Buat ibu-ibu menyusu, ‘cuba untuk berpuasa’ tu bukan sekadar cuba tahan lapar dan dahaga sahaja. Ibu-ibu juga patut ‘cuba buat persiapan’.
Ramai ibu-ibu menyusu yang tidak berpuasa kerana rukhsah. Ya memang benar rukhsah itu dibenarkan jika ibu bimbang kesihatan dirinya atau bayi yang disusukan.
Tapi, bagaimana dengan persediaan ibu untuk berpuasa? Adakah ibu memang betul-betul bersedia?
Berikut dikongsikan tips berpuasa oleh Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom untuk ibu-ibu menyusu.
1. Mindset yang positif
Kita sebenarnya berperang dengan diri sendiri dalam menghadapi cabaran berpuasa ini. Bila kita fikir kita tak mampu, kita memang jadi tak mampu. Jadi, cuba ubah fikiran kepada sebaliknya.
2. Lewatkan sahur dan ambil karbohidrat kompleks
Ibu menyusu kena bersahur. Lewatkan sahur dan ambillah sumber karbohidrat kompleks seperti oat. Oat membantu ibu-ibu menyusu rasa kenyang lebih lama.
3. Makan kurma
Kurma mengandungi gula ringkas yang dapat membekalkan tenaga lebih lama kepada ibu menyusu. Kalau tak boleh makan kurma, boleh kisar dengan susu.
4. Minum air secukupnya
Dari selepas berbuka hingga sahur, minumlah air sikit-sikit tapi kerap. Sediakan botol air berhampiran. Bila dahaga walaupun sedikit terus minum. Cuba minum 8-10 gelas air sepanjang malam.
5. Kurangkan kafein dan makanan berminyak
Kafein bersifat dierutik. Bila diambil, ibu-ibu akan kerap membuang air dan mengurangkan air dalam badan. Makanan berminyak akan menyebabkan ibu-ibu cepat dahaga. Jadi berpadalah dalam mengambil keduanya.
6. Ubah suai jadual mengepam
Sesi pertama mengepam boleh dilakukan selepas bersahur. Kemudian ibu-ibu boleh mengepam sekurangnya 2x di tempat kerja (pastikan gap mengepam tidak melebihi 3-4jam).
Bila balik rumah nanti, boleh terus direct feed baby dan sekiranya perlu, mengepamlah pada waktu malam selepas berbuka untuk bekalan stok hari berikutnya.
7. Minta bantuan orang lain untuk beri susu kepada bayi
Jika ibu-ibu keletihan kerana bayi kerap menyusu, boleh minta bantuan suami untuk beri bayi EBM guna botol (bayi berusia 30 hari ke atas). Tapi ibu janganlah biarkan breast penuh pula ya. Keluarkan susu melalui marmet /pam jika perlu.
8. Breast compression
Bila mengepam rasa susu tu macam tak nak keluar je time puasa ni. So ibu-ibu boleh buat breast compression.
Sama juga ketika menyusu. Kalau nampak bayi fussy, boleh buat breast compression juga untuk bantu susu keluar dengan lebih baik.
9. Berdoa
Usaha, doa dan tawakal. Biasa kita dengar tiga perkataan azimat ini. Maksudnya sebelum kita pasrah menyerah, kita perlu berusaha dulu.
Macam saya cakap tadi, usaha minum air yang cukup, sahur yang cukup, pilih makanan terbaik untuk sahur dan berusaha untuk persiapkan mindset kita terlebih dahulu.
Paling penting, bagaimana kita sebagai ibu menyusu nak yakinkan diri bahawa kita mampu menghasilkan susu yang mencukupi.
Ibu-ibu cubalah dulu buat persiapan dari segi pengambilan air dan makanan sahur yang terbaik dahulu. In shaa Allah bila ibu bersedia dengan ‘alatan perang’, ibu boleh meneruskan berpuasa tanpa masalah. Boleh rujuk #ResepiSahurIbuMenyusu yang saya kongsikan.
Bila saya tanya ibu-ibu yang PM saya kerana susu drop, ramai yang menjelaskan mereka tidak bersahur dengan betul dan kurang pengambilan air ketika malam.
Berpuasa itu pada peringkat awalnya memang menyebabkan ibu letih. Bila letih, hormon oksitosin juga akan berkurangan dan menjejaskan penghasilan susu ibu.
Apatah lagi bila ibu kurang minum air sepanjang malam dan tidak mengambil makanan yang berat sewaktu bersahur, ibu akan mula menggigil kerana paras gula dalam darah menurun dan dehidrasi.
Bila ibu telah berusaha dengan bersungguh-sungguh, ibu-ibu berdoalah semoga Allah permudahkan segala urusan ibu dan bayi. Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Dia amat suka pada hamba-Nya yang meminta-minta. Pasti diperkenankan dengan segala kemudahan.
Kredit: Nad Masrom
Kaunselor Laktasi Anda
#nadbreastfeedinginfo
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)