Bila bergelar ibu bapa, kita mahu anak tersayang membesar dengan sihat sebagai ibu sudah tentu kesihatan anak menjadi keutamaan kita semasa melalui kehidupan dalam fasa pandemik ini.
Bagaimanapun dengan amalan pemakanan normal bukan mudah memastikan kesihatan anak sentiasa baik. Kadangkala si kecil mungkin mengalami kekurangan vitamin yang diperlukan dalam badan.
Mungkin ramai ibu tidak mengetahui betapa pentingnya dua jenis vitamin iaitu Vitamin A & D untuk memastikan kesihatan sistem imun anak sentiasa baik.
1. Amalkan pengambilan makanan berkhasiat
Ibu perlu tahu apa maksud makanan berkhasiat. Pastikan semasa menyediakan menu makanan ia lengkap mengandungi zat yang diperlukan badan seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral. Dengan kata lain ia perlu mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan dan nasi, mee atau roti sebagai sumber karbohidrat.
Ketika pandemik ini, pengambilan makanan yang kaya dengan antioksida seperti sayur-sayuran dan buah-buahan perlu ditingkatkan kerana ia dapat membantu badan melawan radikal bebas.
2. Rutin bersenam dengan anak
Duduk di rumah dan tidak boleh keluar beriadah atau melakukan aktiviti fizikal di luar bukan alasan untuk tidak membuat sebarang senaman. Aktiviti senaman secara rutin terbukti mampu meningkatkan sistem imun badan. Jadi, ibu ayah kena konsisten ajak anak untuk membuat senaman ringan di rumah kira-kira setengah jam setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu. Buat gerakan tarian mengikut iringan lagu kegemaran anak juga satu aktiviti senaman mudah yang boleh dilakukan.
3. Pastikan anak mendapat rehat dan tidur yang cukup
Nampak macam senang tapi hakikatnya bukan mudah hendak memastikan si kecil berusia setahun ke atas duduk diam dan berehat. Ini kerana mereka sangat aktif bermain dan sukar untuk berehat atau tidur kecuali disuruh. Kurang tidur boleh memberi kesan pada tahap kesihatan kerana berlakunya penurunan daya ketahanan tubuh badan. Tidur yang cukup dan berkualiti dapat menjadikan tubuh lebih kuat. Kanak-kanak memerlukan tidur berkualiti 10 jam atau lebih dalam sehari.
Pengambilan Scott’s Emulsion yang kaya dengan Vitamin A dan D mengikut dos yang dicadangkan setiap hari membantu menguatkan sistem imun anak anda sepanjang mereka membesar. Scott’s Emulsion boleh diberi kepada anak seawal usianya setahun. Pastikan sistem imun anak sihat dengan amalkan diet yang sihat.
Ini adalah iklan produk suplemen.
MAL16015007NC MAL20013599XC
Always read label prior to use.
PM-MY-SCT-21-00032
KKLLU: 0827/2021
Asset Expiration Date: 31 December 2023