Ramai ibu menyusu rasa risau kalau tiba-tiba susu badan berkurangan. Itu antara cabaran yang kerap dihadapi oleh ramai ibu dan boleh mengganggu kelancaran penyusuan susu ibu.
Selain membeli produk milkbooster yang banyak di pasaran, apa kata ibu buat sendiri resipi tambah susu badan yang lebih berbaloi dan sedap.
Perkongsian resipi milkbooster daripada Safura Lavender ini nampak mudah disediakan dan boleh pula dimakan sekeluarga.
Menggunakan dua bahan utama yang terkenal sebagai superfood serta milkbooster semula jadi iaitu kurma dan barli sebagai bahan asasnya maka terhasillah bubur barli dan pasta kurma.
KURMA
Semua orang tahu kurma adalah satu makanan sunnah yang sangat powerful. Ia mengandungi pelbagai vitamins dan minerals seperti fiber, iron, calcium, magnesium, potassium, phosphorus dan zinc.
Bukan sahaja sebagai sumber tenaga kepada tubuh badan tapi banyak lagi kebaikan kepada kesihatan kita (lihat info grafic yang saya sertakan) Kurma juga terbukti berkesan meningkatkan penghasilan susu badan. Wanita mengandung dan lepas bersalin elok sangat makan kurma ni. Dulu masa saya dalam pantang, makan kurma ni macam snek.
Ads
BARLI
Ini pun salah satu lactogenic food. Barli tinggi dengan kandungan fiber, potassium, kalsium dan magnesium yang baik untuk tulang serta mengurangkan tekanan darah. Ramai juga mommies share pengalaman yang barli dapat memperbanyakkan susu badan.
Jadi saya gabungkan kedua-dua ni, maka terhasillah menu yang sedap dan berkhasiat. Bahan-bahan pun mudah je nak cari. Boleh makan bersama anak-anak petang ni. Inilah resipinya:
Ads
BUBUR BARLI DAN PASTA KURMA
Bahan-bahan :
50g barli
50g pasta kurma star dari Eatalian Express
Kurma 5-7biji (buang kulit dan biji)
Santan segar
Daun pandan
Madu
Ads
Cara memasak :
Rebus barli di dalam periuk. Air lebihkan sikit. Apabila barli agak-agak dah kembang sedikit, masukkan kurma.
2. Teruskan merebus sampai barli kembang dan kurma hancur. Kemudian masukkan pasta kurma. Jangan lupa simpulan daun pandan untuk mewangikan bubur kita.
3. Tuangkan santan segar sikit, agaklah nak banyak mana. Kalau nampak pekat sangat boleh tambah air. Kacau-kacau sampai pasta kembang dan terhasillah bubur yang enak. Kalau nak manis lagi, boleh tambah madu.
Mudah je kan? Selamat mencuba ya ibu-ibu. Saya harap dapat boost milk production uolls, tapi jangan lupa konsep utama breastfeeding : demand vs supply.
Kebanyakan ibu pasti merasa sedih jika sampai fasa untuk bercerai susu. Risau jika anak tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya atau gusar mungkin anak akan menjauhkan diri jika sudah tidak menyusu badan. Bercerai susu adalah satu proses di mana ibu menghentikan penyusuan dengan anaknya. Biasanya fasa bercerai susu ini diadakan apabila si kecil sudah mula mengambil makanan lain selain susu ibu.
Ia adalah proses yang normal dalam perkembangan anak dan keputusan berpisah susu adalah di tangan ibu dengan melihat keadaan anaknya. Keputusan untuk menghentikan proses menyusu badan seharusnya bukan kerana pengaruh orang lain. Keputusan ini harus dihormati dan mendapat sokongan suami kerana ia bukan sekadar perhubungan fizikal tetapi juga kesihatan emosi.
Bercerai Susu Selepas Dua Tahun
Sekiranya ditanyakan waktu yang sesuai untuk seorang ibu bercerai susu dengan anakny adalah pada usianya dua tahun ke atas. Pada waktu ini, susu badan telah memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh badan si anak. Tambahan pula, anak ketika itu sudah mengambil makanan lain dan keperluan nutrisinya boleh dipenuhi dengan pengambilan sayuran dan buah-buahan.
Semasa usia anak menginjak dua tahun, dia sudah memahami kata-kata ibunya. Untuk memulakan fasa ini, anda boleh bersembang dan terangkan kepadanya tentang bercerai susu. Perlahan-lahan jika sering diberitahu ibunya, si anak akan mula memahami dan bersedia untuk dihentikan penyusuan susu badan.
Biasanya doktor akan menyarankan ibu untuk menghentikan proses penyusuan jika sedang hamil. Ketika hamil, keperluan nutrisi akan berganda dari biasa. Sekiranya ibu mengandung menyusukan anak, berkemungkinan mudah merasa letih dan sering pitam kerana kekurangan tenaga. Nutrisi yang ada perlu dikongsi tiga, jadi sesetengah ibu mungkin tidak mampu dan dinasihatkan oleh doktor untuk berhenti menyusukan anak.
