
Risau anak sulung cemburu dengan kehadiran adik baru? Bagaimanapun, bagi ibu bapa, kehadiran anak kedua atau anggota keluarga baru tentunya dapat mewujudkan suasana ceria dalam keluarga anda. Namun, perkara ini tidak semestinya dirasakan oleh anak pertama. Kenapa hal ini berlaku?
Anak sulung mungkin rasa perhatian anda sudah makin berkurang dengan kehadiran orang baru hingga menimbulkan rasa cemburu pada adik. Ibu perlu bertenang dan jangan cepat nak marah. Mungkin sebelum ini perhatian anda padanya sahaja.
Keadaan ini boleh diatasi. Cuma ia mengambil masa sedikit untuk anak sulung menyesuaikan diri dengan kehadiran adiknya. Berikut beberapa tip yang boleh dilakukan untuk mengawal sikap anak anda terhadap kehadiran orang baru dalam keluarga.
1) Perkenalkan kehadiran adiknya seawal mungkin
Ketika anda disahkan hamil, beritahu khabar gembira ini kepada anak sulung seawal mungkin. Biarpun anak masih belum faham tetapi apabila selalu diulang lama-kelamaan dia akan faham.
Sebolehnya anda mula menukar panggilan kepada abang atau kakak dan tunjukkan perkembangan perut anda yang semakin membesar setiap hari. Ajar anak untuk menyayangi adik walaupun masih dalam perut dan boleh ajak dia bercakap dengan bayi. Minta anak mencium perut anda setiap kali ada pergerakan bayi dalam perut agar dia akan rasa seronok.
2) Ajak untuk sama menguruskan adik
Apabila anda dah selamat melahirkan anak kedua, ajaklah anak sulung untuk sama-sama menguruskan adik. Maksudnya ketika anda ingin menukar baju atau memakaikan lampin ajak anak untuk melakukan bersama. Walaupun hanya menghulur baju tetapi ia sudah cukup rasa dihargai. Sekurangnya anda tidak meminggirkannya.
Dalam masa yang sama dia akan rasa sayang apabila melihat gelagat si adik dan baharulah timbul perasaan untuk melindungi adik dari orang luar.
3) Beri penjelasan
Selain mengajak anak untuk mengurus adiknya, ibu boleh melibatkan anak sulung dalam pengurusan bayi. Mula dengan topik yang mudah seperti “kalau adik nangis dia nak apa?” Anda boleh bertanya kepada anak dan biar dia menjawab. Mungkin jawapan anak anda betul dan pujilah supaya dia rasa dihargai. Anda boleh beritahu “adik nangis nak susu, nanti ibu bagi”.
Secara automatik apabila si adik menangis, kakak atau abang akan prihatin dan memanggil ibu apabila berada agak jauh dari bayi. Cuma kalau boleh pantau sekali-sekala takut mereka akan bertindak lebih cepat dari kita.
Ketika si kakak atau abang mengekspresikan kecemburuannya
Walaupun kita dah beritahu awal kepada anak sulung mengenai kehadiran adik, akan ada masanya mereka akan rasa kekurangan perhatian kedua ibu bapanya dan mula akan menunjukkan perangai.
Ketika anak sulung mula mencari perhatian seperti merengek atau mahu memukul adik, jangan sampai anda suami isteri mengatakan bahawa anak sulung anda nakal. Memberi tanggapan negatif tentu anak akan mahu memberontak dan perangainya makin menjadi-jadi.
Memang tidak mudah untuk memberikan perhatian yang sama pada kedua anak, tapi anda harus tetap berhati-hati. Minta bantuan suami untuk menguruskan jika anda rasa tidak mampu dan sentiasa berikan pemahaman sebaik mungkin agar anak tidak rasa semakin cemburu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Bercuti 14 Hari Di New Zealand Bersama Anak Kecil Dengan ‘Motorhome’ Sesuai Cuti-Cuti Bersama Keluarga Cara Jimat

Seronoknya lihat keluarga ni bercuti selama 14 hari di New Zealand bersama anak-anak dengan menggunakan ‘Motorhome’ dan sungguh jimat. Apa lagi, tidak lama lagi cuti sekolah, selain cuti-cuti dalam negara, apa kata melancong ke luar negara.
