Musim nak beraya ni, ibu ayah kena lebih berjaga-jaga. Risau juga kalau anak jatuh sakit. Maklumlah, banyak berjalan dan berjumpa ramai orang mungkin mudah terdedah dengan virus yang menyebabkan anak tak sihat.
Kalau anak dah mula menunjukkan tanda-tanda seperti nak demam, batuk dan selesema bolehlah cuba buat sup ini. Rasanya manis-manis dan sesuai untuk membangkitkan selera anak.
Bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Syazalwidad Bukhri ini;
Healing Soup
Healing Soup ni juga sesuai diberi ketika baby dalam keadaan tak sihat, batuk, selsema atau sakit tekak. Ibu sakit tekak pun, ibu buat healing soup ni makan. Banyak khasiatnya.
Sesuai untuk baby 8 bulan ke atas, tapi make sure pantau ya ketika baby makan. Sedap rasa macam Lai Chi Kang.
Bahan-bahan:
Barli
Kurma merah
Kismis
Singo Pear
Madu (1y above – Optional)
Baca Juga:
Resipi Sambal Goreng Jawa, Versi Mudah Nak Masak. Buat Pagi Raya, Jadi Rebutan Satu Keluarga!
Sambal Tumbuk Tempe, Lauk Tambah Nasi. Sesuai Buat Hari-Hari Terakhir Sahur. Memang Sedap!
Cara Membuat:
1. Renehkan bahan-bahan di atas sehingga masak dan lembut.
2. Kemudian hidangkan. Mudah sangat.
Tip: Lebihan air tu boleh simpan dalam peti, jangan membazir tau!
Bila dah nampak anak macam tak sihat tu, dah boleh buatkan sup ni untuk anak. Bukan apa, sebaik-baiknya kita nak mencegah dari merawat kan?
Sekurang-kurangnya kalau dah kebah selepas minum sup ni tak perlulah berikan anak ubat. Bolehlah dicuba!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!