Sebagai seorang ibu atau ayah, sudah tentu kesihatan anak yang paling kita risaukan. Memandangkan anak-anak masih kecil, sistem imunisasi mereka juga mungkin tidak sekuat orang dewasa. Oleh itu, kita perlu lebih peka dengan tahap kesihatan mereka. Apa lagi dalam waktu COVID-19 ini.
Menurut penulisan Dr Ahmad Luqman Bukhari, ada beberapa cara untuk kita lakukan bagi mengekalkan tahap imuniti badan anak-anak pada level paling tinggi.
Artikel Berkaitan: [Nak Guna Mask Muka Jenis Kain Ada Caranya. Salah Pakai, Lebih Mudah Dijangkiti Penyakit]
Saya mintak maaf sangat-sangat.
Ramai parent yang pm beritahu mereka risaukan kesihatan anak. Bimbang betul kalau terjangkit dengan wabak bahaya sekarang ni. Tapi saya tak dapat nak reply setiap mesej.
Cuma saya nak sangat beritahu pada mak ayah semua tentang 5 perkara penting ni.
Perkara-perkara ni mesti kita buat tau untuk kekalkan tahap imuniti badan anak kita pada level paling tinggi.
✅ Make sure waktu tidur mereka cukup sebab masa tidur tu lah nanti sel akan hasilkan protein penting untuk bina sistem pertahanan badan.
✅ Galakkan selalu aktiviti fizikal. Duk dalam rumah pun banyak benda kita boleh latih dia orang buat sebenarnya.
✅ Wajib jauhkan dari perokok dan asap rokok.
Selalu kami jumpa di hospital, anak yang ayahnya merokok kerap benar jatuh sakit berbanding anak yang parent nya tak merokok. Kesian sangat.
Dan lagi menyedihkan, biasanya mak lah yang asyik menanggung stress sebab akhirnya dia yang terpaksa bawa anak jumpa doktor dan jaga anak dekat wad.
✅ Elakkan dari fast food dan junk food. Makanan ni memang sedap tapi dalam masa sama ia punca sistem imuniti badan anak lemah hingga mudah diserang penyakit.
✅ Ajarkan anak tabiat jaga kebersihan dengan betul. Kuman dan virus kan susah nak hidup dan tersebar dekat tempat yang bersih.
Artikel Berkaitan: [Beli Barang Dapur Waktu COVID-19, Jangan Sembarangan Pegang. Ini Tatacara Yang Betul!]
Saya pun sama macam kalian, ada anak kecil. Dan inilah yang saya usahakan buat untuk mereka.
Bila kita lakukan semua ni, insyaAllah imuniti badan anak kita jadi lebih hebat dan tak kan mudah diserang penyakit.
Bantu saya #sebarkan ilmu penting ni ya. Semoga anak-anak kita semua kekal sihat dan tak terkesan dengan wabak yang tengah merebak sekarang ni.
Semoga bermanfaat!
Diharapkan dengan saranan dari Dr Luqman ini dapat membantu ibu dan ayah untuk memastikan kesihatan anak berada dalam keadaan terbaik. Dalam keadaan sekarang, ibu ayah memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak menjaga kebersihan serta mendidik mereka tentang kepentingan kesihatan diri.