Jika ada anak-anak masih kecil tak perlu risau, tentu ada pelbagai persediaan yang perlu tahu. Perkongsian pasangan suami isteri ini yang melancong ke New Zealand selama 14 hari bersama dua anak kecilnya boleh dijadikan panduan. Jom ikuti perkongsian di laman Facebook SomethingBorrowed byNawal ketika percutiannya pada awal tahun lepas. Gunakan kod promo ini untuk harga yang istimewa.
Nak share 14 Days DIY trip ke New Zealand 22 March hingga 4 April 2017 bersama suami dan 2 anak kecil kami iaitu 7 hari di North dan 7 hari di South. Total drive almost 4000km. Di North sewa kereta & di South sewa motorhome. Untuk motorhome, kami amik package relocation so kene drive dari North ke South.
Tip bercuti bersama anak di New Zealand
- Sampai di Auckland airport, boleh cari booth information. Dekat situ bole call free je “car rental provider” untuk arrangekan shuttle. Kalau stay kat hotel pulak, cuba try cari hotel yg bagi servis free shuttle. Jimat duit untuk transport. Taxi die mahal. Masa dekat Christchurch, naik taxi ke airport dlm 10 min drive kena charge NZD25/RM80.
- Drive ikut had laju. Wajib. tu pesanan driver yg amik kiteorg dari airport. Kereta max speed 100km/hr and motorhome 90km/hr.
3. Masa nak amik kereta, make sure amik gambar kereta luar & dalam. In case dieorg tak perasan, kita ada bukti. Masa nak amik kereta pulak sgt senang procedure sbb kiteorg sampai after office hour.So deal dengan 3rd party. Call and naik free shuttle ke hotel tempat dieorg letak kereta. Isi and sign borang, terus dapat kunci.
4. Sila bagi laluan dekat kereta belakang kalau line dh panjang. Ni tips dr kawan2 yg lain..dieorg mmg particular bab ni.
5. Bila check in holiday park/hotel make sure tanya dieorg dulu apa attraction yang ada sbb dieorg boleh bg discount. Dapat 10%-20% pon dah jimat banyak dah.
- Kebanyakan holiday park tutup pukul 9mlm. So better arrange time untuk sampai before tu. kalau naik motorhome, x perlu book sebulan awal pon…just walk in or book hari yg sama…kalau naik kereta and nak sewa motel/air bnb tu better book awal2 sbb boleh dapat murah. Cthnya sy book motel 2 bulan awal, dapat NZD65/RM208, tapi, atas kecuaian sendiri, booking tu tercancel sbb debit card tu x valid (debit card lama). Sy pulak tak perasan email yg dieorg hantar. So nak book balik motel yg sama dh jadi NZD148/RM474. Ralat sangat..
- Kalau ada anak kecik, better bawak carrier dari stroller. Attraction kat sini tak berapa nak stroller friendly. Cthnya termal wonderland tu. Jalan berbatu batu and mendaki. Kiri kanan pulak air panas..bahaya…Kalau nak naik gondola pon sama, gondola kecik boleh muat 4 org je..so tak tau la kalau bawak stroller mcm mana. maybe kene tinggal kat bawah..
- Kids Carrier backpack ni boleh free check in. Masa pergi NZ naik Air Asia, kiteorg mmg beli baggage so tak tanya. Dari Christchurch ke Auckland, kiteorg naik Air New Zealand. Nasib baik tanya. Rupanya memang dieorg bagi free check in untuk kids carrier, car seat & stroller. So masa nak balik Malaysia, kiteorg tanya staff Air Asia di Auckland , die kata x sure tapi die baik hati tlg check in kan for free. Dia consider as stroller.
- Drive kat NZ mmg kene selalu allow extra time. Sebab jalan die berbukit bukau. tak boleh nak ikut sgt timing based on google map/distance calculator.
