mudah.”
Langkah 5: Sabar dan positif
Bersabarlah dengan kerenah si manja dan jangan menunjukkan air muka yang anda tidak suka dengan perbuatannya. Ketahuilah pada peringkat usia tiga hingga empat tahun adalah tempoh keemasan si manja menyerap pelbagai maklumat dan informasi, membina keyakinan diri dan kepercayaannya kepada anda. Penerokaan ilmu pengetahuan akan memberikan asas kukuh pembentukan karakter insan yang cemerlang.
SI KECIL BERTANYA SOALAN YANG SAMA BERULANG KALI
Ramai kanak-kanak suka pertanyaan yang sama berulang kali. Kenapa ini berlaku dan adakah ia normal? Menurut Dr. Leon Hoffman, pengasas Pusat Kanak-kanak Pacella New York Psychoanalytic Society & Institute, kanak-kanak berbuat demikian kerana beberapa sebab. Antaranya ialah;
1)Untuk memahami perkataan
Kanak-kanak berumur antara 1 hingga 2 tahun sedang belajar bercakap, jadi mereka mengulangi soalan untuk menjelaskan apa yang setiap perkataan bermakna.
2)Menguatkan daya ingatan
Mendengar ibu bapa memberikan jawapan yang sama beberapa kali dapat membantu memandu konsep tersebut.
3)Sokongan emosi
Si kecil berbuat untuk mencari keselesaan. Dalam pengulangan tanya-jawab antaranya dan ibu bapa, mereka mendapat sokongan emosi. Apabila emosi stabil, mereka akan lebih gembira dan positif dalam pelbagai perkara.
Dr. Hoffman menyarankan ibu bapa agar meluangkan masa untuk menjawab seberapa banyak dan kekerapan soalan yang boleh untuk membina perkembangan tatabahasa anak, kepercayaan si kecil kepada anda dan menyokong emosinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) sering disalahertikan dengan perfectionist (mereka yang mementingkan kesempurnaan). Ini turut berlaku pada kanak kanak. Walaupun kedua-duanya kelihatan hampir sama, OCD ialah masalah kesihatan mental yang boleh mempengaruhi kualiti hidup individu.
OCD adalah tingkah laku yang lebih ekstrem daripada mereka yang mementingkan kesempurnaan. Apabila berbicara mengenai OCD, ia terbahagi kepada 2 elemen utama.
Elemen obsesif dalam penghidap OCD
Ia merupakan satu bentuk impuls, gerak hati atau dorongan yang bermain berulang kali di fikiran penghidap OCD. Mereka yang mempunyai corak pemikiran sedemikian kebiasaannya cuba untuk tidak mengendahkannya.
Namun begitu, tingkah laku tersebut seringkali gagal memandangkan mereka takut apa yang bermain di fikiran mereka benar atau boleh berlaku. Masalah ini boleh menyebabkan penghidap OCD mengalami keresahan dan kemurungan sekiranya mereka tidak buat apa-apa.
Elemen kompulsif dalam penghidap OCD
Kompulsif adalah satu bentuk tindakan berulang-ulang yang dilakukan oleh penghidap OCD kesan daripada elemen obsesif yang dialami. Sebagai contoh, jika penghidap khuatir tangan mereka dipenuhi bakteria (elemen obsesif), tindakan yang akan diambil adalah dengan membasuh tangan berkali-kali (elemen kompulsif).
Penghidap OCD percaya bahawa tindakan kompulsif boleh menghindarkan sesuatu yang buruk daripada berlaku. Ia juga dapat mengawal rasa resah gelisah serta menghindarkan mereka daripada stres berkaitan dengan faktor obsesif mereka.
Adakah kecelaruan obsesif kompulsif boleh dialami oleh kanak-kanak?
Sudah tentunya setiap ibu bapa risau akan perkembangan kesihatan mental anak yang sedang membesar. Sekiranya anak mempunyai masalah OCD, ia boleh mempengaruhi kualiti hidup mereka dari pelbagai aspek.