Pun begitu, jika si ibu mampu dan tidak mengganggu tahap kesihatannya penyusuan badan tidak menjadi masalah. Jika anda sedang hamil dan masih menyusukan anak kecil, seeloknya ambillkan makanan yang kaya nutrisi dan amalkan pengambilan suplemen. Selain itu, ibu juga perlu banyak berehat dan minum air kosong secukupnya.
Untuk memastikan ibu hamil menyusukan anak dengan cara yang betul, dapatkan bantuan daripada kaunselor laktasi untuk berkongsi tip dengan mereka. Ia penting supaya tidak memberi kesan kepada fizikal si ibu.
Taktik Bercerai Susu Yang Berkesan
Untuk ibu yang mahu berhenti usia ketika anak sudah besar, anda boleh memberitahu kepada mereka satu atau dua bulan lebih awal tentang hal ini. Kerap memberitahu anak tentang hal ini akan menggalakkan subconscious anak tersebut. Selain itu, para ibu boleh mengurangkan kekerapan sesi menyusu dan pendekkan masa dari biasa.
Sekiranya anak anda jenis yang suka ‘mengempeng’, inilah waktunya yang sesuai untuk anda kurangkan masa mereka menyusu. Jika anda tidak meminta untuk menyusu, jangan pelawa mereka. Biarkan mereka terbiasa dengan hal ini, lama-kelamaan untuk berhenti ia akan jadi lebih mudah.
Selain itu, anda boleh menarik perhatian anak dengan memberi makanan atau minumam kesukaannya apabila dia mula menunjukan signal untuk menyusu. Ketika siang, pelbagaikan aktiviti dengannya agar dia mudah letih dan tertidur sendiri pada waktu malam. Ibu juga boleh mengenakan pakaian yang sukar diakses untuk menyusu.
Anda perlu bersedia dari segi kekuatan emosi kerana penceraian susu bukanlah sesuatu yang mudah buat ibu juga. Setelah sekian lama anak sentiasa berada di sisi menyusu badan, tiba-tiba mereka tidak menyusu lagi. Proses bercerai susu boleh lah dibuat secara berperingkat supaya ia menjadi mudah dan positif. Hal ini juga boleh mengelakkan payudara dari bengkak atau masisitis jika dilakukan secara berperingkat.
Ibu perlu tetapkan target bila mahu hentikan penyusuan supaya tidak melakukan secara mendadak jadi anak juga tidak terkejut dan menggangu emosi anak. Anda perlu sentiasa positif terhadap keputusan yang dibuat kerana ia akan mempengaruhi si anak juga.
Dapatkan sokongan dari teman-teman yang berpengalaman menghentikan proses penyusuan badan. Selain itu, pastikan anda suarakan keinginan ini kepada suami agar dia dapat memberi sokongan penuh terhadap keputusan untuk bercerai susu.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Hampir tiga minggu bersalin, wajah anak comel, pelakon Elisya Sandha dan suaminya, Uzair Haqimy dinantikan oleh peminatnya.
Terbaru, menerusi perkongsian terbaru, Fasha Sandha yang juga kakak kepada Elisya turut memberi bayangan wajah anak adiknya itu persis anak perempuannya, Aisha Amaira yang kini berusia satu tahun lebih.
Malah kata Fasha lagi, hampir 90 peratus wajah Bunga sama seperti anaknya dan apabila keduanya membesar kelak boleh dianggap seperti kembar.
“Gambar Aisha masa 18 hari, gambar Bunga belum boleh share lagi, tapi muka bunga 90 percent muka Aisha.
Nanti besaq jalan sama orang kata kembaq Aisha,” tulisnya berkongsi.
Menerusi perkongsian beberapa keping gambar terbaru, Aisya Amaira yang dilahirkan pada Ogos 2020 ini cukup comel, secantik ibunya.
Malah kongsi Fasha lagi, dia bersyukur kini adiknya Elisya semakin bertambah sihat. Malah baby Bunga juga kini membesar dengan baik di bawah jagaan insan tersayang, ibu mentuanya, Sheila Rosli.
“Syukur alhamdulillah baby Bunga membesar dengan baik dan Elisya pun dah sihat banyak.
“Thank you Natalis Mothecare yang memudahkan proses berpantang adik bongsuku,” tulis Fasha.
Bersalin secara normal tanpa penahan sakit bagi anak pertama, apa yang dilakuakn Mawar Rashid ini amat mengagumkan. Suaminya sebak mengenang kembali detik kelahiran kelahiran anak pertama mereka berdua.
Mawar melahirkan bayi pertama , Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu. Suaminya, Raf Yaakob berkongsi momen bersalin Mawar. Dia yang sentiasa menemani Mawar sepanjang proses kelahiran mengakui Mawar tenang dan melalui kontraksi dengan zikir dan urutan.
Tak ambil epidural atau laughing gas. Sentiasa berada di samping Mawar sepanjang masa.
Lalui kontraksi dengan zikir, doa serta urutan pada kaki serta pinggang.
Setiap kali kontraksi sentiasa ingatkan yang kelahiran bayi semakin dekat.
Mawar isteri yang taat, ibu yang baik & anak yang patuh kepada ibu dan ibu mertua.
Mungkin sebab ini Allah permudahkan dia bersalin normal.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.