- Minyak make sure bila half je terus isi. Jangan amik risiko tunggu minyak tinggal 1 bar baru isi. Harga minyak pulak berbeza beza..Better isi kat kawasan pedalaman sket lebih murah berbanding town yang besar. Dekat sana dieorg based on trust. Isi minyak dulu, baru bayar.
- Bila drive kat south, kene slalu berhati2 dengan “Brige 1 lane”. Make sure slow/berhenti dulu bila nampak bridge, walaupon tu jalan kita. Kalau bukan kita, org lain yang buat silap.
- Kene sentiasa alert dengan signboard especially dekat south. Banyak kali jumpa kereta bertentangan bg lampu dan tulis signboad “Wide load ahead/Oversize load”. Bila bawak motorhome mmg sah2 tak muat nak lalu so kene berhenti.
- Car charger sangat membantu. kiteorg dapat pinjam free skali dengan package GPS.
- Masa nak amik motorhome, kiteorg amik package GPS+Wifi NZD15/RM48 per day sebab kiteorg tak beli simcard. so senang dapat internet all the time except kawasan yg mmg out of coverage.
- Kalau travel dengan anak2, siap2 la download movie cartoon semua. Boleh pakai usb kat TV dalam motorhome. Boleh bukak tv sepanjang jalan. Dieorg pon tak la boring sebab most of the time duduk dalam kereta je.
- Jalan yang paling mencabar ialah jalan ke Milford Sound. tapi alhamdulillah ok je bawak motorhome ke sana as long as ikut limit die.
- Kalau nak book ferry/flight, pilihlah yg ada pilihan easy change. Senang tak terikat dengan masa..boleh tukar anytime..Macam kiteorg sepatutnya naik ferry pukul 1.30ptg, tp tukar ke 9pagi free sahaja.
- Bookme.co.nz memang sangat membantu untuk dapat tiket attraction dengan harga yg murah. Tapi one thing yg tak best ialah terikat dengan masa. So kiteorg beli semua ticket direct kat kaunter je. Walaupon mahal sket, at least tak la terkejar2 nak drive.
- Bawak usb multiple port better dr extension. Senang nak charge skali banyak2. tak perlu bawak semua kepala cable.
- Bila bawak anak2 travel, make sure kene sentiasa ada makanan. dieorg ni cepat lapar. beli roti/buah2/biskut2. Air mineral dekat supermarket murah. Avoid beli dekat kedai2 luar sbb satu mineral water around NZD4/13.
- Ubat-ubatan sangat penting. Jangan lupa bawak and jangan lupa declare masa sampai airport. Bawak nose frida kalau ada baby. senang nak sedut hingus kalau selsema..Dan sila amik travel insurans. Yang ni sangat penting in case jadi apa2. Nauzubillahiminzalik. Travel insurans tak la mahal sgt. dalam RM100++ untuk kami sekeluarga
- Check cuaca setiap hari. Cuaca kat sana selalu berubah ubah. Untuk anak2, better bawak payung/raincot/waterproof hooded jacket.
- Bila jumpa satu supermarket yang ada jual daging/ayam halal, beli je trus byk2 buat stock. tak semua tempat ada jual daging halal. Kiteorg beli stock dekat Auckland bawak all the way to South.
- Bila book powered campsite untuk motorhome, jangan lupa request nak dekat dengan playground/toilet. Tu je hiburan untuk anak2 kecik, Dekat south tak banyak attraction untuk kids, so nak happykan dieorg, playground la jawabnya..kebanyakkan top 10 holiday park ada yg jumping pillow. All time fav budak2 ni.
- Kalau amik motorhome, make sure dump waste & top up air setiap hari sebelum start perjalanan. Takde la risau air x cukup or toilet penuh. Toilet dalam motorhome memang sgt2 membantu dan menyenangkan perjalanan kami. Nak bersihkan pon senang je tak geli pon sbb dah letak chemical yg larutkan najis. so bila buang, keluar air warna biru je.
