Anak lelaki cenderung suka main masak-masak mungkin menimbulkan kerisauan di hati ibu ayah. Bimbang ia akan mempengaruhi pembentukan karakter menjadi lembut dan sebagainya. 5 tip yang dikongsikan pakar pendidikan awal kanak-kanak ini boleh digunakan.

Banyak kita mendengar keluhan mama papa tentang anak lelaki yang suka bermain dengan permainan anak perempuan. “Anak lelaki saya suka permainan perempuan seperti teddy bear dan masak-masak. Bagaimana hendak atasi tingkah laku ini?”

Menurut Dr. Bustam Kamri, Dekan di Sekolah Sains Sosial, International College Of Yayasan Melaka, memang selalunya ibu bapa amat khuatir apabila anak lelakinya bermain beruang dan masak-masak. Jika dilihat secara positif hal mainan tidak menjadi masalah kerana orang dewasa yang membuat klasifikasi pengkhususan jantina permainan itu sendiri.

Risau Anak Lelaki Suka Main Masak-Masak? Jangan Sekat! Pakar Early Childhood Kongsi 5 Tips Ibu Ayah Boleh Buat

TANGGAPAN PENENTUAN MAINAN BERDASARKAN JANTINA PERLU DIUBAH

Masa telah berubah dan tanggapan penentuan permainan mengikut jantina perlu diubah. Secara professional tugas memasak bukan lagi kerjaya yang dimonopoli oleh golongan wanita sebaliknya ‘chef’ (tukang masak) yang terkenal terdiri daripada orang lelaki terutama di hotel-hotel dan restoran-restoran.

Dr Bustam juga turut berkongsi beberapa tips dan info yang boleh ibu bapa lakukan;

#1. PELBAGAIKAN JENIS PERMAINAN DI RUMAH

IKLAN

Begitu juga dengan reka cipta alat mainan itu sendiri. Ibu bapa tidak boleh menyekat minat kanak-kanak untuk bermain. Sebaliknya perlu mempelbagaikan jenis permainan di rumah. Perlu diingat bahawa main adalah suatu proses pembelajaran bagi kanak-kanak.

Menerusi main mereka meneroka sesuatu dengan bereksperimen. Bermain masak-masak adalah meniru kehidupan seharian orang dewasa. Manakala bermain dengan beruang adalah imaginasi untuk berkomunikasi dan berimaginasi menerusi fantasi.

Risau Anak Lelaki Suka Main Masak-Masak? Jangan Sekat! Pakar Early Childhood Kongsi 5 Tips Ibu Ayah Boleh Buat

#2. LIBATKAN DIRI DENGAN KETIKA ANAK BERMAIN

Selalunya ibu bapa sebagai pemerhati semasa anak-anaknya bermain dan jarang sekali melibatkan diri bersama anak-anak untuk bermain. Cuba dekati anak walaupun bermain dengan beruang cuba padankan dengan haiwan yang lain. Ajak anak berkomunikasi dengan menggunakan haiwan-haiwan yang sedia ada di sekelilingnya.

IKLAN

Jadikan aktiviti bermain dengan beruang sebagai cetusan galakkan membaca. Ibu bapa hendaklah membacakan buku berkaitan dengan beruang. Terdapat banyak cerita tentang beruang yang boleh mendorong minat kanak-kanak untuk meneroka imaginasi lebih jauh tentang kegagahan dan kepahlawanan.

Risau Anak Lelaki Suka Main Masak-Masak? Jangan Sekat! Pakar Early Childhood Kongsi 5 Tips Ibu Ayah Boleh Buat

#3. BERCAKAP DENGAN ANAK  BERKAITAN MAKANAN/ INDUSTRI

Begitu juga halnya main masak-masak boleh menyemaikan minat ke arah kerjaya dengan menunjukkan kejayaan ‘chef’ lelaki yang terkenal.

IKLAN

Dapatkan gambar dan cerita-cerita tentang ‘chef’ di pelbagai lapangan seperti di hotel, restoran dan sebagainya. Kembangkan perbualan anda dengan penyelidikan pemakanan dan hal-hal yang melibatkan industri dan pertanian.

#4. DORONG ANAK LELAKI MENERIMA RISIKO 

Ajar anak-anak lelaki dengan menunjukkan cara melakukan sesuatu perkara bukan sekadar melihat apa yang dilakukannya. Dorong kanak-kanak lelaki untuk menerima risiko. Bukan sahaja risiko pada fizikal tetapi mental dan emosi.

Contohnya bermula main masak-masak, kanak-kanak boleh didorong menerusi perbincangan perkara yang diperlukan untuk masakan. Sayur-sayuran diperlukan dan ibu bapa hendaklah mengajar cara menanam sayur-sayuran atau membawa kanak-kanak ke ladang ternakan.

Risau Anak Lelaki Suka Main Masak-Masak? Jangan Sekat! Pakar Early Childhood Kongsi 5 Tips Ibu Ayah Boleh Buat

#5. BERIKAN BIMBINGAN SUPAYA ANAK FAHAM PERSEKITARAN

Semuanya terpulang kepada ibu bapa untuk mengarahkan kanak-kanak kepada yang lebih positif. Jangan biarkan kanak-kanak bermain sendirian tanpa didampingi oleh ibu bapa. Kanak-kanak perlu mendapat perhatian dan bimbingan biar pun hanya sekadar aktiviti bermain, sebenarnya merupakan titik permulaan kanak-kanak belajar memahami tentang persekitarannya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI