Risau Berat Badan Turun Merudum Selepas Bersalin, Kini Hanya 40kg. Doktor Sarankan Faralyna Idris Supaya Banyak Minum Susu Dan Makan Sayur

Share

Satu ketika dahulu, figura ini banyak membintangi drama tempatan atau telemovie. Kini kerjaya seninya kurang aktif kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarganya.

Ibu beranak dua, Faralyna Idris menyatakan rasa bimbangnya kerana dikategorikan sebagai underweight selepas melahirkan anak keduanya, Fira Ayu, 1. Ketika anak sulungnya, Fira Anggun yang kini berumur empat tahun dilahirkan, Faralyna mengalami nasib yang sama.

Mahu membesarkan anak-anaknya sendiri, Faralyna ambil keputusan berhenti berlakon untuk seketika

Tidak mengamalkan sebarang diet, dia juga turut merasa pelik kerana berat badannya kini hanyalah 40kg. Tambahnya lagi, berat ini lebih ringan berbanding beratnya sebelum berkahiwn kerana ketika itu dia mempunyai berat 48kg.

Selepas melahirkan kedua-dua anaknya, berat badan Faralyna turun merudum. Dia turut merasakan situasi ini mungkin berlaku kerana dia menyusukan sepenuhnya kedua-dua puterinya itu.

Faralyna bersama kedua-dua anaknya, Fira Anggun dan Fira Ayu

Cerita ibu cantik ini juga, beratnya ketika hamil hanya naik sekitar 10kg sahaja. Doktor turut menegur Faralyna kerana masalah ini. Dia dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan sihat serta banyakkan minum susu dan makan sayur. Katanya lagi, dia bersyurkur kerana kesihatannya masih baik dan mampu menjaga kedua-dua orang anaknya yang kini sedang lasak.

Asalkan Faralyna sihat dan dapat menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang ibu tanpa gagal, Pa&Ma doakan yang terbaik untuk pelakon ini. Semoga dia berjaya menaikkan berat badannya dengan cara yang selamat dan kedua-dua orang anaknya membesar dengan sihat. You can do it, Faralyna!

 

 

Sumber: Astro Gempak & Faralyna Idris

 

Published by
Emy H