- Untuk motorhome, sila download Apps campermate. Sangat membantu untuk cari campsite/dump station etc. Sometimes ada promo campsite 30-40% untuk apps user within 100km
- Bawak selipar. senang sangat nak ke toilet/amik wuduk.
- Kalau nak jimat duit, cari freedom camping. max boleh 2 hari free, 1 hari bayar sebab motorhome ni boleh tahan 48jam tanpa charge elektrik, Banyak je tempat yg boleh freedom camping (untuk self contained vehicle yg ada toilet). ataupon kalau x jumpa freedom camping, boleh check in campsite tapi amik yg unpowered site lg jimat dan boleh pakai semua facilities yg ada jugak.
- Bawak powerbank 2,3 unit. membantu bila freedom camping sbb xde elektrik. So nak charge hp boleh pakai power bank je, Make sure bila check in dekat powered campsite, charge semua gadget..
- . Bawak spec mata. cahaya matahari kat sana sangat silau. Memang susah nak drive kalau tak pakai spec.
- Dekat sana banyak Asian market, Boleh cari rempah ratus kat sana, Kalau suka pedas, boleh cuba bawak cili padi dr Malaysia. x pasti lepas ke tak tapi cili kat sana sgt mahal! 4 biji je NZD6
- Kalau nampak signboard yg tulis scenic view/look out point, sila berhenti. mmg view die SubhanaAllah.. Cantik sangat! Summary: – Kalau ada peluang ke sana lagi, will definitely go to south and sewa motorhome. Senang bila ada anak yang nak ke toilet atau lapar. boleh terus masak anytime je.
Mudah guna motohome bila bercuti bersama anak-anak
Untuk ada anak kecik, bonus point. My daughter kadang sampai 4 kali sehari pegi toilet. kalau die nak ke toilet tu mmg dan dan tu jugak la. so bila drive kereta mmg kene sentiasa tanya and behenti ke toilet. + Masa bawak kereta, bangun pagi kene buat bekal makanan siap2 untuk lunch and snack. Bila bawal motorhome, behenti je mana2 rest area untuk masak & picnic + Boleh drive ikut waktu kita. If let say terlambat sbb byk behenti, drive je sampai mana yg termampu. then cari freedom camping tido. Tak terikat dengan office hour campsite + Ada Tv. Anak2 enjoy tgk tv sepanjang perjalanan. Kalau bawak kereta, dieorg tgk hp. Tapi hp ni limited sket la sbb xleh download movie byk2. + Bila anak crancky, boleh bukak fridge makan ice cream sambil jalan. Jimat masa CONS + Nak mandi kene cari campsite. Sbb Water tank tu tak la byk sgt. kalau mandi kerbau boleh la.. + Size besar so agak ssh nak cari parking. Tapi parking tetap ada cuma kene cari jauh sket..kalau pegi supermarket, cari parking lot yg depan belakang kosong. so amik 2 lot tuk parking + Hari hari kene buat dumping & isi air..amik masa 1/2 jam jugak untuk buat tu. Tapi bila dah get used to it, dah x rasa beban pon So far, memang puas hati sgt sewa motorhome ni. Kalau nak rasa pengalaman baru, sila la cuba…Satu kepuasan bila dapat bawak tu..
Ps: Masa booking motorhome, sila request nak auto/manual.. dieorg tak boleh janji bg apa yg kita nak, tapi dieorg akan buat remark and cuba tunaikan. Macam sy mmg x reti drive manual, berdoa sangat sangat supaya dapat auto. Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan di sana.
Menariknya percutiannya cara ini. Memang bagus panduan yang berdasarkan pengalaman yang dikongsi oleh pasangan suami isteri ini. Semoga bermanfaat untuk ibu ayah yang merancang bercuti ke luar negara.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Waktu Usia Berapa Anak Boleh Dikategorikan Lambat Bercakap. Ini Jawapan Dari Pakar

Ibu mana yang tidak risau bila lihat anak kawan-kawan semua sudah mula pandai bercakap dan anak sendiri masih tidak boleh bertutur walaupun seusia. Bagi ibu yang mengalami situasi ini pastinya bingung.
