Demam Kuning pada bayi pasti akan merisaukan ibu bapa. Bayi yang dilahirkan secara sihat dan normal juga kadang kala boleh terkena demam kuning.
Bagaimana Demam Kuning ini boleh terjadi?
Demam kuning atau Jaundis adalah penyakit yang berlaku akibat penghasilan pigmen kuning ketika proses penguraian normal sel darah merah. Kira-kira 60 ke 70 peratus bayi yang baru lahir boleh terkena demam kuning.
Biarpun penyakit demam kuning ini nampak biasa dan kerap menyerang bayi dalam usia 1 ke 4 hari namun ia tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana mengikut kajian, penghasilan pigmen kuning jika melepasi ke satu tahap boleh menjejaskan pendengaran bayi. Malah perkembangan otak juga boleh terjejas.
Tip yang dikongsikan oleh Puan Rusmida Rusdi untuk menurunkan bacaan jaundis boleh dicuba oleh ibu-ibu yang mengalami situasi ini.
Dapat TIP ELAK KUNING makin tinggi dari nurse. Mida kongsi kan yea.
Ni untuk ibu mudah berak tak sembelit juga baby berak. Bila buang habis takde la kuning lagi.
Baby akan lebih kerap tidur sebab dia dalam keadaan demam. Kuning ni demam tau.
Ada yang mengelak untuk berjumpa nurse or doctor sebab kesian baby kena ambik darah.
Tapiii..
Nak ke nanti masa besar lahir sihat dah umur setahun semua pergerakan. lambat dari kanak-kanak lain.
Sumber: Rusmida Rusdi