Sebagai contoh, penghidap OCD yang takut akan bakteria dan perlu membersihkan diri berkali-kali boleh lewat untuk hadir ke kelas. Proses pembelajaran mereka turut terganggu sekiranya perlu melakukan ritual rutin bagi mengawal tahap obsesi mereka terhadap bakteria.
Malahan, masalah ini tidak eksklusif kepada orang dewasa sahaja. Kanak-kanak dan remaja turut berisiko didiagnosis dengan masalah OCD dan mengalami tahap kualiti hidup yang rendah.
Apa yang lebih parah adalah sukar untuk kita buat penilaian objektif jika kanak-kanak tersebut terlalu muda untuk mengenal faktor obsesi mereka.
Keadaan ini boleh menyebabkan wujudnya salah faham di antara ibu bapa dan anak yang bergelut untuk tidak terpengaruh dan keadaan kesihatan mental yang mereka hadapi.
Rutin, ritual dan perbuatan berulang kali yang dilakukan oleh anak
Ibu bapa lebih arif berkaitan dengan perubahan yang berlaku pada anak mereka sendiri. Salah satu daripada gejala lazim bagi kanak-kanak yang menghidap OCD adalah perbuatan berulang kali yang menjadi rutin bagi mereka.
Mereka seringkali berasa tertekan sekiranya rutin tersebut tidak dibuat pada satu masa. Sebagai contoh, ada kanak-kanak yang suka untuk memeriksa setiap barangan elektrik di dalam rumah sebelum mereka tidur.
Mereka perlu memastikan setiap daripadanya sudah ditutup. Apa jadi sekiranya mereka terlepas 1 atau 2 barangan elektrik? Mereka akan mengulang semula rutin tersebut sebelum tidur.
Ada juga anak yang mungkin tidak suka menyentuh benda kotor. Ia boleh disifatkan sebagai anak yang tidak mahu mengikat kasut sendiri, tidak suka menyentuh bahagian badan yang dianggap kotor seperti kemaluan walaupun ketika mandi dan sebagainya.
Mereka akan membasuh tangan berulang kali sekiranya perkara tersebut berlaku.
Marah sekiranya rutin mereka terganggu
Memang normal bagi kanak-kanak yang menyentuh benda kotor untuk membasuh tangan mereka selepas itu. Namun, jika perkara tersebut berlaku berulang kali dan mereka membasuh tangan lebih lama daripada yang biasa, ia boleh menjadi petanda awal OCD.
Lagi petanda OCD ialah mereka akan rasa marah, sedih dan tertekan jika rutin yang selalu dibuat tidak terlaksana. Ini bukan satu petanda tingkah laku normal.
Elemen obsesif yang tidak terkawal menyebabkan masalah tingkah laku. Sukar untuk kita ketahui apakah elemen obsesif yang bermain di fikiran anak-anak. Oleh sebab itulah komunikasi di antara ibu bapa dan anak penting bagi membantu mereka mengenal pasti faktor obsesi yang dialami.
Kanak-kanak yang menghidap OCD kebiasaannya malu dengan tindak kompulsif mereka sendiri. Ibu bapa perlu tahu bagaimana cara untuk mendorong si anak meluahkan isi hati mereka sendiri.
Jika ia tidak diuruskan dengan baik, perkara ini boleh menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku. Mereka mudah mengamuk dan lebih suka mengasingkan diri memandangkan tiada siapa yang faham masalah mereka.
Mak ayah, ambil perhatian
Kunci kepada diagnosis dan rawatan oleh doktor bergantung kepada ibu bapa. Anda perlu ambil tahu setiap perkara yang berlaku dalam hidup anak anda. Sekiranya mereka mempunyai satu bentuk obsesi atau ketakutan, anda perlu tahu cara untuk menggalakkan komunikasi dengan anak. OCD bukanlah satu masalah kesihatan yang boleh diambil mudah memandangkan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan komplikasi mental yang lebih serius.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!