Risau Anak Main Tombol Pintu & Terkunci Dari Dalam, Buat 2 Cara Ini Selesai Masalah

Share

Bila ada anak kecil, memang perlu sentiasa beringat. Tambah lagi anak yang dah dapat kaki, tengah seronok nak ‘explore’ buat macam-macam dalam rumah. Salah satu yang jadi perhatian anak adalah tombol pintu.

Jika tiba-tiba insiden terkunci dari dalam melibatkan anak seorang diri pasti akan cemas. Waktu kecemasan begini, yang terlintas di fikiran pastinya nak pecahkan ataupun umpil pintu, tak kisahlah pintu rosak sekali pun, janji semua selamat. Kita yang dewasa pun risau apatah lagi anak yang tak tahu apa-apa.

Namun, tahukah anda sebenarnya tombol pintu mempunyai 2 ‘mode settings’ iaitu normal dan sentiasa kunci seperti yang dikongsikan oleh Rusyaidi Husni Abdul Latib. Dia menyatakan setting ini kebanyakan ada pada tombol pintu yang ada punat kunci.

CARA ATASI TOMBOL PINTU YANG SELALU TERKUNCI

Tombol pintu sentiasa terkunci?

Pernahkah anda alami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu “tersekat” di dalam, dan perlu sentiasa dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walaupun sesudah dibuka, ia akan terus terkunci bila pintu ditutup.

ADA 2 ‘SETTINGS’ PADA TOMBOL PINTU

Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada tombol pintu ada 2 settings:

1. Keadaan sentiasa kunci, dan

2. Keadaan normal.

CARA UNTUK MENUKAR MODE TOMBOL PINTU KEPADA NORMAL

1. Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari dan memutarkan punat kunci.

2. Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa kunci.

 SETTINGS INI HANYA BOLEH DIGUNAKAN PADA TOMBOL PINTU YANG ADA PUNAT KUNCI

Settings ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci. Kadang-kadang, sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu berada dalam keadaan sentiasa kunci.

Kalau info ini bermanfaat untuk anda, sila kongsikan. Harap maklumat ini tidak disalahguna.

Semoga manfaat!

Sumber: Sirap limau via Facebook Rusyaidi Husni Abdul Latib

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Published by
Wan Amy