Ada yang mungkin memberi pandangan supaya tunggu sahaja. Lama-kelamaan anak pasti akan dapat bercakap dengan sendiri. Tentu ada juga yang mengesyorkan supaya bertemu dengan pakar. Namun apa yang sebenarnya yang patut mama lakukan. Ini jawapan daripada Pakar Pediatrik, Dr Mohamed Nazir Abu Bakar.
Pada umur tiga tahun, kanak-kanak seharusnya boleh bercakap dengan menggunakan sekurang kurangnya tiga hingga lima perkataan, boleh mengenali bahagian tubuh badan, boleh sebut nama sendiri dan boleh berinteraksi dengan dewasa.
Antara tanda-tanda masalah pertuturan ialah seperti tiada reaksi jika dipanggil dan kurang berinteraksi dengan kanak-kanak lain serta tidak gemar aktiviti menulis dan melukis. Deria pendengaran adalah amat penting dalam proses perkembangan pertuturan kanak-kanak.
Jika wujud sebarang keraguan adalah mustahak untuk kanak-kanak itu diperiksa oleh pakar. Jika terdapat sebarang masalah, ia dapat dikesan pada peringkat awal. Jadi, rawatan awal juga boleh dilaksanakan dengan kadar segera. Hal ini penting untuk kebaikan jangka masa panjang.
Berikut adalah 6 cara rangsang percakapan lancar si manja anda.
1. Teruskan peniruan
Biarkan anak meniru apa yang anda ucapkan. Ini kerana dia dalam tempoh belajar bercakap dan mengumpul perbendaharaan kata. Menghalang anak meniru percakapan akan membuatkan dia hilang minat untuk menyebut perkataan yang didengarnya.
2. Berbual
Teknik mudah yang boleh dipraktikkan sejak anak lahir. Kekerapan ibu ayah melayan anak berbual membuatkannya cepat bertutur. Dalam masa yang sama, dedahkan anak dengan penggunaan bahasa asing seperti bahasa Arab, Inggeris dan Mandarin.
3. Ajar sebutan betul
Elakkan daripada mengajar anak anda bercakap pelat. Ajar dia bercakap dengan cara sebutan yang betul.
4. Kata-kata negatif
Pendedahan kepada pelbagai bahasa negatif daripada persekitaran seperti orang sekeliling, televisyen dan sebagainya boleh membuatkan si kecil pandai menuturkan kata-kata yang kurang sesuai. Nasihatkan anak anda yang tidak tahu apa yang dituturkan itu.
5. Ajar perkataan positif
Beri dorongan kepada anak untuk bercakap bahasa yang sopan. Misalnya, ajar ungkapan “terima kasih”, “minta maaf” untuk semua perbuatan yang dia atau anda lakukan. Secara tidak langsung anak tahu penggunaan perkataan itu pada situasi yang bagaimana.
6. Pengulangan
Si kecil bukan belajar bercakap dalam masa sehari sahaja. Tetapi ibu ayah perlu rajin mengulang perkataan yang sama setiap hari. Lama-kelamaan dia akan pandai bertutur dengan sendiri. Yang penting ibu ayah tidak malas melakukan rangsangan ini!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biarkan Anak Urus Diri, Bukan Sebab Mak Malas Tapi Nak Dia Belajar Terutama Anak 3 Tahun Ke Bawah!

“Biarlah saya suap anak makan, asalkan dia tak main dengan makanan dan tak bersepah” akhirnya anak tak pandai gunakan tangan untuk menyuap makanan, lebih sedih tak tahu fungsi tangan untuk menyuap makanan, memegang sudu kerana terbiasa makan bersuap. Malah hal ini berlarutan hinggalah anak berusia 6 tahun.
Membiarkan anak-anak melakukan sendiri bukan bermakna anda ibu bapa yang tidak peka terhadap anak-anak, malah anda adalah ibu bapa yang hebat kerana percaya dan memberikan peluang untuk anak meneroka kehidupan mengikut tahap usianya.

Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI