Penyanyi Shila Amzah terpaksa ditahan di hospital semalam ketika pemeriksaan bulanannya kerana mengalami masalah darah rendah atau kekurangan hemoglobin.
Shila yang sarat hamil dan menanti saat melahirkan itu dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera kerana bimbang berisiko mengalami komplikasi ketika bersalin nanti.
Tambah suami Shila, Ubai semuanya di atas pemantauan doktor dan bagi melancarkan kelahiran cahaya mata sulung mereka.
“Shila ditahan sebab doktor dapati paras darah rendah dalam badan semasa kami buat pemeriksaan di hospital.
“Doktor nasihatkan dia ditahan di wad bagi menambah darah sebab risau Shila berisiko mengalami sesak nafas ketika bersalin sebab tak cukup darah,” katanya berkongsi.
Shila juga turut memuat naik keadaan dirinya yang belum lagi sampai masa untuk bersalin sebaliknya disebabkan oleh masalah darah rendah yang dialaminya.
Tambah Ubai lagi, Shila juga risau dan sedikit gementar untuk bersalin dan disebabkan kekurangan darah itu.
Shila yang kini hamil di minggu ke 35 minggu dijangka bersalin dua minggu lagi.
“Setakat ini kandungan dah 35 minggu, doktor jangkakan usia kandungan mencecah 36 ke 27 minggu untuk bersalin sebab perlu pastikan bayi cukup matang dan sihat dulu,” katanya lagi.
Terdahulu, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos tahun lalu.
Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!
Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah, Boleh Ke Bagi Pada Anak!
Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI