Risau Anak Menangis, Ibu Beri Hadiah & Nota Comel Pada Penumpang Flight

Share

Pertama kali nak bawa bayi menaiki kapal terbang bukan sesuatu yang mudah. Pengalaman baharu ni kadang-kadang buat si manja jadi cemas dan mulalah meragam. Sesetengah bayi akan menangis tanpa henti kerana persekitaran yang mereka tak biasa.

Artikel Menarik: [Hari-Hari Bertambah Sayang! Amal Doa Kekal Romantis Suami Isteri Paling Mudah]

Keadaan dalam pesawat pun menjadi faktor kenapa anak jadi tak selesa. Dalam flight, kita berada dalam ruangan yang sempit. Kadang-kadang rasa sukar nak bernafas. Tak boleh tengok keadaan di luar. Dengan wajah-wajah orang yang tak dikenali, memang buat anak jadi takut.

Bercerita tentang pengalaman pertama bawa anak menaiki kapal terbang, seorang ibu mengambil inisiatif untuk memberikan cenderahati kepada lebih 200 orang penumpang dalam pesawat tersebut.

Risau anaknya merengek dan membuat bising, ibu tersebut memberikan bungkusan plastik berisi gula-gula, chewing gum serta penyumbat telinga. Terdapat juga satu nota pendek yang memberitahu tentang situasi anak kecilnya.

Artikel Menarik: [Anak Banyak Kahak, Berhingus. Biasakan Makan Buah & Sayur Jenis Ni, Lagi Cepat Ok!]

“Hello, nama saya Jun Woo. Saya berusia 4 bulan. Ini adalah penerbangan pertama saya ke Amerika. Saya bersama ibu dan nenek. Saya sedikit gugup dan takut. Ini kali pertama, jadi perasaan ini normal. Saya risau saya akan menangis dan buat anda semua rasa terganggu. Saya cuba bertenang tapi saya tak janji takkan menangis. Sila gunakan jika tangisan saya terlalu kuat. Nikmati perjalanan anda..”

Bukan mudah nak bawa bayi berusia empat bulan menaiki pesawat dalam satu tempoh masa sehingga 10 jam. Perjalanan dari Korea Selatan ke Amerika Syarikat tidaklah dekat. Bagus usaha ibu ini dan semoga mereka selamat tiba ke destinasi.

Tahniah juga kepada penumpang-penumpang lain kerana memahami situasi ibu dan anak ini!

Sumber: Dunia Resipi

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
Emy H