Kadang-kadang waktu PKP ni buntu betul apa nak masak kan. Ada waktu nak keluar beli sarapan pun malas. So ini idea untuk yang nak sediakan sarapan yang cepat, sihat dan berkhasiat. Tak payah nak tumis tumis bagai. Main campak campak je.
Menu ni sejenis clear sup, ala-ala Chinese style. Walaupun simple tapi sup ni sangat sedap dan beraroma. Bahan yang wajib ada serbuk lada putih dan minyak bijan.
Aroma serbuk lada putih dan minyak bijan tu kombinasi yang ngam betul. Nak pedas boleh makan dengan cili padi kicap atau kalau rajin boleh buat sos cili ala johnys.
Sup ni sesuai makan dengan kuey teow, mee hoon ataupun shabu shabu noodles. Terpulang pada citarasa masing-masing.
CLEAR SEAFOOD & VEGE SOUP
Bahan:
5 – 7 ulas bawang putih (cincang halus)
White Fish Ball
Seafood Tofu
Filament Crab Stick
Inoki Mushroom
Sawi Bak Choy
Serbuk lada putih
Mushroom Seasoning Love Earth Organic
Garam secukup rasa
Minyak bijan
Air secukupnya
1. Panaskan air dan masukkan bawang putih yang dicincang.
2. Dah mendidih masukkan fish ball, seafood Tofu dan inoki mushroom.
3. Kemudian boleh perasakan dengan garam, mushroom seasoning dan minyak bijan.
4. Akhir sekali baru masukkan bak choy dan filament crab stick.
5. Didihkan dan tutup api.
6. Siap untuk di makan.
Kredit resipi: Marina Ismail
Resipi menarik: Mee Sup Ala Thai Viral, Tak Guna Rempah Sup Pun Tapi Rasa Cukup Power/
Resipi Sup Kepala Ikan Terlajak Sedap, Ada Tip Nak Hilangkan Bau Hanyir, Memang Power
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI