Risau Anak Main Luar Rumah, Ini Perkara Mama Perlu Buat Untuk Lindungi Mereka!

Share

Kalau asyik duduk di rumah, anak-anak akan menjadi mudah bosan. Biarpun mungkin ada aktiviti yang boleh dilakukan, tetapi jika asyik terperap saja akan membuatkan anak menjadi stres. Sesekali, ada baiknya untuk bawa anak bermain di luar rumah kerana ia akan merangsang tumbesaran serta sangat membantu perkembangan sensori mereka.

Memang risau sikit nak bawa anak keluar rumah dalam keadaan sekarang, tetapi dengan mengambil kira soal SOP serta sentiasa berjaga-jaga, tiada masalah untuk mereka diberikan ruang bermain di luar rumah. Tahukah mama papa, terlalu kerap di rumah akan mendedahkan anak-anak kepada gajet? Ia juga boleh menyebabkan masalah obesiti!

Kenapa Bagus Main Luar Rumah?

Ada banyak kebaikan apabila kita mama papa bawa anak-anak bermain di luar rumah. Bukan saja-saja keluar peluh dan elak stres saja, tapi banyak faktor lain yang perlu mama papa tahu supaya anda juga teruja nak bawa mereka bermain di luar rumah!

Sumber foto: www.shutterstock.com
  1. Daya penglihatan semakin bagus

Dikatakan apabila anak bermain di luar rumah, ia dapat membantu tahap penglihatan yang lebih baik. Mungkin disebabkan cahaya luar lebih terang, jadi ia membantu untuk buat penglihatan anak semakin tajam.

  1. Sistem imun jadi kuat

Bila nak bawa anak bermain di luar ni, biasanya mama papa tak suka sebab menyebabkan kekotoran dan kita risau anak akan sakit kan? Namun sebenarnya bermain tanah dan sebagainya dapat membantu menguatkan sistem imuniti anak.

Sumber foto: www.shutterstock.com
  1. Elak obesiti

Ada juga penemuan dari kajian yang menunjukkan apabila kanak-kanak bermain aktif di luar rumah dapat mengelakkan masalah obesiti. Ia juga dapat memperbaiki tahap kolesterol serta tekanan darah.

  1. Bonding time terbaik

Melakukan aktiviti di luar rumah akan menggalakkan mama papa untuk memberi perhatian penuh kepada anak-anak. Ketika bermain bersama, ia dapat menguatkan bonding keluarga malahan membantu mengembangkan kemahiran sosial anak.

Jangan Risau, Kesihatan Anak Terpeliharan Dengan ‘Senjata’ Ini

Mama papa tak mahu anak bermain di luar rumah kerana risau anak bermain kotor dan menyebabkan mereka jatuh sakit. Tak perlu khuatir, Johnson’s ® Baby kan ada?

Apabila bermain, si manja mungkin akan merasa kurang selesa kerana berpeluh. Kulit akan melekit dan gatal-gatal membuatkan anak hilang mood untuk bergerak aktif. Ketika anak bermain, ayuh kita berikan mereka perlindungan!

Untuk pastikan si manja sentiasa segar dan bersih, mandikan anak dengan Johnson’s® Active Fresh Bath yang akan membersihkan 99.9% kuman secara lembut pada kulit *seperti yang dapat dilihat melalui ujian anti-microbial dengan e-coli

Gunakan Johnson’s® Active Fresh Shampoo dengan teknologi anti-statik yang menghalang kekotoran dan habuk melekat pada rambut dan memberi rasa segar berpanjangan pada si manja.

Diformulasikan dengan teknologi PlayProtect, Johnson’s® Bath and Shampoo mengandungi bahan semula jadi yang membersihkan 99.9% kuman tanpa merengsakan kulit si manja. Produk ini juga menggunakan Active Fresh Technology yang telah diuji dan terbukti kekal harum sehingga 12 jam!

Berita baik untuk mama papa! Inilah masanya untuk mama papa kongsikan detik indah bermain di luar bersamasi manja menggunakan menggunakan filter AR Johnson’s Playdays x Didi & Friends untuk memenangi hadiah istimewa bernilai RM50,000!

Untuk join peraduan ini, klik SINI atau https://www.instagram.com/ar/2349859221980342/

Kongsikan berita baik ini bersama ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain juga okay!

**Sumber foto: www.shutterstock.com

 

 

 

 

 

Published by
Emy H