Ramai ibu menyusu rasa risau kalau tiba-tiba susu badan berkurangan. Itu antara cabaran yang kerap dihadapi oleh ramai ibu dan boleh mengganggu kelancaran penyusuan susu ibu.

Selain membeli produk milkbooster yang banyak di pasaran, apa kata ibu buat sendiri resipi tambah susu badan yang lebih berbaloi dan sedap.

Perkongsian resipi milkbooster daripada Safura Lavender ini nampak mudah disediakan dan boleh  pula dimakan sekeluarga.

Menggunakan dua bahan utama yang terkenal sebagai superfood serta milkbooster semula jadi iaitu kurma dan barli sebagai bahan asasnya maka terhasillah bubur barli dan pasta kurma.

Risau Susu Makin Berkurangan, Cuba Resipi Tambah Susu Badan Dikongsi Ibu IniKURMA

Semua orang tahu kurma adalah satu makanan sunnah yang sangat powerful. Ia mengandungi pelbagai vitamins dan minerals seperti fiber, iron, calcium, magnesium, potassium, phosphorus dan zinc.

Bukan sahaja sebagai sumber tenaga kepada tubuh badan tapi banyak lagi kebaikan kepada kesihatan kita (lihat info grafic yang saya sertakan) Kurma juga terbukti berkesan meningkatkan penghasilan susu badan. Wanita mengandung dan lepas bersalin elok sangat makan kurma ni. Dulu masa saya dalam pantang, makan kurma ni macam snek.

IKLAN

Risau Susu Makin Berkurangan, Cuba Resipi Tambah Susu Badan Dikongsi Ibu Ini

BARLI

Ini pun salah satu lactogenic food. Barli tinggi dengan kandungan fiber, potassium, kalsium dan magnesium yang baik untuk tulang serta mengurangkan tekanan darah. Ramai juga mommies share pengalaman yang barli dapat memperbanyakkan susu badan.

Jadi saya gabungkan kedua-dua ni, maka terhasillah menu yang sedap dan berkhasiat. Bahan-bahan pun mudah je nak cari. Boleh makan bersama anak-anak petang ni. Inilah resipinya:

IKLAN

Risau Susu Makin Berkurangan, Cuba Resipi Tambah Susu Badan Dikongsi Ibu Ini


BUBUR BARLI DAN PASTA KURMA

Bahan-bahan :

50g barli
50g pasta kurma star dari Eatalian Express
Kurma 5-7biji (buang kulit dan biji)
Santan segar
Daun pandan
Madu

IKLAN

Cara memasak :

  1. Rebus barli di dalam periuk. Air lebihkan sikit. Apabila barli agak-agak dah kembang sedikit, masukkan kurma.

2. Teruskan merebus sampai barli kembang dan kurma hancur. Kemudian masukkan pasta kurma. Jangan lupa simpulan daun pandan untuk mewangikan bubur kita.

3. Tuangkan santan segar sikit, agaklah nak banyak mana. Kalau nampak pekat sangat boleh tambah air. Kacau-kacau sampai pasta kembang dan terhasillah bubur yang enak. Kalau nak manis lagi, boleh tambah madu. 

Mudah je kan? Selamat mencuba ya ibu-ibu. Saya harap dapat boost milk production uolls, tapi jangan lupa konsep utama breastfeeding : demand vs supply.

Sumber: Safura Lavender

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI