“Ringkas Tapi Cantik” Anak-Anak Berebut Namakan Adik Baru, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Nama Anak Ketujuh!

Share

Tahniah diucapkan buat Angkawasan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya Dr Halina yang selamat menyambut kelahiran bayi ketujuh mereka semalam.

Menerusi beberapa perkongsian Dr Sheikh Muszaphar, anak ketujuh mereka yang merupakan seorang bayi lelaki itu dilahirkan melalui pembedahan dengan berat 2.98kg.

Sembilan bulan menanti kelahiran anak ketujuhnya, Dr Sheikh Muszaphar dilihat cukup teruja dan bahagia kala bertemu dengan buah hati terbarunya.

Menerusi entri terbarunya, bapa penyayang ini turut berkongsi nama yang cukup indah buat putera mereka.

“Sheikh Muhammad. Nama yang dipilih. Demi cinta pada Nabi kita yang terakhir.

“Tapi anak-anak mahu beberapa nama lain. Noah mahu Ibrahim. Tasha suka Isaac. Adam nak Adam Junior.

“Eusoff & Emelia tak kisah apa-apa nama. Hanya Bella yang setuju dengan nama pilihan ni. Masing-masing ada citarasa yang berbeza.

“Mari panggil dia Sheikh kecil buat masa ini,” kongsinya lagi.

Semalam Dr Sheikh mengumumkan kelahiran bayi comel mereka yang dilahirkan di sebuah hospital di Damansara.

“Bayi lelaki, lahir hari ini, 12 Julai 2023, berat 2.98 kg, panjang bayi 51 cm dan berambut lebat.

“Ibu dan bayi dalam keadaan baik, sedang menyusu. Alhamdulillah, syukur sangat.

“Terima kasih semua atas doa,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

Terdahulu, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina turut mempunyai dua pasangan kembar, Adam dan Noah serta Emelia dan Eusoff.

 

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM