Selepas melahirkan anak, ibu mula rasa bimbang dan takut-takut untuk membuang air besar. Semuanya kerana rasa khuatir untuk meneran selepas jahitan melahirkan anak.
Hal ini sepatutnya tidak berlaku dan kerana itulah ibu bersalin disarankan untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran ketika berpantang. Menjadi satu kerisauan bila mana sayur yang diambil membuatkan badan jadi ‘berangin’.
Jadi sayur apa yang boleh dimakan dan baik untuk badan? Hello Doktor kongsikan tip untuk pemilihan mama ketika berpantang.
Berikut merupakan antara sayuran yang baik untuk ibu selepas bersalin:
Kangkung
Mungkin anda pernah mendengar bahawa kangkung tidak boleh dimakan semasa berpantang kerana boleh menyebabkan badan berangin?
Namun sebenarnya, ia bergantung kepada penerimaan badan seseorang. Ini kerana reaksi tindak balas setiap individu adalah berbeza.
Ini bermakna, anda boleh makan sayur kangkung ketika berpantang. Malahan pengambilan kangkung dikatakan boleh membantu pengeluaran susu ibu dengan berkesan.
Selain itu kandungan zat besi dalam kangkung turut boleh membantu menambah kekuatan dan mencegah anemia selepas bersalin.
Ads
Bayam
Sayuran berdaun hijau seperti bayam amat bagus untuk diet selepas bersalin. Ini kerana tumbuhan ini kaya dengan vitamin A, C, E dan K serta tinggi vitamin B. Bahkan sayur bayam untuk ibu berpantang ini amat disarankan untuk dijadikan sebagai hidangan wajib ada.
Ia juga mengandungi antioksidan, serat, zat besi, magnesium, kalium dan kalsium. Bayam merupakan sayuran antiradang yang kaya dengan zat besi dan berfungsi membantu mengurangkan gula dalam darah.
Tomato
Berfungsi membantu mempercepatkan proses penyembuhan serta meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Malah tomato adalah sumber makanan utama likopena antioksidan – yang dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan, termasuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.
Di samping itu, tomato juga dapat mengurangkan tanda regangan (stretch marks) serta pigmentasi. Kandungan air yang tinggi dalam tomato bersama serat amat bagus untuk membantu mencegah sembelit – antara isu penghadaman sering dialami wanita selepas bersalin.
Ads
Lobak merah
Lobak merah yang mengandungi kalium, vitamin A, vitamin B6 dan vitamin C ini terkenal kerana kebaikannya untuk fungsi mata.
Tetapi buat ibu selepas bersalin, sayuran ini sangat sesuai dijadikan menu makanan berpantang kerana ia dipercayai membantu mengurangkan nafsu makan. Kesannya, ia membolehkan berlakunya penurunan berat badan.
Pengambilan sayuran ini juga membantu meningkatkan tahap beta-karotena ibu dan susu badan. Selain itu pendedahan rasa lobak dalam susu ibu boleh meningkatkan penerimaan lobak merah oleh si kecil apabila mereka mula mengambil makanan pejal.
Lobak juga dianggap sesuai sebagai sayur untuk ibu berpantang caesar kerana ia membantu membaiki tisu yang rosak dengan menggalakkan penghasilan kolagen.
Peria
Peria amat bagus diambil oleh wanita selepas bersalin kerana membantu memudahkan proses pengerakan usus – buang air besar – sekali gus mengurangkan risiko untuk mengalami sembelit.
Sayur ini juga berfungsi membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh. Peria juga dipercayai menyebabkan rahim mengecut lebih banyak dan ini baik untuk mengeluarkan lochia – darah nifas.
Ads
Brokoli
Seperti lobak merah, sayur ini turut menawarkan manfaat kepada kesihatan mata kerana kandungan lutein dan vitamin A.
Mempunyai kandungan serat yang tinggi, brokoli sangat bagus diambil sebagai sayur untuk ibu berpantang yang berdepan kesukaran untuk membuang air besar atau sembelit.
Kandungan kalium dan magnesium di dalam sayur ini turut berfungsi mengawal tekanan darah.
Lobak putih
Sama seperti lobak merah, lobak putih juga sebenarnya sangat bermanfaat untuk kesihatan. Selain meningkatkan sistem imun, melegakan sakit perut dan sembelit, lobak putih juga amat digalakkan untuk diambil semasa tempoh berpantang kerana ia menggalakkan penghasilan susu badan.
Kebaikan lain lobak putih ini adalah dapat mencegah masalah buah pinggang dan kencing tidak lawas.
Jadi, tidak kira apa pun sayuran yang diambil, ia sebenarnya bergantung kepada tindak balas tubuh anda. Misalnya walaupun brokoli mungkin memberikan manfaat dan bagus sebagai sayur untuk ibu berpantang tetapi sekiranya ia menyebabkan ketidakselesaan seperti perut kembung atau berangin, sebaiknya pilihlah sayuran lain.
Orang kata mendidik anak perempuan ni lain macam sedikit caranya. Mungkin emosi anak perempuan yang berlebih-lebihan ditambah pula dengan emosi ibu buat makin rasa payah.
Hakikatnya anak perempuan kita memang istimewa. Menuntut lebih perhatian dari seorang wanita bergelar ibu. Malah buat ibu-ibu makin berusaha untuk mendidik anak yang satu ni. Tak gitu?
Selain bijak mengawal emosi, makanan juga memainkan peranan untuk mendidik anak perempuan. Lebih-lebih lagi menjadikan mereka lebih bijak, cantik dan sihat. Ibu pun boleh tumpang cantik sekali. Sama-sama amalkan.
Menurut Dr Rizal Abu Bakar, pakar otak, ada beberapa makanan superfood yang baik untuk otak seorang perempuan. Ibu-ibu wajib tahu!
Kenapa perlu kelihatan tua, sakit dan otak lembab ? Apabila kita boleh nampak cantik, sihat, lentik, muda dan otak power?
Kalau kita dambakan otak power, kulit cantik dan badan lentik, kita pasti mahu ambil superfood berikut setiap hari:
1. Greek Yogurt – GY ada probiotic. Bagus untuk otak dan usus. Kurangkan risiko kanser payudara. Kandungan 448 mg kalsium, dan lebih banyak dari susu.
2. Lemak ikan – Banyakkan ikan seperti sardin dan makerel. Kalau mampu ikan salmon boleh dimasukkan dalam senarai. Ambil lemak ikan begini akan jauhkan penyakit jantung, strok, lupus, arthritis dan nyanyuk.
3. Kekacang atau beans – kacang dal, kacang kuda, kacang merah dan hitam termasuk dalam kategori ini. Isaflavone dalam kekacang ini mampu stabilkan hormon. Ia juga bantu hal berkaitan simptom PMS, Perimenapause dan Menapause. Ramai yang tanya di Fb saya, apa lagi makanan yang bagus untuk otak wanita? Jadi saya tambah lagi 4 di sini.
4- Avocado – Sarat dengan Folate, Magnesium, Potassium, protein, vitamin B6, E dan K.
Ada lebih dari 20 kebaikan. Avocado adalah lemak sihat.
5- Chikpeas (kacang kuda) – phytoestrogen, calcium, iron. Ada ‘resistant starch’ bantu bakar lemak secara semulajadi.
6- Sayuran berdaun hijau – sesuai semasa mengandung. Banyak anti oksida. Vitamin K,C,E,B.
7. Berries (blueberries, blackberries, strawberries) – kaya dengan anthrocyanidins(powerful antioksida)
Lepas baca, cari dan amalkan dalam kehidupan kita. Otak kita tanggungjawab kita.
Kredit: Dr Rizal Abu Bakar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas Rizman, kini rakan seperjuangan di bawah jenama Rizman Ruzaini yang juga sahabat baiknya, Ruzaini Jamil pula bergelar bapa selepas isterinya, Nurul Hidayati Yahya selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada Selasa lalu.
Ruzaini memaklumkan khabar gembira itu menerusi instagram miliknya. Menunggu sekian lama, akhirnya si comel pengikat kasih sayangnya dan isteri selamat dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan.
“Assalamualaikum w.b.t semua. Tarikh penting untuk saya 27/10/2020 Selasa ini…Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan khalifah kecil kami.
“Kehadiran khalifah kecil kami ini adalah lebih awal dari jangkaan namun alhmdulillah persiapan untuk menyambut beliau telah kami sediakan lebih awal,” katanya penuh rasa syukur.
Paling mengharukan, Ruzaini turut menitiskan airmata ketika pertama kali melihat dan memegang sendiri zuriat kurniaan Allah padanya. Dia bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah buatnya dan isteri.
“Dua hari sebelum kelahirannya, saya sempat mengabadikan momen isteri yang sarat dalam photoshoot yang saya akan kongsi nanti. Isteri mula mengalami contraction pada jam 12.30am tadi dan tepat jam 6.35am, lahirlah putera yang kami nantikan.
“Mendengar tangisnya, mengazankan khalifah kecil ini, dan menggenggam jari mungilnya…sungguh saya menangis. Betapa besar rezeki Allah kurniakan buat saya dan isteri.
“Walaupun kelahirannya tidak dapat dirai oleh keluarga terdekat berikutan pandemik covid-19 dan PKPB di Selangor dan Kuala Lumpur ini, Alhmdulillah Allah kurniakan doktor dan nurses yang sangat-sangat memberi sokongan moral buat saya dan isteri memandangkan kami tiada pengalaman. Terima kasih buat Dr. Noor ‘Aini dan nurses di @subangjaya_medicalcentre,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ruzaini juga turut memohon doa agar terus mendoakan kesihatan yang baik buat isteri dan khalifah kecilnya. Moga baby dan ibu cepat-cepat sihat.
“Dikesempatan ini saya dengan rendah hati ingin memohon agar kalian dapat mendoakan kesihatan buat isteri dan khalifah kecil kami,”katanya lagi.
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah padaku untuk bersyukur atas nikmatmu yang telah Engkau kurniakan padaku juga pada orang tuaku. Dan ilhamkanlah padaku untuk melakukan amal soleh yang Engkau redhoi dan perbaikilah keturunanku (Surah Al Ahqaf, Ayat 15).
Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (USFDA) meluluskan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer dan Moderna untuk kumpulan umur kanak-kanak dari enam bulan ke lima tahun.
Ia susulan saranan daripada pakar penasihat agensi itu.
Dengan kelulusan ini, sekitar 18 juta kanak-kanak dalam kumpulan umur berkenaan layak untuk menerima vaksin.
USFDA meluluskan dua dos vaksin bagi Moderna sementara tiga dos vaksin bagi Pfizer.
“Ibu bapa dan penjaga serta penyedia perkhidmatan boleh meyakini bahawa dua vaksin ini diluluskan dengan fakta sains dan tujuan keselamatan yang menjadi keutamaan kami.”
Pemberian vaksin bagi kumpulan umur ini juga perlu mendapat lampu hijau dari pada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
Kerajaan AS memaklumkan sebelum ini, sebaik mendapat kelulusan, 10 juta dos akan dihantar ke seluruh negara.
Vaksin berkenaan diuji ke atas ribuan kanak-kanak. Pfizer meletakkan kadar keberkesanan vaksin pada tahap 80 peratus sementara Moderna pada 51 peratus.
Seramai 39 mangsa membabitkan guru dan kanak-kanak dari sebuah tadika yang terperangkap akibat kepala air di Gua Ikan, Dabong dekat sini berjaya diselamatkan semalam.